Thursday, May 30, 2013

Sebelah Sayap by Mat Luthfi


Assalamualaikum semua..

Semalam Mat Luthfi upload video terbaru beliau hasil Kolaborasi bersama http://www.youtube.com/user/neollene . Dah tengok ke? Kalau belum, silalah tengok ya.

Apakah pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah yang dipaparkan pada kali ini? Video ini mengisahkan seorang sahabat, Ihsan yang ketagihan arak. Ihsan terpengaruh daripada bapanya yang juga seorang kaki botol (minum arak). Sebagai sahabat serumah, Reefqy yang juga merupakan seorang ketua Usrah berusaha untuk menyedarkan Ihsan supaya berhenti minum arak dan dalam masa yang sama juga, Mat Luthfi juga berusaha untuk membantu Ihsan daripada ketagih arak.

Dalam kisah ini, apa yang dapat aku simpulkan dengan pemikiran biasa-biasa aku ni begini. Dalam kita menilai keperibadian seseorang, bukanlah letak pada tingginya ilmu dia waima ilmu agama sekali pun, kerana kalau hanya sekadar tinggi ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu tersebut dengan cara yang betul, tidaklah bermanfaat ilmu itu sedangkan ilmu itu akan lebih berkesan jika ianya sentiasa dikongsi bersama. 

Dalam mendidik manusia untuk menjadi lebih baik, pendakwah perlulah menggunakan pendekatan yang paling berhemah dan mesra supaya sahabat tersebut lebih bermotivasi untuk berubah. Ingat, jangan sesekali memaksa seseorang untuk berubah sebaliknya, nasihatlah tanpa putus asa agar dia diberikan kelembutan hati untuk berubah. 

Jadilah contoh yang terbaik dalam usaha untuk membantu sahabat berubah. Andai diri sendiri pun tak bagus, bagaimana rasanya untuk kita mendidik orang untuk berubah? Jangan hanya pandai mengkritik tanpa tiada tindakan susulan yang disusuli. 

Jika kita tahu dimana kelemahan kita, carilah jalan penyelesaian terbaik untuk memperbaiki diri. Andai kita sentiasa dihujani dengan cabaran dan dugaan, sentiasalah berfikiran positif bahawa itu semua adalah tanda bahawa Allah sedang menguji. Memang benar, bukan senang untuk berubah, tapi kalau langsung tiada usaha, apa guna kita sebagai manusia diberikan akal dan fikiran? Ingatlah, Hidayah itu milik mutlak Allah SWT yang bukan boleh dimiliki tanpa perlu dicari. 

Itu adalah serba sedikit yang dapat aku ambil pengajaran daripada video diatas. Terima kasih kepada Mat Luthfi kerana buat video yang mampu menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Mat, hang memang baguih. Kak suka kat hang.

Apa pendapat korang mengenai video ni? Sila share dengan aku ye..

OK..till meet again

No comments:

Post a Comment

My friend say: