Sunday, June 09, 2013

Cinta....

Assalamualaikum semua..

Pepagi Ahad yang indah ini..cewah.. Mari kita mulakan dengan entri ala-ala cintan cintun sikit. Hah? Aku buat entri Cinta? Hak hak..memanglah..sekali sekala katanya. Tapi I bukan jenis jiwang ya. 

Eh..dah kenapa nak buat entri cinta? Hee...saja je sebab semalam aku baca entri Cik Akak Nao Mei kita tu. Suka pulak aku baca entri Cik Akak. Sekadar nak berkongsi pengalaman aku je la. 

Korang mesti pernah bercinta kan. Kepada yang berjaya hingga ke jinjang pelamin tu, TAHNIAH aku ucapkan. Korang memang hebat sebab Allah temukan korang dengan mereka yang hebat juga. Buat korang yang putus ditengah jalan, TAKPE, usahalah sebaik mungkin untuk cari yang terbaik ok. Jangan putus asa ye.

Cuba baca apa yang Cik Akak tulis sebagai tips untuk lupakan orang yang kita pernah sayang. Cik Akak bagi 10 tips. Haa...walaupun korang akan kata dah ramai yang bagi tips ni, takpe, kita ambil ia sebagai peringatan ye sebab manusia ni mudah lupa kan. 
Tip-Tip untuk melupakan orang yang pernah kita sayang....hihi...
1. Menangis
  • Kita kan perempuan...hihi...bila disakiti memang rasanya luka terlalu dalam....dengan menangis dapat mengurangkan resah dimata dan dihati...hihi...tapi ingat jangan lah menangis over sangat...macamlah suami mati ke apa....huhu....
2. Kenang balik kenapa dan mengapa benda tu berlaku....
  • Kita hendaklah mencari sebab kenapa kita berpisah....kalau ini berpunca dari kita....kita hendaklah perbaiki kelemahan diri kita....cari cara untuk tidak mengeruhkankan keadaan...
3. Terima Qada dan Qadar Allah...
  • Adik-adik manis sekalian.....kita dipertemukan hanya dengan izin Allah....menyemai rasa sayang dan cinta pun dengan kehendak Allah.....Allah dah tentukan siapa jodoh dan pasangan kita...Allah sentiasa memberikan pertemuan yang indah dan juga akan memberi perpisahan yang hebat.....terima Qada Qadar dengan redha dan tak perlu mengeluh.....
4. Ambil Wuduk
  • Bila kita rasa sedih dan susah untuk melupakan si dia....ambik wuduk...insyaAllah....pasti anda akan rasa tenang....
5. Sujud kepada Allah......
  • Bila hati resah sujudlah kepada DIA...kerana DIA lah satu-satu yang dapat menolong anda tatkala ketenangan pergi tanpa anda tahu......
6. Buang gambar si dia
  • Korang bakar je gambar dia...hihi...tak pun gunting dan hanyutkan dia dalam sungai...biarkan dia lemas...hahahaha...
7. Dengar lagu yang berunsurkan keislaman....
  • Contoh lagu nasyid ke apa....tapi yang penting jangan lagu jiwang berkarat tu..hahaha...
8. Baca Al-Quran
  • Tiada ubat yang lebih baik melainkan dengan ayat-ayat Allah....
9. Bawa bershopping ke
  • Yang nie memang nak suruh u alls bankrup agaknya..hahaha...tapi betol apa bagi yang suka kuar jalan-jalan dan berbeli barangan...kepuasan kat situ dapat mehilangkan rasa sedih dan sebagainya...hihi
10. Cari rakan yang sanggup jadi pendengar setia...
Sekadar nak berkongsi sedikit pengalaman aku ya. Aku pernah sekali bercinta tapi hubungan itu terputus ditengah jalan. Entah mana silap pun aku tak tahu sebab kami takde pergaduhan ke apa ke. Cuma aku anggap memang bukan jodoh. Kini dah lebih 5 tahun kami putus. Sejujurnya, aku memang tak pernah berharap akan hubungan kami akan berakhir sebagai suami isteri. Segalanya aku serah kepada ketentuan Allah.

Sedari awal perhubungan kami, aku dah tanamkan mindset aku bahawa cinta tak semestinya bersatu. Jangan terlalu mencintai atau dengan kata lain, jangan terlalu over bila bercinta. Biarlah segalanya serba sederhana kerana pada aku dalam kita mengenali seseorang itu, kita takkan kenal dia sehinggalah kita dah kahwin dengan baru akan nampak siapa dia sebenarnya. Pada aku, biar jarang berjumpa sebab dari situ boleh menguji sejauh mana kejujuran kita dan sekuat mana rasa cinta kita pada dia. So, aku memilih hanya berjumpa sebulan sekali. Cukup sekadar untuk aku kenal serba sedikit tingkah laku dan adab2 yang dia jaga. 

Bila aku dah mula perasan perubahan pada diri dia, aku buat solat istikharah sebab perasaan was-was aku  semakin menjadi-jadi. Pada aku, sekiranya aku berada ditempat yang benar, Allah akan berikan pertolongan dalam apa cara jua sekalipun. Alhamdulillah, kali kedua dan kali ketiga solat istikharah yang aku buat, Allah beri beberapa petunjuk buat aku. Walau bukan dengan mimpi, gerak hati yang Allah beri pada aku cukup untuk buat aku kuat untuk hadapi dugaan masa itu. 

Tekad aku ialah, tiada air mata dan tiada rasa kecewa dalam diri andai hubungan kami setakat itu sahaja. Ya benar, Allah itu Maha Mengetahui dan sebaik-baik Penolong buat hambaNYA yang dalam kesusahan. Allah beri aku cukup kekuatan semasa dia beritahu untuk putuskan hubungan kami. Tiada air mata dan tiada rasa kecewa dalam diri sebaliknya hanya satu perasaan lega apabila segalanya berakhir. 

Dan kini, setelah lebih 5 tahun, aku tak pernah kecewa dengan hubungan yang putus itu sebaliknya aku bersyukur kerana Allah beri peluang untuk aku bermuhasabah diri dan mencari kelemahan diri. Aku bersyukur kerana Allah beri aku peluang untuk merasai sedikit pengalaman bercinta. Aku jadikan ia sebagai pengalaman dan pedoman untuk lebih mengenali lelaki diluar sana. Walaupun aku masih lagi belum berpunya hingga kini, namun aku gembira kerana Allah kurniakan aku keluarga yang memahami dan sahabat-sahabat yang tidak pernah membuatkan hidup aku sunyi.

Pada korang yang rasa sangat sedih bila putus cinta, ingatlah bahawa ia bukan penamat buat segalanya sebaliknya ia adalah sebagai satu cara untuk korang muhasabah diri dan perbaiki mana-mana kelemahan diri. Andai kata korang putus dengan dia yang sangat korang cintai tu, jangan anggap terlalu sedih sebab Allah sebenarnya punya rencana lain yang lebih baik untuk korang. Asalkan korang tak pernah putus asa dan sentiasa berbalik pada hakikat dan ketentuan yang Allah tetapkan, InshaAllah korang akan temui dengan mereka yang telah ditakdirkan untuk korang.

Dan...sebelum korang nak mencintai seseorang itu dengan sepenuh hati, silalah cintai dulu pemberi perasaan itu, siapa lagi kalau bukan Yang Maha Pemurah, ALLAH SWT. Kerana DIA lebih berhak untuk dicintai dan seterusnya Rasulullah SAW, ibu bapa dan diri sendiri. Barulah kita boleh cintai sidia dengan sepenuh hati. 

Haa..kan dah panjang aku membebel ni. Baiklah, apa yang aku tulis tu bukanlah ditujukan kepada orang tertentu sebaliknya sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman aku yang tak seberapa ni. Note to self and you my friends.

OK..By the way, thanks to Cik Akak sebab entri beliau telah beri aku idea untuk menulis pepagi buta ni. Hehe. Baiklah, till meet again ya.

8 comments:

  1. "biarkan dia lemas...hahahaha..."

    comel jer...

    eh, sama la...dah single 5 tahun dah kita yer :)

    ReplyDelete
  2. Alolo...masih sinle juga rupanya...tak pe nak ada jodoh kita...hihi....cepat atau lambat....pasti kita menemuinya...sebab Allah dah tentukan jalan hidup kita.....amin

    ReplyDelete
  3. Sally:Kan..comel je ayat Cik Akak tu

    NaoMei: Kita serupa kak..heheh

    ReplyDelete
  4. abe kie pun masih solo...x nak bercinta lagi sbb sudah serik...tengok lah 2-3 thn lg kot2 hati ini terbuka utk bergewe lagi..

    ReplyDelete
  5. rugi kalo org yg x pernah jatuh cinta or putus cinta..takkan dapat rasa camne..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nik, sebenarnya tak rugi pun cuma kurang skit je experience tu. tp kalo dia sorg yg bukan, dia mesti pandai cari atau tny org2 yg ada pengalaman buat pedoman utk diri dia

      Delete
  6. tang gambar tu anis koyak2 lepas tu flush dalam jamban! hahahaha

    ReplyDelete
  7. kalau ada jodoh tentu takkan ke mana....hehe

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads