Monday, June 17, 2013

Peperiksaan KPSL

Assalamualaikum semua..

Sekarang ni, maksud aku, mulai hari ni, aku telah dilanda mode exam. Aiseh...tinggal lagi seminggu je lagi exam KPSL akan berlangsung. TAPI, satu apa pun aku tak prepare. Haa...sekarang ni tipulah kalau aku kata aku boleh duduk rilek tenang hati sambil nyanyi2 kan. Rasa dada ni dup dap dup dap sebab gementar nak jawab exam. Padahal, ini bukan kali pertama aku duduki exam KPSL ni. Ni kali ke berapa aku repeat untuk paper yang masih berbaki 2 subjek.

Padan muka aku kan, busy sangat dengan kerja sampai balik lewat malam hari2, sekali study untuk exam pun tak buat langsung. Apa punya sengal la kau ni Anim oi.. Haih..nak ngadu kat siapa ni? Bukan salah sesiapa kalau aku tak lulus nanti sebab aku sebenarnya terlupa yang aku nak exam next week. Itupun, kawan aku, Mun yang ingatkan aku untuk check result kat mana aku akan jawab exam nanti. Sekali bila check rupanya kat UNITEN, Bangi. Ok la tu kot sebab dekat dah dengan Putrajaya.

Buku pun aku dapat last2 minute. Terima kasih kat Loqman yang pinjamkan aku buku-buku dia. Maaflah susahkan awak ye Loqman. Hee..jasamu dikenang. Thanks so much juga buat Munirah yang share contoh jawapan untuk kertas Undang-Undang. Haih..kalau Mun tak share, taktau la mana nak cari. Haa...buku dah ada, contoh soalan dan jawapan pun dah ada. Tinggal aku je la nak buat revision pape yang patut. Hee...Korang doakanlah supaya aku dipermudahkan untuk jawab exam nanti ya. Doa korang sangat aku hargai. 


Ok..kalau minggu ni sampai next week aku macam tak aktif, jangan marah ya. Aku busy nak buat ulang kaji pelajaran.

Ok..till meet again

5 comments:

  1. good luck dear...buku tu memang sah seram sejuk dibuatnya...hihi...belajar dan tanda part yang penting-penting...ujian tu boleh belek buku kan...semoga berjaya :)

    ReplyDelete
  2. pekeliling? cukupla mase induksi pun dah buat anis pening kepala.. huhuhu.. pape pun gud luck akak..! all the best tau :)

    ReplyDelete
  3. good luck! akak doakan ainum :)

    ReplyDelete
  4. gud luck ainim :) ros baru amik ujian pekeliling ni masa bulan 4 (untuk sahkan jawatan). yang penting label tajuk. in sya allah boleh jawab

    ReplyDelete
  5. All the best for you exam! :)

    ReplyDelete

My friend say: