Tuesday, April 23, 2013

Nuffnang oh Nuffnang

Assalamualaikum...

Cuba tengok tajuk diatas ye. Entry ni bukan nak merungut tapi nak cakap Alhamdulillah. Hehehe
Happy sebab dah lebih 2 tahun aku guna Nuffnang ni, earning tak pernah berhenti meningkat. 


Masih ingat pertama kali aku install Nuffnang ni kat blog aku, mulanya hairan kenapa earning tak naik-naik. Mulanya aku ingat Nuffnang ni hanya untuk blog blogger-blogger yang hebat je. Nak jadi cerita, aku bertemu dengan seorang kawan aku, Kak Hyna atau mesra aku panggil Kak Nana. Kak Nana tegur tentang fan blog aku yang tinggi jumlah pageview. Maka, Kak Nana pesan kat aku supaya kemaskini akaun Nuffnang dan buang advertiser yang ada dalam blog aku selain Nuffnang. Ok..maka aku pun buat seperti yang disuruh.


Rupanya memang betul, Nuffnang ni sensitif bila ada advertiser selain beliau. Sejak dari hari tu, earning Nuffnang aku laju je naik. Alhamdulillah. Walaupun jumlah mungkin tak sebanyak blogger-blogger hebat kat luar sana, tapi setiap ringgit yang naik itu memang memberi kepuasan kepada aku sebagai seorang blogger.

Sekarang, dah lebih 2 tahun aku masih dengan Nuffnang. Walau kadang tak active blogging, Alhamdulillah earning tetap naik. Cuma aku belum lagi cash out dan berhajat nak jadikan earning Nuffnang sebagai passive income. Hehehe..harap menjadi kenyataan ye.

Kepada korang sekalian, kalo ada kecewa ngan Nuffnang, jangan putus asa ye. Aku sendiri pun ambik masa bertahun untuk dapat earning Nuffnang yang memuaskan hati. Hehehe

Ok..till meet again

4 comments:

  1. tgh tggu cek nuffnang le ni... mana tak sampai2 lagik ni... huwaaaa

    ReplyDelete
  2. wah akak...untung la..hahaha...kawan blogger cakap kadang ambik masa sampai 4 bulan..betul ke?

    ReplyDelete
  3. untung nye dapat cek dari nuffnang..bila la agaknya nak merasa..hehe

    ReplyDelete
  4. AJ tak kisah sangat pun..
    Dah 3 tahun dengan Nuffnnag...
    Adelah belas ringgit je dalam tu...
    Kihkihkih...

    ReplyDelete

My friend say: