Saturday, June 08, 2013

Kenduri Kahwin Lagi Katanya

Assalamualaikum semua..

Dah lewat malam baru sempat update blog. OK..berapa hari daa aku tak update blog. Maaf lah ye. Hanya blogwalking blog kengkawan je yang aku buat dua hari ni sebab idea nak update blog tak berapa nak mendatang la.

OK..mari kita mulakan ceritera kita ya. Hari ni aku hadiri satu lagi kenduri kahwin buat bulan Jun ni. Last week aku hadiri jemputan kenduri Faizmin. Ada aku update kat entri Selamat Majlis Perkahwinan Faiz dan Linda. Hari ni pula, kenduri kahwin ex-intern kat ofis aku, Hadzwani Hamdan. Wani ni adik ipar kepada kawan aku, Mariam. Kiranya aku memang kenal dengan dorang berdua ni la. Hehehe

Aku pergi seperti biasa dengan adik aku yang wajib aku bawa ke hulu ke hilir, +Mohamad Ridzuan a.k.a. Ridzuan Yusop tu la kan. Diakan ibarat watak wajib dalam entri2 blog aku ni. Selain tu, Hazlin a.k.a. Lyn pun pergi sekali dengan aku. Kitorang gerak dari ofis dalam pukul 1.15pm lebih kurang sebab aku lambat sampai ofis untuk ambil dorang.

Sampai je, terus gerak ke Sentul, sebab majlis perkahwinan tu buat kat Dewan Komuniti Sentul. Dekat je dengan ofis aku tu. Sampai je, amik kau, parking takde sebab ramai betul orang yang datang. Wah..meriah kau. So, kitorang decide parking je kat luar kawasan dewan tu sebab takyah nak susah payah pening kepala bagai nak cari parking. Aku parking kereta betul2 sebelah bus stop. Hebat kan..hahaha

Elok je kitorang sampai, sekali pengantin pun sampai da. Terus je aku snap beberapa gambar candid yang tak berapa nak jadi sebab terlepas muka pengantin tegakkan muka. So, gambar penganti perempuan menunduk je la dapat. Jadi la kan.
Comelkan flower girls tu. Sukanya aku tengok budak kecik dua orang tu
Nasib time tu kitorang terserempak dengan Mariam. Apa lagi, terus bersembang ibarat majlis tu dah setel kononnya. Mariam pun terus je bagi kitorang doorgift. Apa lagi, sembang sikit2 aku dengan Lyn terus masuk dewan sebab nak cari tempat duduk. Penuh kot dewan tu sebab ramai betul yang hadir. Bagus kan..meriah sangat. Elok je kitorang dapat tempat duduk yang cukup untuk kitorang berempat. Hehehe.

Mariam dan Ridzuan.
Aku dan Lyn
Sorrylah, gambar makanan tak sempat nak snap sebab kitorang punyalah lapar sampai terus diam membisu time tengah makan. Dah separuh nasi tu kitorang makan, baru perasan yang kitorang ni diam je. Hahah..penangan perut lapar katanya. Kekeke. Juadah yang disediakan pun enak sekali tau. Menu wajib kenduri kahwin yang korang memang dah tau ialah nasi minyak, nasi putih, dalca sayur, ayam masak merah, rendang daging, papadom dan buah limau. Selain tu pencuci mulut yang disediakan adalah bubur pulut hitam dan cendol. Meriah kan? Dan paling bagus ialah semuanya sedap belaka. 

Selesai makan, kitorang pun bersembang dengan Mariam ibarat bertahun tak jumpa terutama Ridzuan sebab Mariam tu adalah BFF dia. Aku dan Lyn pun bersembang cam majlis tu dah selesai je. Haa..acara wajib ialah bergambarlah kan. Itukan kegemaran aku. Hahah.

Bila perut dah kenyang, apalagi, silalah balikkan. Hehehe..kitorang beredar dari majlis dalam pukul 2.30pm sebab Lyn nak sambung buat keje kat ofis katanya. Sekali sampai ofis, keje dah setel. Hehehe.

OK..setakat itu je la entri aku untuk kali ni. Till meet again ya.
Haa..saja je taknak letak gambar pengantin awal2. Ni la pengantin yang sama cantik sama padan. Comel Wani hari ni. Tahniah ya Wani. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Insha Allah.
Syafid dan Hadzwani, pengantin yang dirai

Pelamin yang sangat cantik
Pelamin yang sangat cantik. Suka sangat pelamin ni tau. Elegant gitu. Tapi tak sempat nak snap gambar Wani bersanding sebab asyik sangat makan. Heee

Doorgift untuk tetamu. Dalamnya berisi Cadbury Choclairs.

Ok..As Salam

3 comments:

  1. Selamat pengantin baru untuk mereka...hihi....


    pesanan penaja : boleh dik..ambik je entri tu...cik akak tak kisah eh...suka adalah...:)

    ReplyDelete
  2. Cik Akak, thanks ye..kita dah buat entri tu..nanti pagi Cik Akak baca ye..hehe

    ReplyDelete
  3. comelnya pengantin..bilaaa laa kita nak jd pengantin yng comel camtu..haha :p

    pelamin nmpk simple, tp menarik..

    apa2 pun, happy wedding day.. =)

    ReplyDelete

My friend say: