Sunday, June 30, 2013

Factory Outlet Carnival @ Menara MATRADE

Assalamualaikum semua..

Ingat tak entri aku hari tu berkenaan Factory Outlet Carnival (FOC)? Berlangsung selama 4 hari di Menara MATRADE, karnival ini telah berlangsung dengan jayanya. 

Pada 27 & 28 Jun 2013, penampilan istimewa Juri Master Chef Malaysia, Che Adu Amran dikarnival. Aku pergi la juga pada 28 Jun tu sebab 27 Jun tu aku ada exam. Dapat jugalah tengok Chef Adu secara live depan mata. Haa, orangnya boleh tahan juga la. Hehehe. Chef Adu menunjukkan skill memasak beliau tau. Tapi aku tak tengok sampai habis sebab aku nak gerak ke Publika dengan Khai dan Syaf.

29 Jun 2013 adalah hari terakhir karnival ni. Aku pergi juga last day ni dengan kembar dan kawan kembar aku. Saja je aku tahan perasaan nak shopping ni sampai last day sebab aku nak bawa kembar aku dan aku tau kalau last day untung2 boleh dapat diskaun lagi banyak. Hahaha..dan ternyata memang tepat jangkaan aku tau sebab kitorang dapat harga yang tersangatlah berpatutan. Kitorang beli shawl dalam 5 helai dan dengan harga yang korang tak terfikir pun. Hahaha...memang baik je aku gi pujuk abang jual shawl tu. 

Berbaloi la dia tunggu aku sebabnya dari hari Rabu aku cakap kat abang jual shawl tu aku nak survey je dulu tapi nak datang hari last sebab nak bawa kembar dan kawan dia. Beria sangat aku cakap camtu dengan sungguh confident. Abang tu memang tunggu je kot. Hahaha..Sampai je kat situ, terus aku cakap,"hari ni saya nak beli tau bang". Mulanya dia bagi shawl 2 helai untuk RM50. Sekali dia cakap, kalau aku amik 3, dia bagi RM70. Wah..sapa tak nak kan? haha..lepas tu dia bagi harga shawl tribal tu RM20 sehelai. Dengan sangat happy kami beli dengan harga yang murah. 

Lepas tu kitorang pergi pulak kat satu booth ni. Aku dah memang target shawl halfmoon kat booth tu sebab tengok kain dan kualiti dia pun bagus tau. Jenama shawl tu sama dengan jenama jubah mak aku beli. So, yakin la nak beli shawl tu. Bayangkan dari harga RM59 sehelai kitorang dapat RM46 sehelai sebab beli 3 helai. Berbaloi gitu. Memang bagus betul beli last day. 

Haa..nak bagitau ni, kumpulan nasyid Hijjaz turut buat penampilan istimewa disamping mempromosi album terbaru mereka iaitu Janji. Aku terlepas persembahan Hijjaz sebab time tu aku tengah makan. Elok2 je duduk nak tengok Hijjaz menyanyi, sekali dah habis da. Apa lagi, terus je beli album Hijjaz dan album Zikir Munif Ahmad. Yang bestnya, kitorang dapat autograph Hijjaz. Hehehe. Selain Kumpulan Inteam, Hijjaz ni merupakan kumpulan nasyid pertama yang aku suka sejak dari darjah 4 tau. Korang bayangkan time tu aku budak sekolah rendah sampai sekarang aku dah berumur 27 tahun. Memang lama betulkan Hijjaz bertapak dalam industri nasyid ni. Memang tabik Spring la.
Selain daripada itu, ada juga aku dan kembar beli makanan sikit saja je buat stok bulan puasa katanya. Ye ke..hahaha. Aku pun sempat juga sambar beberapa barang kosmetik untuk bekalan aku. Yang pasti original ya bukan tiruan.kekeke.. Seluar jeans Goggles pun ada jual separuh harga. Kembar aku dan kawan dia beli beberapa helai. 

OK..gitulah cerita shopping kitorang masa FOC hari tu. Tahniah buat Koperasi MATRADE Berhad kerana telah berjaya anjurkan karnival ini. Kawan2 kembar ada yang kuciwa sebab tak diajak ke karnival ini. Xpe, nanti kalau ada lagi aku gitau ye. Kembar aku cakap memang berbaloi pergi sebab dapat apa yang nak dibeli dengan harga yang sangat berpatutan. Sebagai bonus, ni lah kembar aku dan kawan dia Kak Fiza yang begitu gembira setelah selesai sesi perabis duit. Memang beratus duit dorang ni abis kat situ tau. Hahaha..memang dasar kaki shopping..
Muka puas lepas abiskan duit dalam bank..kekekeke
OK..till meet again.
Read more ...

Majlis Perpisahan Syafreena dan Khairiah

Assalamualaikum semua..

Wah...berapa hari aku tak online dan tak update entri. Abis exam haritu ingat dapat la update blog cam biasa, sekali amik ko, busy melampau sampai malam ni baru ada masa sikit nak update blog. Ye la, aku tak rajin online internet kat handphone kalo aku tengah spend masa ngan family. Baiklah, mari kita mulakan cerita ya.

Isnin yang lepas, 24 Jun 2013, unit aku adakan majlis perpisahan untuk 2 orang pelajar praktikal (internship) yang telah tamat latihan praktikal pada hari Jumaat 28 Jun 2013. Kami buat awal sikit sebab hari2 berikutnya ramai yang takde. So, Isnin adalah masa yang sangat sesuai katanya. Majlis diadakan pada pukul 12.30 tengahari kira2 sebelum waktu lunch la.

Kitorang makan nasi arab melalui kutipan unit. Even majlis ni simple tapi sangat bermakna untuk kami semua. Dalam hati aku, sedih la pulak sebab Khai dan Syaf ni dah macam adik kecik aku. Budak dua orang ni sangat baik dan manja. Memang aku sayang sangat dengan dorang ni. Maklumlah, I kan takde adik. So, bila ada adik2 yang baik cenggini, memang akak suka kan. 

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Big Bos kitorang, Puan Anisah dan kata-kata terakhir daripada warga unit kami. Selepas tu, acara pemberian hadiah pun turut ada. Time ni memang kelakar pada aku. Kak Alin dan Kak Aida sempat je nak enter frame dalam gambar..hahaha. Jadi penyeri katanya.

Read more ...

Wednesday, June 26, 2013

FOC: Factory Outlet Carnival ~26 - 29 Jun 2013~

Assalamualaikum..

Factory Outlet Carnival akan berlangsung dari hari ini 26 - 29 Jun 2013. Pelbagai barangan berjenama yang akan dijual dan pelbagai aktiviti menarik turut diadakan dan turut diserikan dengan persembahan artis-artis jemputan. Acara ini dianjurkan oleh COOPMATRADE. Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi karnival ini. Kepada peminat Juri Master Chef, Chef Ado akan berada di MATRADE pada 27 & 28 Jun ini.

For more information: coopmatrade


Read more ...

Sunday, June 23, 2013

Terima Kasih Followers Sekalian

Assalamualaikum semua.

Maaflah, lambat online hari ni. Baru terhegeh-hegeh nak update blog. Biasalah, hujung minggu ni banyaklah perkara penting nak kena buat selain aku busy menelaah subjek untuk exam minggu ni.

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan blogger sekalian yang telah follow blog aku yang tak seberapa ni. Terima kasih kerana menjadi sahabat blogger aku. Suka nak bagitau yang blog aku dah capai angka 222 follower gitu. Cantikkan angka tu. Walaupun masih sikit bilangan follower tu, tapi untuk aku yang baru kembali aktif blogging dengan blog personal ni, dah kira baik dah. Aku pun bukan terlalu aktif join segmen or giveaway sana sini. So, aku berpuas hati jugalah.


Walau bagai manapun, aku akan cuba join mana-mana segmen yang kalian anjurkan jika terdaya dan punya sedikit masa yang terluang ya. Disini, aku ingin ambil kesempatan untuk ucap terima kasih kepada blogger yang menjadi follower ke 222 aku iaitu, ~(Diyah Hanun)~. Pelengkap kepada angka yang cantik tu. Hehehe


Kepada korang, silalah kunjungi blog Cik Diya kita tu ya. Just klik gambar kat bawah tu je.

OK..till meet again ya.

p/s: Masih lagi mencari idea nak buat segmen.
Read more ...

Bunga Api @ Fireworks

Assalamualaikum semua..

Selamat hari ahad. Malam semalam aku ada la amik gambar bunga api. Amik dari rumah je pun masa program Floria 2013. Aku tak pergi pun Floria tu sebab malas dan aku sibuk study untuk exam next week.
So, masa perasmian tu aku sempat la snap satu gambar untuk upload dalam instagram aku. Korang ada instagram? Meh sini, jenguk2 instagram aku dan kalau rajin boleh follow ya. 

Aku ni memang suka amik gambar, kiranya gila camera juga la. Hahaha, memang minat aku cuma takde la sampai beli DSLR camera bagai sebab aku selesa dengan camera handphone. Cepat, mudah dan jimat segalanya. Kekeke..oklah, aku sempat juga amik video bunga api ni. Nanti, kalau aku rajin, aku nak amik yang proper sikit la gambar dan video bunga api ni. Baiklah, till meet again
IMG_20130622_212355


Read more ...

Saturday, June 22, 2013

Vertigo Jejas Kestabilan

Assalamualaikum semua..

Sebenarnya aku sedang sibuk buat revision untuk exam next week tapi sempat juga aku mencari artikel yang bersesuaian mengenai entri Wordless Wednesday aku hari tu.

Apa itu vertigo? Semuanya dijelaskan didalam artikel dibawah ini. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua terutama kepada diri aku yang hadapi masalah ini. Happy readings!

Source : hmetro.com.my
PENING adalah perasaan yang mungkin sukar diterangkan. Ia seperti kepala atau sekeliling berputar mahupun berpusing atau keadaan di mana seseorang itu tidak stabil dan berasa mahu jatuh atau pitam.
Pening juga boleh menyebabkan seseorang itu berasa kepala seakan-akan ringan atau pening yang menyebabkan sukar berjalan lurus.

Ramai orang yang berasa pening sebenarnya mempunyai gejala vertigo iaitu sejenis pening menyebabkan rasa berputar, bergoyang atau badan tidak seimbang.
Anda mungkin merasakan anda sedang bergerak atau berpusing atau berasa bilik yang bergerak juga berpusing di sekeliling anda. Vertigo boleh disebabkan beberapa masalah berbeza yang membabitkan telinga atau otak.

Sesetengah masalah ini tidak serius, manakala yang lain boleh mengancam nyawa. Ruangan hari ini akan menerangkan gejala vertigo dan membantu anda untuk tahu bila waktu sesuai mendapatkan bantuan.

Gejala vertigo Gejala paling biasa termasuk perasaan: l Berpusing (anda atau ruang di sekeliling) l Perasaan bergoyang l Rasa hilang keseimbangan Perasaan ini boleh timbul dan lenyap serta boleh berlaku beberapa saat, jam, atau hari. Anda mungkin berasa lebih teruk apabila menggerakkan kepala. Perubahan kedudukan badan (berdiri, baring) dan apabila batuk atau bersin. Di samping itu, gejala lain ialah: l Muntah atau rasa loya l Mempunyai sakit kepala atau menjadi sensitif kepada cahaya dan bunyi l Penglihatan bertindih (double vision) l Mempunyai masalah bercakap atau menelan, atau berasa lemah l Kesukaran bernafas, berpeluh dan pergerakan jantung yang cepat Jika bertemu doktor telinga, hidung, tekak (ENT) untuk rawatan vertigo, anda perlu menerangkan berapa lama gejala yang lepas, apa yang mencetuskan gejala itu, dan yang berkaitan masalah. Petunjuk ini boleh membantu mencari penyebab vertigo.
Penyebab vertigo Punca paling biasa termasuk: l Masalah telinga – Pemendapan atau pembentukan kalsium (otolith) di saluran semisirkular, keradangan dan jangkitan tertentu boleh menyebabkan masalah dalam sistem vestibular. Sistem vestibular termasuk bahagian telinga dan sistem saraf, yang mengawal keseimbangan.

Benign paroxysmal postional vertigo (BPPV), penyakit Meniere dan radang urat saraf vestibular (vestbular neuronitis atau labyrinthitis) adalah tiga jenis yang paling biasa menyebabkan vertigo disebabkan masalah telinga.
BPPV disebabkan pembentukan kalsium dalam telinga dipanggil otolith yang termendap di bahagian yang tidak sepatutnya di saluran semisirkular.

Vertigo dalam BPPV biasanya berlaku beberapa saat berkekalan hingga beberapa minit. Vertigo biasanya dicetuskan oleh pergerakan kepala ke arah tertentu.

Penyakit Meniere adalah keadaan yang menyebabkan berlaku berulang kali tiga gejala yang sinonim iaitu vertigo, kehilangan pendengaran dan bunyi dalam telinga (tinnitus).

Vertigo yang berlaku boleh berlanjutan beberapa minit hingga ke beberapa jam. Ia mungkin disebabkan pembentukan cecair dalam koklea telinga.

Radang urat saraf vestibular, juga dikenali sebagai labyrinthitis, mungkin disebabkan virus yang menyebabkan bengkakan atau keradangan di sekeliling saraf itu.

Mereka yang mengalami keradangan ini akan mengalami vertigo yang teruk, loya, muntah dan kesukaran berjalan atau berdiri. Masalah ini boleh berlarutan beberapa hari. Sesetengah orang juga mengalami kesukaran pendengaran pada sebelah telinga.

l Kecederaan kepala akibat kemalangan, trauma atau selepas pembedahan bahagian kepala boleh menjejaskan sistem vestibular dalam pelbagai cara, dan membawa kepada vertigo.

l Ubat-ubatan – boleh berlaku tetapi jarang ubatan yang menjejaskan fungsi telinga atau otak dan membawa kepada vertigo.

l Migrain – dalam keadaan yang dipanggil migrain vestibular, vertigo boleh disebabkan oleh migrain. Vertigo biasanya berlaku bersama sakit kepala, walaupun kadangkala gejala itu tidak berlaku serentak.

Masalah otak seperti strok atau TIA (serangan iskemia sementara), pendarahan dalam otak atau multiple sclerosis juga boleh menyebabkan vertigo.

Bila perlu dapatkan bantuan? Anda perlu mendapatkan bantuan segera jika mengalami pening atau vertigo bersama dengan mana-mana daripada yang berikut: l Pening atau sakit kepala yang teruk l Suhu badan melebihi 38 Celsius l Penglihatan bertindih atau menghadapi masalah melihat dengan jelas l Masalah bercakap atau mendengar l Kelemahan di lengan atau kaki l Ketidakupayaan untuk berjalan tanpa bantuan l Pitam l Kebas di bahagian badan l Sakit dada l Muntah tanpa berhenti Di samping itu, anda perlu mendapatkan bantuan segera jika mengalami vertigo yang berlangsung beberapa minit atau lebih jika: l Sudah berumur l Pernah diserang strok l Mempunyai faktor risiko untuk strok (tekanan darah tinggi, kencing manis, merokok) Jika anda mengalami pening atau vertigo yang datang dan pergi tetapi tidak mempunyai masalah di atas, sila buat temujanji dengan doktor ENT atau neurologi.

Mereka akan melakukan pemeriksaan fizikal dan boleh menjalankan ujian selanjutnya, bergantung pada pemeriksaan dan sejarah perubatan anda.

Rawatan vertigo Bagi kebanyakan orang, vertigo adalah mengganggu tetapi ia bukan disebabkan masalah serius. Rawatan untuk vertigo bertujuan merawat punca asas (jika punca dikenali), melegakan gejala menyebabkan vertigo dan membantu dengan pemulihan rehabilitasi vestibular.

Rawatan untuk gejala Jika anda mempunyai vertigo yang teruk dan berakhir untuk beberapa jam atau hari, doktor boleh mengesyorkan ubatan untuk melegakan gejala vertigo yang teruk seperti muntah. Rawatan dengan ubat biasanya tidak diperlukan jika vertigo berlangsung hanya beberapa saat atau minit.

Rawatan ubat-ubatan mungkin termasuk Antihistamin, ubat anti muntah atau ubatan yang sedatif mungkin digunakan bergantung kepada keadaan pesakit.

Kebanyakan ubat ini membuatkan anda mengantuk, maka jangan ambil sebelum bekerja atau memandu.

Anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan preskripsi untuk merawat gejala vertigo yang teruk dan perlu berhenti apabila simptom berkurangan.

Penyusunan canalith (otolith) adalah rawatan yang boleh disyorkan bagi orang yang mengalami vertigo akibat BPPV.

Rawatan akan dilakukan oleh jururawat atau ahli terapi di pejabat dengan menggerakkan kepala anda ke dalam kedudukan tertentu dengan kepala terjuntai di hujung kepala katil, kadangkala dipanggil maneuver Epley.

Anda mungkin diberi arahan mengenai bagaimana melakukan pergerakan sama di rumah, jika diperlukan. Pergerakan ini menggalakkan garam kalsium yang termendap untuk bergerak ke bahagian telinga yang sepatutnya, di mana ia akan diserap semula.

Anda mungkin mula berasa lebih baik selepas rawatan ini atau dalam satu atau dua hari. Doktor atau fisioterapi akan mengajar pergerakan tertentu yang boleh membantu untuk memulihkan vertigo itu.

Pemulihan cara kerja membantu otak anda menyesuaikan tindak balas kepada perubahan dalam sistem vestibular. Terapi ini juga boleh bantu melatih mata anda dan deria lain ‘belajar’ bagaimana untuk mengimbangi.

Terapi ini paling berguna apabila ia dimulakan secepat mungkin selepas mengalami vertigo. Ketika pemulihan, anda diajar melakukan senaman di rumah.

Sebagai contoh, anda mungkin bermula dengan memberi tumpuan pada objek berlatar belakang kosong dan menggerakkan kepala secara perlahan-lahan ke kanan dan kiri dan pergerakan kepala secara mendongak ke atas dan ke bawah. Anda akan melakukan senaman ini selama beberapa minit dua hingga tiga kali sehari.

Jika mempunyai masalah untuk berdiri atau berjalan kerana vertigo dan berisiko untuk jatuh, anda dinasihatkan berbincang dengan doktor, jururawat, atau ahli fisioterapi mengenai kebimbangan itu.

Untuk mengurangkan risiko jatuh, faktor yang membahayakan di rumah seperti talian telefon atau elektrik yang longgar dan permaidani licin perlu dielakkan.
Read more ...

Wednesday, June 19, 2013

Wordless Wednesday 19.06.2013

Assalamualaikum..

Wordless Wednesday for today
Please click the link below for more information


Read more ...

Monday, June 17, 2013

Peperiksaan KPSL

Assalamualaikum semua..

Sekarang ni, maksud aku, mulai hari ni, aku telah dilanda mode exam. Aiseh...tinggal lagi seminggu je lagi exam KPSL akan berlangsung. TAPI, satu apa pun aku tak prepare. Haa...sekarang ni tipulah kalau aku kata aku boleh duduk rilek tenang hati sambil nyanyi2 kan. Rasa dada ni dup dap dup dap sebab gementar nak jawab exam. Padahal, ini bukan kali pertama aku duduki exam KPSL ni. Ni kali ke berapa aku repeat untuk paper yang masih berbaki 2 subjek.

Padan muka aku kan, busy sangat dengan kerja sampai balik lewat malam hari2, sekali study untuk exam pun tak buat langsung. Apa punya sengal la kau ni Anim oi.. Haih..nak ngadu kat siapa ni? Bukan salah sesiapa kalau aku tak lulus nanti sebab aku sebenarnya terlupa yang aku nak exam next week. Itupun, kawan aku, Mun yang ingatkan aku untuk check result kat mana aku akan jawab exam nanti. Sekali bila check rupanya kat UNITEN, Bangi. Ok la tu kot sebab dekat dah dengan Putrajaya.

Buku pun aku dapat last2 minute. Terima kasih kat Loqman yang pinjamkan aku buku-buku dia. Maaflah susahkan awak ye Loqman. Hee..jasamu dikenang. Thanks so much juga buat Munirah yang share contoh jawapan untuk kertas Undang-Undang. Haih..kalau Mun tak share, taktau la mana nak cari. Haa...buku dah ada, contoh soalan dan jawapan pun dah ada. Tinggal aku je la nak buat revision pape yang patut. Hee...Korang doakanlah supaya aku dipermudahkan untuk jawab exam nanti ya. Doa korang sangat aku hargai. 


Ok..kalau minggu ni sampai next week aku macam tak aktif, jangan marah ya. Aku busy nak buat ulang kaji pelajaran.

Ok..till meet again
Read more ...

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.

Assalamualaikum..

Mari mulakan hari Isnin ni dengan segmen ya. Aku join segmen ni special untuk blogger awesome lagi baik hati, Kak +Farah Waheda Wahid . Hee...jom kita mulakan


Tetiba kan? Angin kus2 melanda dan terajin pulak nak buat segmen... wakakakaka...rasanya dah lama dah x organize segmen simple kat Bubblynotes... So, here I come...

This segmen dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang dan peluang pada semua blogger untuk turut follow, bloghopping dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww...he he he... 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblnotes.Com bermula dari hari ini, 15/6/2013, jam 11.30 pagi SEHINGGA 22/6/2013, jam 11.30 pagi... Aci tak? *_^... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join...Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers...ahaks... stalkers pun boleh... x ada masalah...masa untuk anda menonjolkan diri... ekekekekeke....

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog bubblynotes.com.
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ni, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL+C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini. 

Pemilihan Pemenang:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 23/6/2013 sehingga 23/7/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

So, selamat bersegmen you alls.

OK..till meet again
Read more ...

Sunday, June 16, 2013

Sambutan Hari Bapa

Assalamualaikum..

Punyalah berjam aku dok fikir apa la nak ku taip sebagai entri aku dihari ahad ni. Seriously memang takde idea da. Aku rasa masih affected dengan mood kacau bilau aku hari Jumaat haritu yang secara tetibe melanda aku. Jangan kata nak gelak, senyum pun tak mampu padahal mana ada pape yang menganggu fikiran aku. OK..tolak tepi dulu soal emosional tak bertempat aku tu. Meh kita mulakan cerita kita ya.

Hari ni merupakan hari Ahad ke-3 dalam bulan Jun dan istimewanya hari ni (kononnyalah), adalah sambutan Hari Bapa. Boleh kata hari ni penuh la timeline Facebook aku dengan ucapan-ucapan Hari Bapa. Meriah gitu timeline aku orang tu ucap untuk ayah, uncle, atuk, husband etc. Seperti biasa, typical minded kita sebagai seorang manusia, mesti tertanya-tanya apa sejarahnya sambut Hari Bapa ni dan apakah ia dari kesinambungan sambutan Hari Ibu?
Father's Day is a celebration honoring fathers and celebrating fatherhood, paternal bonds, and the influence of fathers in society. Many countries celebrate it on the third Sunday of June, but it is also celebrated widely on other days. Father's Day was created to complement Mother's Day, a celebration that honors mothers and motherhood.
Di atas ini adalah sedikit catatan dari Wikipedia yang menceritakan secara ringkas mengenai sambutan Hari Bapa. Walaubagaimanapun, sejarah asal mengenai sambutan Hari Bapa ini tetap sama seperti sejarah sambutan Hari Ibu. Sila baca selanjutnya mengenai sejarah sambutan Hari Bapa disini Father's Day.
Baiklah, kalau dah baca, sila sambung balik baca entri aku ni ya. Dalam Islam kita dianjurkan untuk sentiasa menghargai ibu bapa kita tanpa kira waktu atau hari-hari tertentu untuk menyatakan rasa kasih dan sayang terhadap ibu bapa kita. Kerana rasa sayang dan kasih itu sebenarnya tak terluah melalui kata-kata sahaja sebaliknya menerusi perbuatan.
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
Akan tetapi, sudah menjadi lumrah masyarakat kita yang sering terikut-ikut budaya luar terutama budaya barat dalam meraikan sesuatu perayaan yang kadang kala kita taktau hujung pangkal sejarah sesuatu perayaan itu. Cumanya apa yang ingin aku utarakan disini ialah, pendapat kita yang berbeza atau bagaimana cara kita inteprestasikan maksud sesuatu perayaan itu dari sudut pandangan kita. Yalah, manusiakan rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Setiap daripada kita dikurniakan akal dan setiap daripada kita takkan pernah punya sudut pandang yang sama kerana itulah yang membezakan kita sesama manusia. Unikkan ciptaan Allah SWT. Subhanallah.

Mungkin bagi sesetengah kita beranggapan sekadar meraikan tanpa berpegang kepada apa-apa kepercayaan tertentu. Ada juga yang beranggapan bahawa kita perlu lihat daripada sudut positif sesuatu sambutan itu. Jika ia mampu memberi impak positif terhadap diri secara khusus dan kepada masyarakat secara amnya, maka kewajaran untuk menyambut sambutan itu perlu digalakkan. Hmm..begitulah yang aku baca selalunya.

Bagaimana pula dengan korang? Boleh utarakan pendapat korang? Aku hanya ingin berkongsi idea dan pandangan dengan korang. Silalah share kat ruangan komen tu ya.
Daripada Abu Hurairah RA juga daripada Nabi SAW sabdanya, “Hinalah kemudian, hinalah kemudian, hinalah (bagi) mereka yang sempat hidup bersama dengan salah seorang daripada ibu bapanya atau kedua-duanya sekali ketika mereka tua sedangkan dia tidak dapat masuk syurga” (dengan sebab itu)”.   Sila klik link disebelah ini Berbakti Kepada Ibu Bapa
Walaubagaimana pun, pendirian aku tetap sama, tiada sambutan khusus yang diperlukan kerana rasa kasih dan sayang pada ibu bapa ini perlu diluahkan atau diterjemahkan tanpa kira hari tertentu. Walau apapun yang kita lakukan, tetap kena berbalik kepada ajaran agama kita, Islam. Walau aku sendiri bukanlah alim (sebab aku pun sengal juga kenkadang), tapi marilah kita berpesan sesama kita untuk perkara kebaikan. Wallahualam.

OK..till meet again.
Read more ...

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com

 Assalamualaikum... selamat berhujung minggu kawan-kawan

Hari ni mood nak join segmen Kak Mia sebagai permulaan untuk update entri blog. Selamat bersegmen semua.



Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 16 Jun 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.

tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

IKLAN

Read more ...

Friday, June 14, 2013

Kata-Kata Mutiara Sebagai Pendorong Semangat

Assalamualaikum semua..

Pepagi Jumaat yang berkat ni, mari kita bersama-sama berkongsi idea nak? Kita didik sikit minda ni untuk berfikir. Tajuk entri aku kali ini ialah Kata-Kata Pendorong Semangat. Tajuk cam dah awesome tapi kalau entri aku ni kelaut harap maaflah ya. Baiklah, mari kita mulakan dengan Basmallah.

Aku nak tanya korang, biasanyalah kan, if something happened to you , whether it is good or bad, apa kebiasaannya yang korang akan buat? Adakah perkara yang berlaku itu akan mematahkan semangat atau sebaliknya memberi semangat kepada korang? Hmm, apakah yang selalunya bermain diminda korang apabila mendapat ujian yang korang tak terduga?

Seperti biasa, takde masalah yang tak boleh setelkan. Walaubagaimana pun, apabila masalah dah setel, selalunya mesti ada something yang bermain difikiran. Maksud aku, kalau masalah tu setel ke tak macam mana sekali pun, serba sedikit mesti telah menggugat kekuatan emosi korang. Betul tak? Kalau tak mengganggu, korang memang HEBAT. Silalah beri tunjuk ajar kepada aku ya.

Lumrah hidup manusia, kita dicipta dengan naluri yang punya pengaruh kuat kepada emosi kita. Sepanjang yang aku perhatikan, naluri kita sebagai manusia ni memang akan pengaruhi emosi kita untuk sesuatu keadaan. Bila bercakap bab emosi ni, biasanya bila ada sesuatu masalah atau perkara-perkara yang tidak baik berlaku, emosi kita akan terganggu setidak-tidaknya akan membuatkan kita berfikir dan berkata "Why it's happened to me?". Dari situ, mulalah semangat akan down sedikit. Bila semangat dah down, untuk bangkit kembali memang perlukan sesuatu untuk membantu.

Sesetengah orang prefer untuk lakukan sesuatu sebagai terapi untuk bangkitkan semangat diri. Ada yang lakukan aktiviti yang boleh release stress seperti bersenam, pergi hiking, berlari ke apa ke. Bagi perempuan, ramai yang suka shopping sebab boleh release stress katanya. TAPI, bagaimana dengan mereka yang taktau nak buat apa bila hilang semangat? Nak bercerita, takut orang taknak dengar atau rasa tak percaya tu tinggi. 

Bagi mereka-mereka yang susah nak bercerita kepada orang bila rasa susah hati ke hilang semangat ke apa ke jenis macam aku ni, membaca kata-kata mutiara ni sangat memberi inspirasi buat aku untuk bangkit semula. Mungkin korang yang jenis cam aku, faham apa yang aku cuba sampaikan. Tapi jangan sekadar baca je, tetapi cuba fikirkan maksud disebalik setiap kata-kata itu untuk dijadikan sebagai pendorong untuk membangkitkan kembali semangat yang hampir luntur itu. 

Disini, aku ingin share beberapa kata-kata mutiara yang sesuai bagi mereka-mereka yang mungkin sekarang ni hadapi masalah dan mungkin ada yang patah semangat. Hayatilah kata-kata mutiara atau kata-kata hikmah untuk sama-sama kita jadikan pedoman ya.

  • "Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah"
  •  Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.- Flower A. Newhouse
  • Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. - Joseph Conrad
  • Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI.
  • Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
  • Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
  • Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian
  • Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memeberi erti yang nyata
  • Musuh yang sangat berbahaya di dunia ini adalah perasaan penakut dan bimbang. Teman yang paling setia hanyalah keberanian dan keyakinan yang teguh.
  • Entah kita gagal atau berjaya tidak menjadi masalah; yang penting adalah cara kita menghadapinya.
  • Seorang kawan yang mendampingi kita pada saat kesulitan lebih baik dari pada seribu kawan yg mendampingi kita pada saat kebahagiaan.
Baiklah, setakat ini sahaja. Sekadar berkongsi sedikit perkara yang biasa aku lakukan bila semangat aku down. Paling penting, jangan putus berdoa supaya Allah berikan semangat yang kuat untuk korang hadapi masalah yang melanda ya. 

OK, till meet again
Source: Laman Nurani , fitrihadi , imi.gov.my dan Google
IKLAN

Read more ...

Thursday, June 13, 2013

Aku dan Lotion

Assalamualaikum semua.

Dah lunch ke? Alhamdulillah aku dah makan dah pun. Ni tengah godek gambar lotion kat internet ni. Entri kali ni ada sangkut paut dengan entri Wordless Wednesday aku last week kat sini.

Perempuan dengan lotion ni kira ala-ala adik beradik la kononnya. Sejak dari kecik kalau parents jenis yang sangat menjadi kulit, mesti dah ajar anak-anak terutama anak perempuan untuk guna lotion. Kes aku lain, sebab aku tak pernah diajar untuk pakai lotion sebab aku kan brutal. Hahaha.

Aku mula involve dengan lotion ni bila aku dah besar dewasa ni ha. Aku sebenarnya tak suka pakai lotion tau masa kecik-kecik dulu sebab aku tak suka wangian dan aku memang alah dengan wangian. So, lotion ni kan wangi, mesti aku tak suka. Tambah aku tak suka rasa lekik kat badan kalau ada lotion. Haa..jadi aku takde la nak beli lotion bagai untuk sapu kat badan. Pada aku, kalau nak tangan lembut, takyah buat keje apa2, sah-sah tangan tu lembut je..kekeke

Nak jadi cerita, bila aku dah keje ni, kengkawan aku semuanya pakai lotion bagai. So, aku pulak sebab tapak kaki aku merekah. Jadi, dorang recommend aku untuk pakai Ellgy tu. Tapi tak jadi kesan kat aku tau. So, aku pegi je klinik minta ubat kat doktor. Tapi, bila kaki dah elok, haruslah takmo lagi jadi merekah bagai kan. Maka dengan itu, aku pun mula beli lotion untuk sapu kat kaki. Pastu, aku keje dalam ofis yang ada air-cond, badan aku ni jadi kering je. Maka dengan itu juga la aku mulakan pakai lotion supaya tak kering kulit aku.

Siyes cakap, kulit aku ni, kalau tak pakai lotion memang nampak sangat kering. Dah la kering, kang gatal pulak tu. Sakit tau. Ok..kat bawah ni ada beberapa jenis lotion yang aku pernah dan masih gunakan hingga sekarang.

Lotion Johnson's Baby Lotion ni aku gunakan setiap malam sebelum tido supaya badan aku tak kering dan tiada rasa rengsa kalau panas ke apa. Sedap sangat baunya dan aku suka sebab memang buat kulit aku jadi lembut. 
Vaseline lotion ni aku pernah beli 2 kali tapi beli yang tiub kecil sebab aku pakai kat muka. Hahah..orang pakai kat badan tapi aku suka hati je pakai kat muka setiap malam sebelum tido. Tapi sekarang ni dah tak guna dah sebab malas melanda. Aku lagi suka muka aku bersih daripada sebarang benda. Biar kulit aku bernafas secara sendiri kekdahnya.
Haa.. Nivea UV Whitening Serum ni aku baru je beli bulan lepas. Aku tertarik sebab sebelum ni aku pakai moisture serum Nivea. Memang best. Kalau korang nak kulit yang putih katanya, silalah cuba UV Whitening Serum ni ya. Aku ni jenis lambat nampak kesan. So, camtu jugalah kulit aku.


Ok.. Nivea Intensive Moisture Serum ni pulak aku dah beli berapa tiub ek. Tapi cakap terus terang aku memang suka sangat sebab bau dia sedap tak macam wangian dan paling best sebab memang melembapkan kulit aku. Hasil memang nampak tau. Harga pun sangat berpatutan. 

Johnson's Body Care ni aku beli juga sebab letak kat ofis je. Kalau berada kat luar, memang elok pakai sebab ialah adalah perlindungan ketika kita sedang ada aktiviti luar. 
Yang ni dan terakhir ni, pun aku baru je beli bulan lepas. Kan aku ada cakap kulit aku sangat kering, Rosken lotion ni memang sangat terbukti keberkesanannya sebab kulit aku yang kering melampau ni terasa lembap dan sangat selesa. Nanti dah nak abis lotion ni, aku plan nak beli yang besar skit. 


OK..selain itu, sebenarnya aku ada juga guna Losyen Mustajab keluar Dunia Herbs tu. Yang tu pun bagus tau. Losyen yang tu khas untuk pecahkan lemak-lemak dalam badan. Elok la untuk orang macam aku yang langsung tak percaya dengan makanan untuk kurus ni. Pada aku nak nampak badan turun kenalah bersenam. Heheh

OK..setakat sini dulu ya. Till meet again ya.
Read more ...