Friday, June 14, 2013

Kata-Kata Mutiara Sebagai Pendorong Semangat

Assalamualaikum semua..

Pepagi Jumaat yang berkat ni, mari kita bersama-sama berkongsi idea nak? Kita didik sikit minda ni untuk berfikir. Tajuk entri aku kali ini ialah Kata-Kata Pendorong Semangat. Tajuk cam dah awesome tapi kalau entri aku ni kelaut harap maaflah ya. Baiklah, mari kita mulakan dengan Basmallah.

Aku nak tanya korang, biasanyalah kan, if something happened to you , whether it is good or bad, apa kebiasaannya yang korang akan buat? Adakah perkara yang berlaku itu akan mematahkan semangat atau sebaliknya memberi semangat kepada korang? Hmm, apakah yang selalunya bermain diminda korang apabila mendapat ujian yang korang tak terduga?

Seperti biasa, takde masalah yang tak boleh setelkan. Walaubagaimana pun, apabila masalah dah setel, selalunya mesti ada something yang bermain difikiran. Maksud aku, kalau masalah tu setel ke tak macam mana sekali pun, serba sedikit mesti telah menggugat kekuatan emosi korang. Betul tak? Kalau tak mengganggu, korang memang HEBAT. Silalah beri tunjuk ajar kepada aku ya.

Lumrah hidup manusia, kita dicipta dengan naluri yang punya pengaruh kuat kepada emosi kita. Sepanjang yang aku perhatikan, naluri kita sebagai manusia ni memang akan pengaruhi emosi kita untuk sesuatu keadaan. Bila bercakap bab emosi ni, biasanya bila ada sesuatu masalah atau perkara-perkara yang tidak baik berlaku, emosi kita akan terganggu setidak-tidaknya akan membuatkan kita berfikir dan berkata "Why it's happened to me?". Dari situ, mulalah semangat akan down sedikit. Bila semangat dah down, untuk bangkit kembali memang perlukan sesuatu untuk membantu.

Sesetengah orang prefer untuk lakukan sesuatu sebagai terapi untuk bangkitkan semangat diri. Ada yang lakukan aktiviti yang boleh release stress seperti bersenam, pergi hiking, berlari ke apa ke. Bagi perempuan, ramai yang suka shopping sebab boleh release stress katanya. TAPI, bagaimana dengan mereka yang taktau nak buat apa bila hilang semangat? Nak bercerita, takut orang taknak dengar atau rasa tak percaya tu tinggi. 

Bagi mereka-mereka yang susah nak bercerita kepada orang bila rasa susah hati ke hilang semangat ke apa ke jenis macam aku ni, membaca kata-kata mutiara ni sangat memberi inspirasi buat aku untuk bangkit semula. Mungkin korang yang jenis cam aku, faham apa yang aku cuba sampaikan. Tapi jangan sekadar baca je, tetapi cuba fikirkan maksud disebalik setiap kata-kata itu untuk dijadikan sebagai pendorong untuk membangkitkan kembali semangat yang hampir luntur itu. 

Disini, aku ingin share beberapa kata-kata mutiara yang sesuai bagi mereka-mereka yang mungkin sekarang ni hadapi masalah dan mungkin ada yang patah semangat. Hayatilah kata-kata mutiara atau kata-kata hikmah untuk sama-sama kita jadikan pedoman ya.

  • "Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah"
  •  Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.- Flower A. Newhouse
  • Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. - Joseph Conrad
  • Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI.
  • Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
  • Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
  • Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian
  • Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memeberi erti yang nyata
  • Musuh yang sangat berbahaya di dunia ini adalah perasaan penakut dan bimbang. Teman yang paling setia hanyalah keberanian dan keyakinan yang teguh.
  • Entah kita gagal atau berjaya tidak menjadi masalah; yang penting adalah cara kita menghadapinya.
  • Seorang kawan yang mendampingi kita pada saat kesulitan lebih baik dari pada seribu kawan yg mendampingi kita pada saat kebahagiaan.
Baiklah, setakat ini sahaja. Sekadar berkongsi sedikit perkara yang biasa aku lakukan bila semangat aku down. Paling penting, jangan putus berdoa supaya Allah berikan semangat yang kuat untuk korang hadapi masalah yang melanda ya. 

OK, till meet again
Source: Laman Nurani , fitrihadi , imi.gov.my dan Google
IKLAN

13 comments:

  1. mmg bermotivasi semua kata2 tu... :)

    ReplyDelete
  2. kadang2 cari gak mutiara kata utk kuat'n semangat & supaya sntiasa think +ve...kurang skit nak bcerita ngn orang sekaliling..masing2 ada cara masing2 kn... (^_^)

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. terbaik....cik akak suka....

    cik akak tambah ya....

    melihat ke depan tapi belakang ditinggalkan.....:)

    ReplyDelete
  4. memang semangat kata2 ni! :)

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang menarik :)semoga lepas ni ros lebih bersemangat.

    ReplyDelete
  6. nice sharing
    bacaan yg menyuntik semangat

    ReplyDelete
  7. kalau anis, klu something hpent.. anis mst akan down sgt2.. take time jugakla.. bile dh okay balik.. anis jadikan tu sbg spirit utk terus ke depan.. cewahhh.. hehehe

    ReplyDelete
  8. kalau kita rasa down..biarkan diri kita tu sekejap.. rehat..pastu fkir jalan yang terbaik..

    ReplyDelete
  9. done click2 akaun nuff akk.. =)

    ReplyDelete
  10. saam ainim... entri ini telah di review...

    http://www.mialiana.com/2013/06/review-2-kata-mutiara-sebagai-pendorong.html

    ReplyDelete
  11. Terima kasih Kak Mia. Jasa dikenang :)

    ReplyDelete
  12. http://gamesyork.blogspot.com/

    ReplyDelete

My friend say: