Wednesday, May 22, 2013

SINGLE IMAN & AMAN DALAM CARTA IKIM

Assalamualaikum..

Sila baca dulu tajuk entri ye. Ehem..ini bukanlah promosi berbayar daripada Inteam ke apa ke tetapi promosi daripada seorang peminat tegar Inteam. Kalau sahabat blogger sekalian ada mendengar atau sering mengikuti perkembangan radio IKIM.FM, maka korang mesti tahu akan carta lagu nasyid kat radio Ikim ni.

Program carta ni dah berabad ada. So, malam ni aku nak promote sikit lagu kegemaran aku dendangan kumpulan penyanyi kegemaran aku..siapa lagi kalau bukan INTEAM. Maaflah kalau korang tak suka entri ni ye. Tapi nak juga promote. Ok..

Sudikanlah untuk vote lagu Iman & Aman yang merupakan pencalonan baru dalam Carta Nasyid IKIM ni. Lagu ini merupakan single terbaru kumpulan Inteam (bukanlah baru sangat, cuma baru masuk pasaran).
Korang boleh vote 5 lagu yang korang suka ye. Apa? Belum pernah dengar lagu ni? OK..tak mengapa. Youtube kan ada. Kat bawah ni ada video lagu ni sekali dengan lirik lagi. 

OK..sila klik link kat bawah ni untuk vote lagu nasyid pilihan korang ye.
Program carta bersiaran setiap hari Ahad jam 10.15 am dengan turut menjemput artis undangan pada setiap minggu.



Source: IKIMFM Official Website, Inteam Facebook and Youtube
OK..till meet again

2 comments:

My friend say: