Monday, May 27, 2013

Don't Be Fake!

Assalamualaikum semua..

Morning and happy Monday everyone. Ceh..speaking tetibe kan. 

OK..mari kita mulakan pagi Isnin ini dengan berpesan-pesan ke arah kebaikan ya. Topik pagi ini ialah 'Palsu' atau Fake. Pernah jumpa orang yang Fake atau suka pura-pura? Mestilah ada kan? Aku pun dah jumpa banyak orang yang macam ni. Cumanya aku jenis yang tak suka melayan. Lebih baik jauhkan diri daripada orang-orang yang sebegini rupa. 

Sekadar pesanan buat mereka-mereka yang suka berpura-pura tu, silalah ingat bahawa hari tak selalunya cerah. Adakala, bila mendung menjengah, hujan akan turut sama berdamping. Jangan ingat bila kamu berpura-pura, kamu akan sentiasa selamat. Jujurlah pada manusia disekeliling kamu kerana suatu hari nanti, pasti mereka yang sering kamu tipu itulah yang akan membantu kamu suatu hari nanti. 

OK..dibawah ni ada beberapa quotes yang sempat aku cari kat Google pepagi buta ni. Sekadar renungan dan peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan sekalian.



No comments:

Post a Comment

My friend say:

Nuff Ads