Sunday, June 30, 2013

Majlis Perpisahan Syafreena dan Khairiah

Assalamualaikum semua..

Wah...berapa hari aku tak online dan tak update entri. Abis exam haritu ingat dapat la update blog cam biasa, sekali amik ko, busy melampau sampai malam ni baru ada masa sikit nak update blog. Ye la, aku tak rajin online internet kat handphone kalo aku tengah spend masa ngan family. Baiklah, mari kita mulakan cerita ya.

Isnin yang lepas, 24 Jun 2013, unit aku adakan majlis perpisahan untuk 2 orang pelajar praktikal (internship) yang telah tamat latihan praktikal pada hari Jumaat 28 Jun 2013. Kami buat awal sikit sebab hari2 berikutnya ramai yang takde. So, Isnin adalah masa yang sangat sesuai katanya. Majlis diadakan pada pukul 12.30 tengahari kira2 sebelum waktu lunch la.

Kitorang makan nasi arab melalui kutipan unit. Even majlis ni simple tapi sangat bermakna untuk kami semua. Dalam hati aku, sedih la pulak sebab Khai dan Syaf ni dah macam adik kecik aku. Budak dua orang ni sangat baik dan manja. Memang aku sayang sangat dengan dorang ni. Maklumlah, I kan takde adik. So, bila ada adik2 yang baik cenggini, memang akak suka kan. 

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Big Bos kitorang, Puan Anisah dan kata-kata terakhir daripada warga unit kami. Selepas tu, acara pemberian hadiah pun turut ada. Time ni memang kelakar pada aku. Kak Alin dan Kak Aida sempat je nak enter frame dalam gambar..hahaha. Jadi penyeri katanya.



Haa, kat bawah ni la hidangan kami hari tu. Jemputlah tengok ya. Memang nasi arab ni dah ibarat menu wajib unit kitorang kalau buat makan2. Rasanya dah berapa kali aku upload gambar nasi arab kat blog aku ni. Hahaha
Selesai makan-makan, sempat juga kitorang snap beberapa keping gambar sebagai kenangan. Buat pengubat rindu nanti.
Haa..tu baru part 1 tau. Petang tu pulak kitorang ada bagi satu lagi hadiah kenangan buat Khai dan Syaf. Yang ni special sikit sebab kitorang buat atas inisiatif sesama kami. Aku, Kak Aida, Kak Ida, Kak Ina, Abg Azham, Ridzuan dan Rizman telah beri satu hadiah kenangan buat budak dua orang ni. Saja je sebagai kenangan. Hehehe..harap dorang suka la.
OK..setakat ini dahulu cerita aku ya. Lain kali jumpa lagi

No comments:

Post a Comment

My friend say: