Monday, May 27, 2013

Standard Chartered Fun Run 2013 in Conjunction with National Youth Day

Assalamualaikum semua..

Hari ni, mari kita mulakan dengan entri larian aku ye. Masih ingat entri Standard Chartered Fun Run 2013 awal bulan dulu? 

Semalam, 26 Mei 2013 bersempena dengan Festival Belia Putrajaya 2013, salah satu program yang dianjurkan adalah Standard Chartered Fun Run 2013. Aku dah lama register acara ni. Thanks to Wan Najib sebab bagi tau aku pasal larian ni. Aku, Kak Aida dan Wan Najib register untuk larian ni, cuma Ridzuan je tak register sebab terlambat. Takpelah, lain kali boleh join lagi. 
No Bib aku untuk larian tu
Acara larian ni terbahagi kepada dua, 8km dan 4km. Aku join yang 8km tu. Memandangkan ini bukan acara larian yang pertama, so aku gagahkan juga nak join 8km ni. Cuma gementar sikit bila nak lari sebab kaki aku belum sembuh sepenuhnya. Mak dah bebel awal-awal kat aku sebab degil juga nak lari. So, aku ambil risiko, kalau sakit tak mahu ngadu sebab memang salah aku sendiri. 

Aku keluar dari rumah pada pukul 630am tapi tersilap parking keta sebab sangkakan starting point kat Palaca Of Justice tapi rupanya kat Dataran Gemilang area PICC tu. Nasib sempat ke sana. Kak Aida dah tolong ambilkan reben permulaan larian untuk aku. Thanks Kak Aida. Peserta dilepaskan dengan 1 das tembakan ke udara oleh YB Menteri Belia dan Sukan yang baru, YB Khairy Jamaludin lebih kurang pukul 730am. Ramai tau yang join larian ni.

Memandangkan keadaan kaki aku yang tak berapa nak ok, aku banyakkan berjalan daripada berlari. Lari sikit-sikit, pastu jalan..begitulah seterusnya sehingga berbaki 1km terakhir, baru aku terserempak dengan Kak Aida, terus je jalan sampai lagi berapa meter nak ke garisan penamat tu, kami lari-lari anak. Hehehe..

Nampaknya, kaki aku ni kena betul2 sembuh baru boleh lari macam biasa la. Hmm..dah start sakit balik tau. Tapi xpe, Insha Allah, boleh sembuh ni. OK..sekian entri larian ni...lain kali aku jumpa lagi ye
Start/Finish point..semangat aku ambil gambar kan..beria
What?! Baru 4km? Adoi..hahaha
Kak Aida dan aku...muka puas lepas berjaya abiskan larian
Najib dan Kak Aida...lepas tu kami terus cari makan..hahaha

No comments:

Post a Comment

My friend say: