Monday, April 22, 2013

Jom Mengundi

Assalamualaikum semua..

Haa...dah malam baru sempat nak update blog..kisahnya balik lambat dari ofis sebab kemas tempat aku yang bersepah. Nasib ada Ridzuan tolong kemaskan sekali..heheh

Ok..actually, aku dah lama semak status pengundi aku kat laman web SPR. Aku kiranya excited sebab first time nak mengundi ni. Ok..sapa aku undi, itu adalah rahsia ye. Yang penting aku akan pilih calon yang boleh buat kerja untuk rakyat. Heheh

Nak cerita sikit. Aku lagi excited bila check tempat mengundi aku sebenarnya. Wahhh...best kot. Cuba tengok nama sekolah kat dalam gambar tu. Haa...itu adalah sekolah rendah tempat aku belajar dulu. Hehehe. Tak sangka, bila dah dewasa ni, aku akan pergi mengundi kat sekolah lama aku. Ibarat sireh pulang ke gagang ke apa ni. Hahah.

Yang lagi best ialah, sekolah aku tu dekat sesangat dengan restoran nasi kandar kegemaran aku. Haa...maka, plan baik ialah, lepas selesai mengundi aku dan kembar dah plan akan pergi makan kat situ. Terima kasih lah kepada SPR sebab hantar aku mengundi kat tempat yang senang aku nak pegi.

So, korang mengundi kat mana? Ke korang tak daftar pun mengundi. Silalah share ngan aku ye.

7 comments:

  1. as salam , blogwalking here jom join , ni first segmen :)

    http://cokielatmaness.blogspot.com/2013/04/segmen-i-love-you-mom.html

    ReplyDelete
  2. deno pun dah semak tmpat mengundi :)

    ReplyDelete
  3. wah mesti dah terbayang2 kelazatan nasi kandar tu kan? hehehe

    ReplyDelete
  4. ouh.. kita same la.. first time ngundi... tapi tempat ta same larh.. hehehe :) papepon undi itu rahsia..ekekekeke

    ReplyDelete
  5. Dah semak. Kali ketiga mengundi thn ni.

    ReplyDelete
  6. sally mengundi dekat dewan depan umah jer...jalan kaki tak sampai 5 min..hahaha

    ReplyDelete

My friend say: