Friday, May 31, 2013

Demam

Assalamualaikum semua

Sejak dua menjak ni, aku kurang berblog. Maaf ye kengkawan kalau aku jarang singgah rumah korang belakangan ni. Aku sebenarnya tak berapa sihat sangat ditambah dengan kesibukan tugasan dipejabat memaksa aku balik lewat. Biasalah, bila dah lewat balik, letih tu jangan cakaplah ya. 

Ok..mari kita mulakan cerita.

Sekarang ni sedang musim demam. Sana sini dengar orang demam. Demam biasa la, campak la, denggi la. Aku sendiri pun terkena tempias musim demam ni juga. Bukan aku seorang je, malah kawan-kawan ofis aku pun dah ramai yang demam. Sakit kepala, sakit tekak dan sakit-sakit yang seangkatan dengannya pun biasanya akan menghinggap juga. 

Korang sihat tak? Semoga korang semua sentiasa sihat hendaknya ye. Dengarnya Blogger Mak Dara kena demam denggi. Ya Allah, bahaya tu tau. Walau apa pun, semoga Mak Dara akan kembali pulih sihat seperti sediakala ya.

Korang semua pun silalah jaga kesihatan ye. Banyakkan minum air dan kalau boleh jangan terdedah sangat dengan cuaca luar yang tak menentu ni. 

Ok..aku nak rehat ni...esok ada kenduri kawin.
Till meet again

1 comment:

My friend say:

Nuff Ads