Saturday, April 20, 2013

Majlis Pertunangan Sahabat dan Kenduri Doa Selamat

Assalamualaikum semua...

Maaf la lambat baru nak online. Hari ni seharian berada diluar rumah kerana menghadiri 2 majlis kengkawan aku. 

Event 1, Majlis Pertunangan sahabat baik aku, Syahida Sabaruddin atau aku panggil Syida. Syida ni kawan satu ofis. Kami rapat la juga dan demi tidak menghampakan Syida, aku dan Munirah (Mun) pergi ke majlis ni dengan excitednya. Haa..kitorang ni excited sebab ni kali pertama hadir majlis tunang kengkawan..kekeke

Kitorang gerak ke Hulu Langat, Selangor pada pukul 1ptg lebih kurang dan sampai dalam 45 minit lepas tu la. Sebaik je sampai, terus masuk jumpa Syida. Haa..comel sangat Syida hari ni. Bertambah comel sebab hari ni merupakan ulang tahun ke 25 Syida dan juga hari bertunangnya. Double happiness gitu.

So, macam biasa la kan...aku ni kan camera maniac sikit, WAJIBLAH amik gambar..

Majlis pertunangan selesai dalam pukul 2 lebih dengan tersarungnya cincin dijari manis Syida. Selesai sudah event, aku dan Mun terus gerak ke rumah seorang sahabat baik aku, Fiza Sabri.

Fiza Sabri buat majlis makan a.k.a.kenduri doa selamat. Yang kelakarnya sebab aku dan Mun memang tak tahu jalan nak ke rumah Fiza di jalan Cochrane..maka dengan itu, haruslah kami guna GPS. Alhamdulillah, kami selamat sampai tanpa sesat. Bangga giler..hehehe

Kat rumah Fiza, kami disajikan dengan beberapa menu yang memang menambat selera. Laksa utara, nasi himpit kuah kacang, spaghetti dan nasi ayam. Wah...memang sedap dan air mirinda oren. Memang kenyang giler aku dan Mun. 

Dapat aku lepaskan rindu kat Fiza. Kesian tengok Fiza, kurus sikit. Mesti sebab stress sebab banyak sangat keje kat tempat baru kan. Apapun, layanan Fiza tak pernah berubah. Tetap mesra gitu. Bila nak balik, Fiza bekalkan nasi ayam buat aku dan Mun. Terima kasih banyak la Fiza. Hehehe...tapi aku frust sebab seronok sembang sampai lupa nak bergambar dengan Fiza. Cess..

Ok..kat bawah ni ada beberapa keping gambar semasa majlis pertunangan sahabat aku, Syida. 
Syida yang comel berbaju pink
Ni pelamin majlis pertunangan
Aku, Syida dan Mun
Hantaran pihak perempuan
Mun dan aku...bergambar sementara tunggu pihak lelaki berbincang dengan pihak perempuan
Cincin sedang disarungkan dijari manis Syida
Syida dan hantaran
Kami...Mun, Lyn, Syida dan Aku
Mun, Lyn, Syida dan Aku...gembira sangat untuk Syida
Buah tangan majlis Syida

7 comments:

  1. Tahniah buat kawan tu....
    Cantiknya pelamin dia...
    ceria je nampak... =D

    ReplyDelete
  2. tahniah buat sahabt... berser-seri nampak tuan empunya :)

    ReplyDelete
  3. tuan punye blog bila pulak.huhu

    ReplyDelete
  4. AJ: Kan..pelamin tu comel sangat

    Deno: Memang berseri.. :)

    Nick: Ehem..entah la Nik..belum jumpa lagi la

    Sally: Turn tuan blog? Ahaha..xtau la...belum jumpa lagi

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads