Tuesday, March 12, 2013

Sayur Apakah Ini?

Assalamualaikum semua...

Maaf la baru berkesempatan menjenguk blog sendiri. Dari pagi dah busy cam apa tah sampai makan pun time sedang buat keje.

Pepagi ni, after beli breakfast kat Traders Cafe, aku naik ke tempat keje tapi ikut West Wing sebab nak singgah Coop Mart beli air mineral. Sampai level 17, singgah jap tempat Kak Alin dengan hasrat hati nak menegur. Sekali Kak Aida pun ada. Hmm..memang menyinggah la jawabnya,..hik hik hik..

Tengah sembang sekali Kak Aida tunjuk sayur kat atas ni. Adik Kak Aida beli masa pegi Cameron Highland. Aku tanya apa benda ni..rupanya Kak Aida pun tak tau apa nama sayur ni. Dia cerita masa beliau sekeluarga gi Cameron beli la sayur ni kat pasar malam. Menurut peniaga tu, sayur ni orang Cina selalu makan. Nak jadi cerita, lepas beli mereka masak la sayur tu. Sekali lepas makan, terus perut memulas2 sakit dan ada yang muntah. Eh....kenapa jadi camtu? Beracun ke? Kak Aida pun tak tau apasal boleh jadi camtu.

Bau sayur ni wangi tau, cam bau bunga apa tah...tapi jangan hidu lama-lama nanti pening pulak sebab bau wangi tu. Bentuk sayur ni panjang dan kurus. Korang semua ada idea sayur ni namanya apa? Aku memang tak tau sebab tak pernah tengok. Inilah kali pertama aku tengok sayur ni.

Kalau korang tau, sila comment ya. Nanti aku nak bagitau Kak Aida apa nama sayur ni. Kalau ada info sekali lagi bagus. Sekian, terima kasih.hehehe

10 comments:

  1. xnah tengok gak..hmmm

    bendi+buncis=bencis!eheh :p

    ReplyDelete
  2. Uni: Heheh...nama tu dah cam kelakar je la..

    ReplyDelete
  3. unik ni, 1st time tengok..heheh

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. akak rasa sayur ni ada kt tmpt sejuk kot fae

      Delete
  5. My fav ni..
    nama dia kincham......
    Kalau dah kuning sayur ni, sedap buat sup... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..Kincham. ni kira tak masak lagi ke Ayu?

      Delete
  6. dah pernah pergi cameron bape kali pun tak pernah jumpa..bab bila dah masak sakit perut bgai tu la yng menakutkan orng nak beli.. tak tahu nama apa syur ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimie..akak pun tak pernah jumpa wpun dah pegi cameron berapa kali

      Delete

My friend say:

Nuff Ads