Sunday, April 28, 2013

Serai @Shaftsbury Square, Cyberjaya

Assalamualaikum semua..

Semalam aku dan family pergi ke Serai @ Shaftsbury di Shaftsbury Square, Cyberjaya. Dekat la dengan rumah kan. Kami ke situ disebabkan kawan kembar dok bercerita tentang keenakan makanan disitu. So, kami memulakan langkah (padahal naik keta je pun) ke sana dalam pukul 4 pm. So, sampai je kat Shaftsbury Square tu, berpusing jugaklah nak mencari restoran tu sebab tak nampak pun tanda nama kedai tu. 

Nak jadi cerita, rupanya kat tingkat atas daaa. OK..sesampai je kami depan pintu restoran, ada pelayan yang tolong bukakan pintu restoran and welcoming us to the restaurant. Kelas gitu. Sekali muka ala-ala pakistan da. Nasib I taste Chinese look. Hahaha..*eh..tetibe. Waiter tu usher kitorang ke tempat duduk dan terus serahkan menu book sekali. So, kami belek-belek menu book tu dan sangat tertarik dengan menu-menu yang ada plus dengan nama yang agak nice. Paling best, tengok desert dia...sangat yummy. :)


So, macam biasalah, kalo dah tengok menu, haruslah order, tak gitu? OK..kami order makanan yang kami nak cuba dan beberapa jenis kek yang kami nak rasa. Kat bawah ni beberapa menu dan kek yang kami cuba. 
Pavlova. Yummy sangat..dan strawberry tu segar kot
Oreo Cheese..lagi sedap daripada secret recipe. Ikut tekak aku la
Pinjam daripada En Google sebab terlupa amik gambar kek ni semalam.
Hazelnut Roche. Rasa cam makan Ferraro Roche tu
Nasi Kerabu big potion. Jenuh kembar aku nak abiskan
Kampung frie rice. Sedap sangat
Seafood Char Kuey Teow. Memang sedap cuma tak macam char kuey teow sangat sebab kering skit
Haa...tengok menu-menu kat atas tu. Memang berbalo tau makan kat situ. Layanan yang sangat bagus dan cepat. Bahasa perantara digunakan adalah English only. Sebab pelayan dia bukan orang kita tau. Hanya nama restoran tu je melayu klasik sangat, SERAI.

OK...kat bawah ni, jangan marah ye..nak tepek caption muka sendiri yang excited makan sebab lapar..hahaha. Terlupa nak snap gambar Kaknyah dan kembar sebab kitorang excited makan kek tu punya pasal la..hahaha
우리 옴마.. 사랑해요 어머님 ^^
.sapa pandai cakap korea? hahaha..sila teka apa yang aku tulis ni
Muka excited nak abiskan kek ni..hahaha
OK..till meet again

6 comments:

  1. wahhh ada pavlova ek...
    kat cyberjaya??
    boleh lah nory pergi nanti...

    ReplyDelete
  2. Nory: Haah, ada..sedap tau pavlova dia..

    NM: Cik Akak, meh datang sini...nanti leh makan sesama

    ReplyDelete
  3. reasonable tak price die? hehehe, berkira anis ni kan?

    cam menarik n sedap tu.. harus pergi mencuba ni... hehehe

    ReplyDelete
  4. Anis: Harga memang berbaloi dengan rasa dia. Kalau biasa pergi ke Gardens ke Fullhouse ke..lebih kurang macam tu la harga dia. Mahal sikit tapi berbaloi la bayar

    ReplyDelete
  5. harga dia macam bpe ringgit eh utk pavlova tu?

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads