Monday, June 10, 2013

Birthday Celebration Untuk Mak

Assalamualaikum semua..

Dah lunch ke? Aku makan sandwich je sebab takde mood nak makan nasi. OK..mari kita mulakan ceritera hari ini ya.
Mak aku yang kecik molek je orangnya
Semalam kan aku ada update entri birthday Mak aku, Selamat Hari Lahir Mak. Dah baca ke belum? By the way, thanks so much kepada kengkawan blogger yang wish Happy Birthday untuk mak aku ya. Korang sangat awesome. Love you guys. :)

Petang semalam, kitorang keluar celebrate birthday Mak. Aku, kembar, kaknyah, kakak dan abang ipar serta anak buah yang seorang tu, Aisyah bawa Mak ke Restoran Serai, di Shaftsburry Square, Cyberjaya. Tempat ni jadi pilihan sebab environment restoran ni yang buat kita rasa bertenang. Selain tu, mak aku memang suka makan kat sini. Kira tempat favorite mak la ni.
Mak dan Kaknyah
Abang Long dan Kakak
Anak buah pengarang jantung kami, A'isyah
Cik kembar tersayang, Ain
Sampai kat Serai, macam biasa order makan la kan. Kali ni kami pilih untuk cuba Family Set Menu 1 sebab reasonable price dan menu pun sangat menyelerakan. Kami ada la add on beberapa menu lain untuk si kecik Aisyah tu selain tambah lagi desert. Sebelum order semua sampai, kembar dah keluarkan hadiah untuk beri pada mak.
Senyum je mak dapat hadiah.hehehe
Surprise muka mak tengok ada hadiah untuk mak. Kali ni, jam tangan sebagai hadiah hari lahir mak. Harap mak suka la. Aku tolong pakaikan jam ditangan mak. Comel je tangan mak yang kecik tu pakai jam tu cuma tali jam tu kena potong sebab besar..hehehe

Haa..ni la menu-menu yang aku cakap tu. Buat korang yang pernah baca entri aku pasal Restoran Serai ni, aku sekali lagi recommend untuk korang pergi sebab layanan yang sangat bagus selain menu-menu yang menyelerakan. 
Chicken Mushroom Spaghetti
Appetizer, satay
Seafood Tomyam
Black Pepper Beef
Ikan kerapu masak apa tah aku tak ingat
Mix Vegetables with oyster sauce
Pistachio Cream Brulee
Haa...selain daripada hadiah jam tu, Mak dapat lagi satu hadiah ISTIMEWA daripada cucu mak yang seorang tu sapa lagi kalau bukan A'isyah. A'isyah hadiakan mak Terjemahan Quran. Wah..tak sangka cucu opah ni bijak. Aku pun tak sangka dia boleh fikir nak hadiahkan mak Quran. Mengikut kata kakak dan abang long, A'isyah sendiri yang beritahu nak beli hadiah hari jadi Opah dan minta bawa dia pergi beli hadiah. Sampai je kat MPH, kakak kata dia pilih sendiri apa yang dia nak beli dan parents dia keluarkan je la duit kan. Hehehe

Haa..time gelap2 ni la Cik Ecah nak bagi hadiah kat Opah
Hadiah paling istimewa daripada Cucu Kesayangan Mak. 
Bertambah sayanglah Opah kat cucu dia kan...hehehe. Begitulah cerita birthday celebration untuk mak. Walaupun sederhana, tapi yang penting kami dapat kumpul bersama. Bulan Jun ni memang istimewa sebab Mak, Kaknyah, Aku dan kembar dilahirkan dalam bulan yang sama. Mak awal bulan, Kaknyah tengah bulan dan aku serta kembar hujung bulan. Hehehe..

OK..till meet again. Thanks for reading.

7 comments:

  1. best nyer all the food and also the present,,, btw happy birthday aunty,,, may always happy and always had a bless from Allah..amiin :)

    ReplyDelete
  2. happy bday untuk mama adik...semoga menjadi ibu yang penyayang dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete
  3. wah bestnya :) beruntung mak ainim dapat anak-anak yang penyayang macam kamu semua kan. jam pun sangat cantik. exclusive

    ReplyDelete
  4. Pilot Lover: Thanks dear.

    Roslita: Alhamdulillah..Insha Alla, selagi hayat dikandung badan..kami akan berbakti pada mak sedaya mungkin.

    ReplyDelete
  5. wah best la mak ainim dapat hadiah dan makan2...hehe apa2 pun happy birthday kpd beliau....

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir jugak makcik.
    anak makcik sipa buat entri lagi ni :)

    ReplyDelete
  7. nice daughter..hehe..smoga pnjg umur & diberkati slalu buat ibu anda..insyaAllah..

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads