Wednesday, May 01, 2013

Meraikan Hari Pekerja

Assalamualaikum semua..

Selamat Hari Pekerja kepada semua rakan blogger diluar sana.

OK..maafkan aku sebab tak sempat nak blogwalking rumah korang sekalian buat hari ini. Akan aku buat abis je setel entri ok. Insha Allah.

1 Mei merupakan hari cuti am sempena dengan sambutan Hari Pekerja. Bukan setakat di Malaysia tapi diseluruh dunia. So, aku pun sebagai seorang pekerja juga haruslah bercuti. Ye tak? HEHEHEH

Maka dengan itu, aku, kembar dan kawan-kawan turut mengambil kesempatan untuk meraikan hari yang berbahagia ini. Cewah..padahal memang dah plan pun nak keluar. Alang-alangkan, kita celebrate je la sekali.
Aku dan Sheh Chian
Ain dan Kak Bavani
Kami bertemu di Publika @ Solaris Dutamas. Haa...aku yang pilih venue ni sebab saja nak lepak kat tempat yang santai. Punyalah beria nak keluar date hari ni, semalam lagi aku dah survey venue makan yang rasa cam best nak makan. Aku dah lama sangat survey Namoo On The Park kat tingkat atas Publika tu tapi was-was sebab tak tahu halal ke tak. Cari kat Google pun tak jumpa. So, aku tanya dulu member aku, Syafiq, kot-kot dia tau..sebab diakan kaki Korea. Haa..sebab dia pun tak sure, so aku delete Namoo dalam listing aku.

OK..hari ni kitorang terus gerak ke Publika dalam tengahari gitu dimana kembar aku yang drive. So, aku ngan Kak Bavani bahagia jadi penumpang. Hahaha. Kitorang sampai kat Publika je, terus survey tempat makan. Tapi nak bagitau ni, best giler pergi Publika hari ni sebab parking banyak gila kosong. Kalau hari biasa ni, memang harap la nak dapat parking buta senang. Hahaha.

So, sesi jalan-jalan cari makan pertama kami ialah di Banana Curry House. Pekena masakan India Selatan. Sedap tau sebab aku dah berapa kali makan kat situ. Kari dia memang umph..walau tak dapat nak tanding kari Uncle Krishnan kat Teluk Intan tu ha. Kesian kak Bava, terpaksa juga makan makanan India padahal dia dah biasa sangat kan. Hahaha.
Sebelum makan, wajib posing dulu untuk cik blogger
Kari banjir..hahaha
Selesai sesi makan pertama, kitorang berjalan-jalan santai melihat keseluruhan pemandangan Publika tu sambil-sambil tunggu Sheh Chian datang. Setibanya Sheh Chian, sesi jalan-jalan cari makan kedua diteruskan dengan menjengah ke Free Mori. Haa..Free Mori ni pun fav aku juga sebab pastries yang sangat yummy.
So, kitorang decide nak lepak santai je kat Free Mori tu. Aku, Ain, Kak Bava dan Sheh Chian order pastries yang berkenan kat hati kami. Kami order yang sedap dan nampak nice dimata dan sedap ditekak. Macam-macam kitorang bualkan. Memang santai sangat.
"Hantu Kek" menyerang..
OK..gitulah cerita pendek aku celebrate Labour Day untuk tahun ini. Walau santai tapi manis untuk dikenang.
Bonus picture.. 

GENG SPEK 1 Malaysia..hahaha
OK..till meet again

7 comments:

  1. Banyaknyer.....makanan..huhu :)

    ReplyDelete
  2. bestnyer!!! smlm smpena smbut hari pekerja, husband sy pun bawa sy jalan2 1 ipoh! kul 9pg kuar, blk kul 9 mlm...hehehehe...sllnya dok ngadap keje jahit je so die bwk release tension lak...hehehehe
    Selamat Hari Pekerja...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. wah bestnya dapat keluar... ros duduk rumah je..huhu

    ReplyDelete
  4. bestnya kak celebrate labour day..hehe

    selamat hari pekerja kak.. =)

    ReplyDelete
  5. saya celebrate 1 mei ngan p main bowling..syok..hahah

    ReplyDelete
  6. selamat hari pekerja dear! =)

    ReplyDelete
  7. amboi nasi daun pisang....hoho...

    ReplyDelete

My friend say: