Thursday, June 13, 2013

Aku dan Lotion

Assalamualaikum semua.

Dah lunch ke? Alhamdulillah aku dah makan dah pun. Ni tengah godek gambar lotion kat internet ni. Entri kali ni ada sangkut paut dengan entri Wordless Wednesday aku last week kat sini.

Perempuan dengan lotion ni kira ala-ala adik beradik la kononnya. Sejak dari kecik kalau parents jenis yang sangat menjadi kulit, mesti dah ajar anak-anak terutama anak perempuan untuk guna lotion. Kes aku lain, sebab aku tak pernah diajar untuk pakai lotion sebab aku kan brutal. Hahaha.

Aku mula involve dengan lotion ni bila aku dah besar dewasa ni ha. Aku sebenarnya tak suka pakai lotion tau masa kecik-kecik dulu sebab aku tak suka wangian dan aku memang alah dengan wangian. So, lotion ni kan wangi, mesti aku tak suka. Tambah aku tak suka rasa lekik kat badan kalau ada lotion. Haa..jadi aku takde la nak beli lotion bagai untuk sapu kat badan. Pada aku, kalau nak tangan lembut, takyah buat keje apa2, sah-sah tangan tu lembut je..kekeke

Nak jadi cerita, bila aku dah keje ni, kengkawan aku semuanya pakai lotion bagai. So, aku pulak sebab tapak kaki aku merekah. Jadi, dorang recommend aku untuk pakai Ellgy tu. Tapi tak jadi kesan kat aku tau. So, aku pegi je klinik minta ubat kat doktor. Tapi, bila kaki dah elok, haruslah takmo lagi jadi merekah bagai kan. Maka dengan itu, aku pun mula beli lotion untuk sapu kat kaki. Pastu, aku keje dalam ofis yang ada air-cond, badan aku ni jadi kering je. Maka dengan itu juga la aku mulakan pakai lotion supaya tak kering kulit aku.

Siyes cakap, kulit aku ni, kalau tak pakai lotion memang nampak sangat kering. Dah la kering, kang gatal pulak tu. Sakit tau. Ok..kat bawah ni ada beberapa jenis lotion yang aku pernah dan masih gunakan hingga sekarang.

Lotion Johnson's Baby Lotion ni aku gunakan setiap malam sebelum tido supaya badan aku tak kering dan tiada rasa rengsa kalau panas ke apa. Sedap sangat baunya dan aku suka sebab memang buat kulit aku jadi lembut. 
Vaseline lotion ni aku pernah beli 2 kali tapi beli yang tiub kecil sebab aku pakai kat muka. Hahah..orang pakai kat badan tapi aku suka hati je pakai kat muka setiap malam sebelum tido. Tapi sekarang ni dah tak guna dah sebab malas melanda. Aku lagi suka muka aku bersih daripada sebarang benda. Biar kulit aku bernafas secara sendiri kekdahnya.
Haa.. Nivea UV Whitening Serum ni aku baru je beli bulan lepas. Aku tertarik sebab sebelum ni aku pakai moisture serum Nivea. Memang best. Kalau korang nak kulit yang putih katanya, silalah cuba UV Whitening Serum ni ya. Aku ni jenis lambat nampak kesan. So, camtu jugalah kulit aku.


Ok.. Nivea Intensive Moisture Serum ni pulak aku dah beli berapa tiub ek. Tapi cakap terus terang aku memang suka sangat sebab bau dia sedap tak macam wangian dan paling best sebab memang melembapkan kulit aku. Hasil memang nampak tau. Harga pun sangat berpatutan. 

Johnson's Body Care ni aku beli juga sebab letak kat ofis je. Kalau berada kat luar, memang elok pakai sebab ialah adalah perlindungan ketika kita sedang ada aktiviti luar. 
Yang ni dan terakhir ni, pun aku baru je beli bulan lepas. Kan aku ada cakap kulit aku sangat kering, Rosken lotion ni memang sangat terbukti keberkesanannya sebab kulit aku yang kering melampau ni terasa lembap dan sangat selesa. Nanti dah nak abis lotion ni, aku plan nak beli yang besar skit. 


OK..selain itu, sebenarnya aku ada juga guna Losyen Mustajab keluar Dunia Herbs tu. Yang tu pun bagus tau. Losyen yang tu khas untuk pecahkan lemak-lemak dalam badan. Elok la untuk orang macam aku yang langsung tak percaya dengan makanan untuk kurus ni. Pada aku nak nampak badan turun kenalah bersenam. Heheh

OK..setakat sini dulu ya. Till meet again ya.

8 comments:

  1. dalam banyak2 cuma mustajab jer yang akak x pakai...

    ReplyDelete
  2. macam-macam losyen ada ni :)

    ReplyDelete
  3. hihi...sama cam cik akak....mula dulu konon pakai johnson...lepas tu nivea...sekarang Vaseline...hahaha...
    lepas nie apa lagi...mak aoiii

    ReplyDelete
  4. Farah: Hehe..ye ke Kak..saya skang ni pun stop guna mustajab tu..ada lagi tak abis pun.

    Ros: Haah la Ros..saya suka sebab tak beri alahan kat saya selain bau2 yang ok kat hidung saya

    NM: Cik Akak, kita ni lebih kurang kot..hahaha

    ReplyDelete
  5. assalam boleh sy tau tak klinik mane yg awak beli untuk tumit merekah tu. sebab tumit sy pun makin teruk sbb kering kot. kalau boleh nak tau ape name ubatnya.

    ReplyDelete
  6. Salam, sama jgk mcm saya, alah bau wangi2 ni... yg rosken tu bau dia xwangi sgt ye?? Ada jgk tngk riview lain kata lotion ni mmg bagus sgt utk kulit kering. Tak melekit kan? 😃

    ReplyDelete
  7. byknya losyen, sha pakai losyen dr stg tu, wangi dan soft ja pakai, tp bila time raya sibuk cuci piring tgn jd terkupas, stop pakai dlu..tgu baik baru pakai balik

    ReplyDelete

My friend say: