Wednesday, April 17, 2013

Trip To Port Dickson - Part 1

Assalamualaikum semua..

Actually trip ni dah lebih 2 minggu berlalu. Aku pergi ke PD bersama-sama dengan kawan-kawan ofis..seunit gitu. Best juga sebab sesekali luangkan masa bersama sebab tak pernah pun kitorang pergi bercuti bersama-sama tau. Punyalah kecoh time nak pilih venue untuk bercuti. Dari Selangor ke Melaka..sudahnya ke Port Dickson aje..hehehe

Kami bertolak dari ofis sekitar jam 10am. Konvoi dua kereta sebab yang lain-lain pergi sendiri. Aku, Syafreena, Khairiah dan Ridzuan satu kereta. Aku drive gitu. Tak pernah aku drive jauh-jauh..hahah. First time nih..nervous plak..kih kih kih.
Muka-muka excited nak berjimba. Ni makan pagi dulu ye
Kereta Vios tu Kak Aida punya..aku yang sedang drive kereta
OK..sampai je kat Ancasa Allsuites tu, kami teruskan dengan makan tengahari sebab masing-masing dah lapar dan disebabkan bilik belum siap..so, kitorang jenjalan dulu tengok2 kedai ditepian pantai. Paling best bila Aku, Kak Aida, Wan, Syaf dan Khai sempat pergi survey berapa harga sekepala untuk naik banana boat.
Makanan tengahari

Dipendekkan cerita, after check-in ke bilik...lepas asar je, kitorang siap-siap nak ke pantai dengan harapan dapat bermain air.. DAN YES!!! Memang best tau.

Aku, Kak Aida, Syaf, Khai dan Wan tak kira dah..yang penting dapat main air. Lama giler kot aku tak mandi laut sebab segan dan takut lemas. Ye la..aku kan bukannya reti berenang. Kang tak pepasal je lemas.
Kempunan nak mandi kat swimming pool sebab ramai sangat bebudak
Kak Aida sempat lagi buat keje.. KAU MAMPU? AHAHA


Sebelum berendam, sesi bergambar itu wajib ya kengkawan. Maka, lihatlah kat bawah ni gambar kami berposing sakan..kih kih kih..

Mermaid versi lelaki...lentik gitu
Single Ladies Outing..kekeke
Ridzuan & Single Ladies Outing
Ni ibarat menunggu pinangan ke apa ni?
Muah.hahaha
Sila lihat apa yang ditulis ye

Tak lama lepas kitorang sedang bergirang gembira main air..sekali jumpa Kak Ida dan Kak Ina. Hmm..apalagi, memang meriah la kitorang. Terus je plan naik banana boat. Maka, selepas mendapat diskaun dengan bayaran RM100 utk 12 orang..hehehe..maka bermulalah aksi banana boat. TAPI kitorang request takmo kena hempas sebab tak nak sakit..hehehe
Sedang bersiap-siap untuk banana boat
Time ni dah nak naik dah
Mari berposing ye sebelum naik banana boat.
Berdebar masing-masing time ni
After banana boat..best kau
Thanks to Abg Marzuki aka husband Kak Ida sebab tolong amikkan gambar
OK...till meet again..

Part 2, akan aku share gambar main pasir dan kami pulang ke KL semula

6 comments:

  1. bestnya kak.. :)

    saya pernah drive ke PD.. best tu pergi sana..hehe.. erm, mkcik sy ada je kat pd..duk kat teluk kemang.. dah 2-3 kali ke sana pun, pantai tak jejak lagi..hehe

    ReplyDelete
  2. wah..bestnye..sy xprnah jejak PD..hehehe

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Mimie: First time drive rasa best juga..hehe..akak pun tak slalu pegi PD.ni first time mandi laut PD

    Munirah: Nanti pegilah PD..best juga sesekali main air laut

    ReplyDelete
  4. Wahhh...
    Meriah ni.....
    Best tak stay kat ancasa?
    Dekat dengan pantai tak??

    ReplyDelete
  5. Hatimi: Yes..sangat best

    AJ: Pantai tu belakang Ancasa dan ada pintu untuk terus ke pantai dan paling penting banyak kedai makanan..hehe

    ReplyDelete

My friend say: