Sunday, June 30, 2013

Factory Outlet Carnival @ Menara MATRADE

Assalamualaikum semua..

Ingat tak entri aku hari tu berkenaan Factory Outlet Carnival (FOC)? Berlangsung selama 4 hari di Menara MATRADE, karnival ini telah berlangsung dengan jayanya. 

Pada 27 & 28 Jun 2013, penampilan istimewa Juri Master Chef Malaysia, Che Adu Amran dikarnival. Aku pergi la juga pada 28 Jun tu sebab 27 Jun tu aku ada exam. Dapat jugalah tengok Chef Adu secara live depan mata. Haa, orangnya boleh tahan juga la. Hehehe. Chef Adu menunjukkan skill memasak beliau tau. Tapi aku tak tengok sampai habis sebab aku nak gerak ke Publika dengan Khai dan Syaf.

29 Jun 2013 adalah hari terakhir karnival ni. Aku pergi juga last day ni dengan kembar dan kawan kembar aku. Saja je aku tahan perasaan nak shopping ni sampai last day sebab aku nak bawa kembar aku dan aku tau kalau last day untung2 boleh dapat diskaun lagi banyak. Hahaha..dan ternyata memang tepat jangkaan aku tau sebab kitorang dapat harga yang tersangatlah berpatutan. Kitorang beli shawl dalam 5 helai dan dengan harga yang korang tak terfikir pun. Hahaha...memang baik je aku gi pujuk abang jual shawl tu. 

Berbaloi la dia tunggu aku sebabnya dari hari Rabu aku cakap kat abang jual shawl tu aku nak survey je dulu tapi nak datang hari last sebab nak bawa kembar dan kawan dia. Beria sangat aku cakap camtu dengan sungguh confident. Abang tu memang tunggu je kot. Hahaha..Sampai je kat situ, terus aku cakap,"hari ni saya nak beli tau bang". Mulanya dia bagi shawl 2 helai untuk RM50. Sekali dia cakap, kalau aku amik 3, dia bagi RM70. Wah..sapa tak nak kan? haha..lepas tu dia bagi harga shawl tribal tu RM20 sehelai. Dengan sangat happy kami beli dengan harga yang murah. 

Lepas tu kitorang pergi pulak kat satu booth ni. Aku dah memang target shawl halfmoon kat booth tu sebab tengok kain dan kualiti dia pun bagus tau. Jenama shawl tu sama dengan jenama jubah mak aku beli. So, yakin la nak beli shawl tu. Bayangkan dari harga RM59 sehelai kitorang dapat RM46 sehelai sebab beli 3 helai. Berbaloi gitu. Memang bagus betul beli last day. 

Haa..nak bagitau ni, kumpulan nasyid Hijjaz turut buat penampilan istimewa disamping mempromosi album terbaru mereka iaitu Janji. Aku terlepas persembahan Hijjaz sebab time tu aku tengah makan. Elok2 je duduk nak tengok Hijjaz menyanyi, sekali dah habis da. Apa lagi, terus je beli album Hijjaz dan album Zikir Munif Ahmad. Yang bestnya, kitorang dapat autograph Hijjaz. Hehehe. Selain Kumpulan Inteam, Hijjaz ni merupakan kumpulan nasyid pertama yang aku suka sejak dari darjah 4 tau. Korang bayangkan time tu aku budak sekolah rendah sampai sekarang aku dah berumur 27 tahun. Memang lama betulkan Hijjaz bertapak dalam industri nasyid ni. Memang tabik Spring la.
Selain daripada itu, ada juga aku dan kembar beli makanan sikit saja je buat stok bulan puasa katanya. Ye ke..hahaha. Aku pun sempat juga sambar beberapa barang kosmetik untuk bekalan aku. Yang pasti original ya bukan tiruan.kekeke.. Seluar jeans Goggles pun ada jual separuh harga. Kembar aku dan kawan dia beli beberapa helai. 

OK..gitulah cerita shopping kitorang masa FOC hari tu. Tahniah buat Koperasi MATRADE Berhad kerana telah berjaya anjurkan karnival ini. Kawan2 kembar ada yang kuciwa sebab tak diajak ke karnival ini. Xpe, nanti kalau ada lagi aku gitau ye. Kembar aku cakap memang berbaloi pergi sebab dapat apa yang nak dibeli dengan harga yang sangat berpatutan. Sebagai bonus, ni lah kembar aku dan kawan dia Kak Fiza yang begitu gembira setelah selesai sesi perabis duit. Memang beratus duit dorang ni abis kat situ tau. Hahaha..memang dasar kaki shopping..
Muka puas lepas abiskan duit dalam bank..kekekeke
OK..till meet again.

2 comments:

  1. Penuh sekali je barang tu...cik akak minta satu shawl tu...kedong dah borong banyak..hihi

    ReplyDelete
  2. Ahahah.. Cik Akak, dah dapat tak coklat daim yg cik akak cari tu?

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads