Sunday, May 26, 2013

Bangi Megi Ketam

Assalamualaikum semua..
Wah..lamanya tak update blog. Ini semua gara-gara kesibukan bekerja dan memandangkan minggu ni,
Kakak sulong bertandang..maka masa yang ada banyak spend dengan anak buah yang sorang tu.

Ok..Mari kita mulakan cerita. Malam semalam, aku sekeluarga keluar makan malam ke Bangi. Tujuan kami ialah nak ke Bangi Megi Ketam. Restaurant ni terletak di Seksyen 7 kalau tak silap aku. Sesampainya kami disana, maka tempat duduk adalah perkara pertama sekali kena buat. Haa..semalam macam ramai juga orang kat situ. Eh..dorang ni tak balik kampung ke? Kan cuti panjang ni..hehehe.

Once menu diberi, kami pun terus order sebab masing-masing dah lapar. Kami order 4 megi Ketam, 1 megi biasa, sup ekor, telur dadar, telur bistik, nasi putih dan.... Ketam masak lemak cili api. Wah..semangat nak order masak lemak tu sebab mak nak cuba. Air tu biasalah..pelbagai sebab orang pun ramai. Heheheh..

Setibanya semua menu yang kami pesan, maka acara makan pun bermula. Wah...nak bagitau seantero alam yang masak lemak cili api dia memang sedap. Belum pernah aku pergi mana-mana restoran yang ada sediakan masak lemak cili api yang sesedap disini. Sebab apa sedap? Sebab dia masak guna kunyit hidup kot. Serious korang..memang sedap. Tak tipu.

Haa..megi Ketam dia tak payah cakap la. Sangat la sedap dan bertambah sedap kali ni. Ketam yang aku dapat kali ni besar tau. Haa..time nak makan Ketam ni, abang ipar yang sorang tu la jadi mangsa sebab kena tolong kitorang buka sepit ketam yang keras tu. Hahaha...semangat abang long.

Kepada kawan-kawan blogger sekalian, silalah cuba megi ketam ni ye. Memang sedap dan sangat berbaloi. Harga bagi menu yang berasaskan ketam tu adalah berdasarkan berat ketam tu. Harga bagi 100gm ketam adalah RM6. Pada aku, memang berbaloi kalau bayar kena pada kesedapan makanan tu. Selain service yang bagus. Tengahari pun ada jual makanan untuk santapan tengahari a.k.a. lunch.

Ok..Sekian untuk kali ini ye. Till meet again..






posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

My friend say: