Sunday, May 12, 2013

LUPUS Awareness Month

Assalamualaikum rakan-rakan blogger sekalian. Sihat tak?

Actually, aku dah dapat invitation daripada blogger Deno untuk join kempen ni dari last week lagi. Tapi baru hari ni sempat nak menyiapkan banner untuk join kempen Lupus ni.

OK..mari kita mulakan ye.
Dibawah ini adalah serba sedikit info mengenai Lupus atau SLE.

Pernah dengar mengenai LUPUS atau lebih dikenali sebagai SLE?
=> Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui

Sejarah

Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).


Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)

  • Hanya melibatkan kulit
  • Jarang merebak ke organ lain

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

  • Boleh merebak ke organ lain
  • Boleh mengakibatkan kematian

Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang
Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

Di Malaysia juga terdapat badan NGO yang turut menjalankan tanggungjawab membantu dan memberi sokongan buat pesakit-pesakit SLE diMalaysia. Terdapat banyak program yang dijalankan bagi memberi kesedaran kepada pesakit SLE khususnya dan masyarakat secara amnya tentang penyakit ini. 


Buat masa kini, SLE ini masih belum ada penawar bagi penyakit ini. Walau bagaimana pun, sokongan ini dan kempen-kempen kesedaran seperti ini diharap dapat memberikan kita informasi berguna dan dapat dijadikan panduan buat menghadapi situasi yang tidak dijangka.
Source: http://www.lupusmalaysia.org/



Terima kasih kepada Blogger Deno kerana sudi menjemput aku untuk join segmen ni. Kepada rakan-rakan sekalian, sudilah kiranya join juga segmen ni ye.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai SLE atau LUPUS ni, silalah lawati laman-laman web dibawah ini.
OK..till meet again

5 comments:

  1. Penyakit nie penyakit keturunan ke dear...

    ReplyDelete
  2. Ada jiran ibu yang mengidap penyakit ni..

    ReplyDelete
  3. Cik akak datang nak jemput Join GA cik akak...


    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/05/simple-giveaway-bintang-mencari-cinta.html

    ReplyDelete
  4. comel rama2 tu!:)

    terima kasih ainim sbb support LUPUS awareness! diharap dgn penyertaan ainim, SLE akan leih dikenali... :) nama peserta akan diupdate dari semasa ke semasa... jangan lupa semak nama ya... :)

    ReplyDelete

My friend say: