Sunday, April 28, 2013

Kias Cinta

Assalamualaikum semua..

Dah lunch? Haa..aku belum lagi.
Dihari minggu yang sunyi ni, aku nak share sesuatu dengan korang. Lagu Kias Cinta nyanyian Suhami Saad bekas anggota kumpulan nasyid popular Inteam. Suhaimi ni punya suara yang lunak merdu. Kalau korang dengar dia menyanyi, sumpah korang terpikat dengan suara dia. Mak aku, daripada Suhaimi dalam Inteam lagi, memang suka sangat ngan Mie ni. Sampai bila dapat tahu yang Suhaimi dah keluar Inteam, mak aku rasa cam kecewa je. 

OK...kisahnya, aku ni kan ala-ala berserabut sikit beberapa hari ni. Aku ada cerita dalam entri sebelum ni. Bak aku kata, bila libatkan soal hati dan perasaan, memang kita akan rasa gundah gulana. Cerita la pada sesiapa pun, tetap hati ni akan rasa tak tentu hala jugakan. Sepanjang malam tadi, aku dok dengar lagu ni berulang kali.

Ya, satu iktibar yang dapat aku ambil daripada lagu ni ialah, dalam kita menyukai seseorang, kita perlu balik kepada pemberi dan pemilik sebenar rasa cinta itu, iaitu ALLAH SWT. Sedangkan selama ini aku sentiasa ingatkan diri agar tak hanyut dengan perasaan sebegini. Sentiasa ingatkan diri agar cinta pada manusia takkan melebihi cinta pada Pencipta.

Alhamdulillah, Allah bantu aku buat kesekian kalinya. DIA beri aku kekuatan hati untuk halang rasa ini daripada melekakan aku. Aku tahu, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku. Aku akan sentiasa berusaha untuk menerima segala ketentuan Allah dengan hati yang redha kerana aku tahu ALLAH MAHA MENGETAHUI akan sesuatu yang terselindung. 
video

seandainya dunia tiada warna 
tetap kan ku kagumi 
indah maya alam ciptaanNya 
kudratNya ku agungi 

namun jalin warna zahirlah sang pelangi 
menyisih mendung menambat seri 
terbias semua cahaya 
nyata ilham di alam mimpi 
betapa ku syukuri nikmatNya 
ku pasti 

begitu kias cinta 
hadir menghuni jiwa 
menyatu sejuta rasa 
kurnia penuh bermakna 

tika dalam gelita 
atau sepi kembara 
dihadirkan rasa cinta 
sisih segala duka 
anugerah dariNya 

hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan 
tiada lain yang jadi rayuan 
namun Dia Maha Mengerti 
tak mampu insan bersendiri 
menempuh dugaan yang menguji 
naluri 

begitu kias cinta 
hadir menghuni jiwa 
menyatu sejuta rasa 
kurnia penuh bermakna 

tak akan ku persia 
limpah rahmat yang Esa 
bagaikan jalinan warna 
yang menyulam cahaya 
biasan kasihNya 

moga tak diuji asyik cinta duniawi 
mengharap teduh redha Ilahi 
kerna segala kurnia 
hadirnya hanyalah pinjaman 
sungguh ku syukuri kesempatan 
bahagia

Video credit to yucayuca12 @ YT
Lirik credit to http://liriknasyid.com

5 comments:

  1. pertama kali degar lagu ni... tapi terus jatuh cinta :) best sangat...
    btw ainim,, ros dah tukar url blog dr karipapkensar.blogspot.com ke rozeath.blogspot.com
    kalau sudi singgah lah yer :)

    ReplyDelete
  2. Ros: La..patut la saya tak boleh nak buka link tu dah..ok2..noted..nanti saya datang jenguk ye

    ReplyDelete
  3. hehe tengs ainim :) baru tukar semalam... adik cakap url lama tu tak best.. tu yang tukar

    ReplyDelete
  4. betul tu...Allah taw apa yg terbaik untuk kita..

    ReplyDelete
  5. kias cinta..umph,,baru tahu..lepas ni boleh layan lagu ni..thanks 4 sharing

    ReplyDelete

My friend say: