Thursday, June 13, 2013

Essential Scarf by ShawlbyVSnow

Assalamualaikum..

Tengok gambar kat atas tu, jangan cakap aku perasan cantik ke apa ya. Bukan nak menunjuk muka sebaliknya sekadar nak berkongsi shawl kegemaran aku daripada Velvet Snow atau ShawlbyVSnow. Aku mula pakai selendang dan shawl kira-kira 2 tahun lepas kalau tak silap aku la. Bukan apa, dah jemu pakai tudung bawal je, so aku belajar la pakai  shawl dan selendang ni daripada kawan aku, Mas Aswana a.k.a. Wana. Sejak daripada itu, aku mula pakai selendang atau shawl setiap kali keluar ke pejabat dan jenjalan. 

Nak dijadikan cerita, aku mula terjebak dengan ShawlbyVSnow ni pada hujung tahun lepas. Kembar aku la search kat Google website yang menjual shawl. Dalam banyak-banyak website yang kitorang buka, kami paling tertarik dengan ShawlbyVSnow ni. Kenapa? Sebab saiz shawl yang besar dan bila tengok cara model gayakan shawl ni dengan tutup bahagian dada tu, memang sangat menepati kehendak aku dan kembar. 

Haa..setelah berbincang dengan kembar berapa shawl yang nak dibeli dan warna apa yang nak dipilih, malam tu juga kitorang order. Sekali Velvet Snow ada buat promosi, apa lagi, gila sakan aku dan kembar beli cam tak ingat dunia je. Heheh..tapi kembar aku la yang paling banyak keluar duit untuk beli shawl ni.

Kepada korang yang biasa pakai shawl tu, aku tahu mesti banyak lagi kedai online yang menjual shawl juga cumanya yang buat aku suka sangat dengan VS ni ialah harga yang sangat affordable untuk setiap produk selain daripada kualiti shawl dan scraf yang sangat bermutu. Aku ni cerewet sikit bila nak beli shawl. Sebab aku suka yang besar dan boleh tutup bahagian dada aku ni selain senang untuk aku buat style yang aku suka.

Selain daripada itu, service VS yang sangat efisien dan cepat. Hari ni beli dan bayar esok korang dah dapat dah shawl yang dibeli. Kan best tu. Owner VS ni pun sangat baik. Quick response bila ada inquiry daripada customer tu adalah salah satu sebab kenapa aku suka VS ni. 

Aku siap recommend kat kengkawan ofis untuk beli shawl VS ni. Hahah..berjaya tau aku pengaruh kengkawan untuk beli. Kekeke.


Kepada korang yang mungkin pernah atau tak pernah dengar mengenai Velvet Snow ni, silalah visit website VS. Klik gambar kat bawah tu. Sure korang akan tertarik tengok shawl-shawl yang ada. Variety gitu.

shawlbyvsnowMY (Facebook)

Iklan

4 comments:

  1. tp muka ainim mmg sesuai la pakai shawl...nmpk terletak jer...suka!

    ReplyDelete
  2. cik akak pon suka juga benda cam nie...warna tu serius cik akak suka...tapi cik akak tak pakai untuk turun kerja...sebab cik akak slow sangat nak belit benda tu..hahaha

    ReplyDelete
  3. Sally: Hehe..thanks tp sebenarnya semua org sesuai pakai, janji kena cara.

    Nao Mei: Cik Akak pakai time jenjalan je ya. Kita skang ni pakai shawl je pegi mana2

    Nory: Hehe..beli la sekali. mesti suka nnt

    ReplyDelete

My friend say: