Monday, May 20, 2013

Don't Disturb Me!

Assalamualaikum semua..

Jangan salah faham dengan tajuk diatas ye. Bukanlah ditujukan kepada rakan-rakan blogger sebaliknya kepada seseorang yang buat saya rasa tak secure dan sangat tak selesa.

Kepada rakan-rakan blogger sekalian, terutama yang perempuan, pernah tak korang terima apa-apa message atau panggilan telefon daripada seseorang yang korang tak pernah kenal atau seseorang yang korang kenal tapi selalu buat korang rasa tak selesa? Pernah tak? Pernah tak? Hmm...

Bagaimana harus aku mulakan ayat ya. Sekadar nak berkongsi dengan kalian semua. Aku kini rasa amat terganggu dengan beberapa orang lelaki yang aku tak kenal dan ada yang aku kenal buat aku rasa tak selesa. Lelaki yang aku kenal tu, message aku suatu ketika dulu dengan cubaan untuk meluahkan rasa hati. Maaf, bukan aku sombong atau aku berlagak. Memang aku tak pernah ada rasa suka dan hanya anggap dia sebagai rakan biasa saja. Telah aku katakan, yang aku memang takkan terima, tapi nampak macam dia tak faham bahasa je. So, aku ni jenis ignore je kalau aku tak suka. Lebih suka berdiam je sebab aku tak suka nak bersuara, takut-takut nanti ada hati terluka. Sejak dari haritu, aku memang langsung rasa tak selesa bila dia message aku. Haram aku tak reply. Yes, aku jenis yang tetap dengan pendirian aku. Aku maksudkan dengan setiap apa yang aku katakan. 

Lain pulak dengan hal yang satu ni. Nak jadi cerita, aku terima satu panggilan telefon daripada nombor yang aku tak kenali. Mulanya aku tak jawab. Kali kedua call, suara lelaki yang bercakap. Aku tak faham dia nak cakap apa sebab dia cakap loghat utara pekat sungguh. Terus aku putuskan call tersebut memandangkan aku sedang drive. Tetibe je lelaki tu message dengan mengatakan bahawa nombor hp aku naik dalam call list dia. Eh..apa hal pulak mamat ni? Aku hanya reply bila mamat tu hantar message kali kedua dengan mengatakan bahawa aku tak pernah kenal nombor tu dan mungkin ada kawan yang guna handphone aku. 

So, nak jadi cerita, tetibe je si mamat ni reply dengan perkenal diri dan siap tanya nama aku. OK..Aku dah faham. So, aku tak reply langsung dan aku terus check call history handphone kot-kot memang ada nombor ni. HAAA..kan aku dah cakap, memang langsung tak pernah aku call nombor tu. Tah sapa la pergi bagi nombor aku kat orang tertentu ni. Eee...ni bukan kali pertama tau, dah banyak kali aku dapat panggilan macam ni. Tujuannya tetap sama..nak berkenalan je. 

Bukan aku sombong, bukan aku berlagak jauh sekali bongkak. Aku cuma memang tak suka dengan gangguan sebegini terutama daripada orang-orang yang aku tak kenal. Memang benar kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Tapi, aku sememangnya bukan jenis yang senang atau mudah untuk berkawan baik lelaki mahupun perempuan. Aku seorang yang sangat berhati-hati memilih kawan. Aku percaya, memilih itu perlu supaya aku tidak terjebak dengan mereka-mereka yang sekadar hanya ingin mengambil kesempatan.

Sejujurnya, aku memang rasa tak tenteram dan tak selesa dengan gangguan sebegini. Sabar aku sebagai seorang manusia ada batasnya. Aku hanya berharap agar mereka-mereka yang suka ganggu hidup orang ni, bermuhasabahlah diri. Kalau orang dah bagi signal tertentu, silalah faham dan terimalah dengan hati terbuka. 

Aku hanya mampu berdoa supaya Allah lindungi dan jauhkan aku daripada sebarang keburukan dan musibah. 

Wallahualam

9 comments:

  1. sayang...kak Farah datang sini...

    occay, jawapannya simple... u just reject the call and ignore all those sms... kalau semak pun bunyi sms or phone call yang x berhenti jer... lama2 dah bosan... diaorang berhenti ler...

    ReplyDelete
  2. Yes Kak Farah..already blocked all those strangers. Cuma yg saya heran tu, sapa la yg 'baik hati' sgt bg no hp saya kat org sedangkan saya mmg tak sesuka hati bg no hp saya pada org. Hmm..

    ReplyDelete
  3. err...macam pernah kena jer...huhu...tapi dorang ni lama-lama suka jadi pendesak..

    ReplyDelete
  4. memang kena memilih. nad pun kalau tak kenal tak angkat langsung. takut... huhu hati2 kak anim <3

    ReplyDelete
  5. salam. lapor je kepada service provider..nanti mrka boleh tulong block panggilan sedemikian rupa. kalau perlu report je kat polis...hati2 ye.. btw, i have followed your blog..tq

    ReplyDelete
  6. sbar ye syg..sy pun xsuke kalo kena cmtu..huu

    ReplyDelete
  7. hehehe.. pnah jd cmni.. geram n geli pun ade.. hahahaha.. trus tringat, then sengeh sorang2..

    ReplyDelete
  8. Sally: Saya slalu kena mcm ni..bosan dan rimas walaupun tak pernah layan

    Nadya: Nad taukan perangai akak camane..hehe

    JUK DIN: Saya akan terus blocked nombor2 pelik ni setiap kali saya dh rasa ada yg tak kena

    Nabiela: Saya dah lama sabar..cuma nk sgt tau sapa la yg bg no hp saya pada org2 tu

    Anis: Saya tak mampu sengeh sbb saya bengang..hahah

    ReplyDelete
  9. hhmmm harap bersabar ye ainim...rasanya boleh ikut idea2 yg dah diutarakan dalam komen2 di atas...takyah pikir sgt la sape yg bg no phone tu...biasa la kawan2 ada yg jenis sengaja nak menyakat....

    ReplyDelete

My friend say: