Tuesday, May 14, 2013

Free Mori @ Publika

Assalamualaikum semua..

Dah lewat malam macam ni la baru sempat nak update blog. Sekarang ni memang keje aku balik lambat je ye. Takde makna nak balik sharp pukul 5pm. Kalau nasib tak baik, hari Sabtu pun datang kerja. Haih.

So..macam ni..baru-baru ni kan ada artikel keluar yang mengatakan bahawa mereka yang gemar upload gambar makanan, ada masalah mental. OK..bagi menafikan yang artikel itu adalah SALAH, maka aku akan update entri malam ini dengan gambar-gambar pastries daripada Free Mori.

Aku ni memang suka dengan pastry daripada Free Mori sebab tekstur makanannya yang soft dan kurang manis. Lagi pun nama pastry yang menarik dan rasa yang sangat unik. Selain tu, harga bagi setiap pastry tu adalah sangat berpatutan. Tak rugi kalau nak cuba.

OK...untuk makluman, ini bukan iklan promosi ke apa ye. Aku memang sekadar nak berkongsi kegemaran aku je ok..Kalau korang ada kesempatan, boleh pergi ke mana-mana cawangan Free Mori. Sempena Mother's Day haritu, ada promotion tau.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi dan perihal Free Mori, silalah berkunjung ke Facebook dan website mereka seperti dibawah


Free Mori
Napoleon
Sunshine Beach
Ferris Wheel
Biskut apa tah tak ingat nama
Mille Danish
Black General
Ironman..terasa sangat jadi lelaki seterika
Cheese cake
Music Box
Favorite.. Triplet Chocolate

Haa..ni tengah melantak kek..hahaha
So, setelah korang tengok gambar-gambar ni, rasanya ada tanda-tanda sakit mental ke aku ni? Haruslah tak sebab aku MASIH WARAS. Sebagai seorang blogger, update gambar-gambar makanan ni punya tarikan tersendiri tau. Yang penting aku tetap bersosial seperti mereka-mereka diluar sana. Kalau tak, camane nak update entri dengan cerita baru kan? Heheheh

OK..till meet again

3 comments:

  1. hahaha...betol tu dear...cik akak tak peduli apa orang nak kata...biasakan isu...hihi....hak kita nak tayang benda baik kan..hihi...kalau benda takde faedah tu...lain cita kan..hihi...mintak juga....:)nampak sedap tu

    ReplyDelete
  2. wahhh... mmg bleh meleh air liur.... :)

    ReplyDelete
  3. dapp nyer.. terase nak g makan jer taw..hahahaha :D

    ReplyDelete

My friend say: