Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum semua..

Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru diMalaysia mahupun seantero dunia. Terutama sekali buat guru-guru yang pernah mendidik aku terutama Cikgu Laila, Cikgu Habsah, Cikgu Quah Say Hong, Cikgu Mahanizan, Cikgu Azizah, Cikgu Hayati, Ustazah Zuriah, Ustazah Noraini dan cikgu-cikgu yang sentiasa baik kepada aku. Semoga kalian semua sentiasa dirahmati Allah hendaknya ya.


Juga, special buat Blogger Nick Nashram yang juga merupakan seorang guru. Selamat Hari Guru Nick. Semoga kekal cemerlang sebagai seorang guru ya. Thanks kerana menjadi sahabat blogger yang baik buat saya. Tak lupa juga buat semua rakan-rakan blogger yang telah dan akan bergelar guru. 


Hayatilah lirik lagu Inteam, Lilin Seorang Guru yang dipetik daripada album Impian Kasih. 
SELAMAT HARI GURU
Lilin Seorang Guru

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku 
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Ok..till meet again..

2 comments:

  1. hi anna tag awak :)

    http://annamammamia.blogspot.com/2013/05/simple-giveaway-bintang-mencari-cinta.html

    ReplyDelete
  2. wah, terharunya bila ada orang wish..huhu..terima kasih :)

    ReplyDelete

My friend say: