Sunday, June 16, 2013

Sambutan Hari Bapa

Assalamualaikum..

Punyalah berjam aku dok fikir apa la nak ku taip sebagai entri aku dihari ahad ni. Seriously memang takde idea da. Aku rasa masih affected dengan mood kacau bilau aku hari Jumaat haritu yang secara tetibe melanda aku. Jangan kata nak gelak, senyum pun tak mampu padahal mana ada pape yang menganggu fikiran aku. OK..tolak tepi dulu soal emosional tak bertempat aku tu. Meh kita mulakan cerita kita ya.

Hari ni merupakan hari Ahad ke-3 dalam bulan Jun dan istimewanya hari ni (kononnyalah), adalah sambutan Hari Bapa. Boleh kata hari ni penuh la timeline Facebook aku dengan ucapan-ucapan Hari Bapa. Meriah gitu timeline aku orang tu ucap untuk ayah, uncle, atuk, husband etc. Seperti biasa, typical minded kita sebagai seorang manusia, mesti tertanya-tanya apa sejarahnya sambut Hari Bapa ni dan apakah ia dari kesinambungan sambutan Hari Ibu?
Father's Day is a celebration honoring fathers and celebrating fatherhood, paternal bonds, and the influence of fathers in society. Many countries celebrate it on the third Sunday of June, but it is also celebrated widely on other days. Father's Day was created to complement Mother's Day, a celebration that honors mothers and motherhood.
Di atas ini adalah sedikit catatan dari Wikipedia yang menceritakan secara ringkas mengenai sambutan Hari Bapa. Walaubagaimanapun, sejarah asal mengenai sambutan Hari Bapa ini tetap sama seperti sejarah sambutan Hari Ibu. Sila baca selanjutnya mengenai sejarah sambutan Hari Bapa disini Father's Day.
Baiklah, kalau dah baca, sila sambung balik baca entri aku ni ya. Dalam Islam kita dianjurkan untuk sentiasa menghargai ibu bapa kita tanpa kira waktu atau hari-hari tertentu untuk menyatakan rasa kasih dan sayang terhadap ibu bapa kita. Kerana rasa sayang dan kasih itu sebenarnya tak terluah melalui kata-kata sahaja sebaliknya menerusi perbuatan.
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
Akan tetapi, sudah menjadi lumrah masyarakat kita yang sering terikut-ikut budaya luar terutama budaya barat dalam meraikan sesuatu perayaan yang kadang kala kita taktau hujung pangkal sejarah sesuatu perayaan itu. Cumanya apa yang ingin aku utarakan disini ialah, pendapat kita yang berbeza atau bagaimana cara kita inteprestasikan maksud sesuatu perayaan itu dari sudut pandangan kita. Yalah, manusiakan rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Setiap daripada kita dikurniakan akal dan setiap daripada kita takkan pernah punya sudut pandang yang sama kerana itulah yang membezakan kita sesama manusia. Unikkan ciptaan Allah SWT. Subhanallah.

Mungkin bagi sesetengah kita beranggapan sekadar meraikan tanpa berpegang kepada apa-apa kepercayaan tertentu. Ada juga yang beranggapan bahawa kita perlu lihat daripada sudut positif sesuatu sambutan itu. Jika ia mampu memberi impak positif terhadap diri secara khusus dan kepada masyarakat secara amnya, maka kewajaran untuk menyambut sambutan itu perlu digalakkan. Hmm..begitulah yang aku baca selalunya.

Bagaimana pula dengan korang? Boleh utarakan pendapat korang? Aku hanya ingin berkongsi idea dan pandangan dengan korang. Silalah share kat ruangan komen tu ya.
Daripada Abu Hurairah RA juga daripada Nabi SAW sabdanya, “Hinalah kemudian, hinalah kemudian, hinalah (bagi) mereka yang sempat hidup bersama dengan salah seorang daripada ibu bapanya atau kedua-duanya sekali ketika mereka tua sedangkan dia tidak dapat masuk syurga” (dengan sebab itu)”.   Sila klik link disebelah ini Berbakti Kepada Ibu Bapa
Walaubagaimana pun, pendirian aku tetap sama, tiada sambutan khusus yang diperlukan kerana rasa kasih dan sayang pada ibu bapa ini perlu diluahkan atau diterjemahkan tanpa kira hari tertentu. Walau apapun yang kita lakukan, tetap kena berbalik kepada ajaran agama kita, Islam. Walau aku sendiri bukanlah alim (sebab aku pun sengal juga kenkadang), tapi marilah kita berpesan sesama kita untuk perkara kebaikan. Wallahualam.

OK..till meet again.

7 comments:

  1. Pendapat nory plak..tk salah meraikan hari bapa asalkan niat kite betul bkn sbb terikut budaya barat..bg nory,elok jgak ada hari atau tarikh yg khas utk sambutan ni sbb mmg hari2 kita boleh sambut tapi tk smua yg buat hari2..jadi..bila ade tarikh2 tertentu dan special mcm fathers day n mothers day ni kita boleh sambut secara personally gitu..hehe..tu pndapat nory jela...hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..saya faham Nory. Betul tu even kalau kita tny pd org yg pandai agama pun mereka ada pendapat tersendiri. Ada yg kata boleh sambut. Saya ada baca kt website muftiselangor

      Delete
  2. xslah smbut hari bapa....just nak hargai pengorbanan bapa tu ja..bkn nak ikut budaya barat :)

    ReplyDelete
  3. selamat hari ayah sayangku...hihi...

    jempot join...cik akak sponsernya

    http://www.akupenghibur.com/2013/06/segmen-review-ke-3-by-akupenghiburcom.html

    ReplyDelete
  4. lama lynn xsinggah sini...huhuhu...memang tak sempat...

    tiap2 hari adalah hari bapa :)

    ReplyDelete
  5. memanglah kita kena hargai bapa kita setiap masa cuma pd hari ahad ketiga bln Jun tu kita buat sambutan yg istimewa utk bapa kita..

    ReplyDelete
  6. sayang abah teman sangat2.. everyday is hari bapa.. sayang abah everyday! heee..

    ReplyDelete

My friend say: