Saturday, March 02, 2013

Pencerobohan Di Lahad Datu, Sabah

Assalamualaikum semua.

Maaf, mood untuk berblogging agak terganggu disebabkan isu pencerobohan di Lahad Datu sekarang ini. Keadaan disana sekarang masih belum stabil. Mengikut latest update yang Pak Anjang aku yang menetap di Lahad Datu, situasi agak meruncing. *Sekarang mak masih berbual dengan Pak Anjang melalui telefon. 

Tangan aku pun terketar-ketar menaip disebabkan kerisauan yang teramat akan keselamatan kaum keluarga aku yang berada disana. Bayangkan, kawasan Pak Anjang aku tinggal cuma 6 batu je dari tempat penceroboh tersebut berkurung. 

Ya Allah, tak mampu aku nak ucapkan apa-apa melainkan aku risaukan saudara mara yang berada disana. Air mata ini rasa seperti hendak mengalir. Rasanya kalau aku ada kuasa magik, akan aku ghaibkan terus penceroboh tu hilang dari dunia ni.

Terbaru, Pak Anjang beritau yang para penceroboh mula masuk dari daerah Semporna dan dengan jarak hanya 1 km dari kawasan penempatan Pak Anjang. (9.52 pm ; 02.03.2013)

Aku tak mau apa-apa melainkan keselamatan kesemua rakyat disana terjamin. Aku cuma nak pihak Polis bertindak hapuskan dan perangi habis-habisan penceroboh tersebut. Buatlah apa sahaja sekalipun asalkan penceroboh dapat ditewaskan. TOLONGLAH..

Kalau korang tengok berita tentang laporan siapa dalang pencerobohan ni, apa yang korang fikir? Dalam fikiran aku yang marah ni, aku memang nak tembak je si dalang jahanam tu dengan M16 betul2 tepat kat dahi dia. Itu je yang layak untuk orang seperti dia. Tapi, aku percaya Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu. 

Apa yang aku mampu lakukan adalah berdoa. Berdoa agar mereka-mereka yang menceroboh dan menjadi dalang dalam isu ini akan terima balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka. Jangan kerana terlalu tamakkan kuasa dan dendam kesumat tu buat korang jadi alpa dan sanggup lakukan apa saja asalkan niat jahat tu tercapai. Ingatlah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Jangan ingat langit selalu cerah untuk korang kerana akan tiba juga hujan petang melanda. Buat balas dibalas jahat, buat baik dibalas baik. ALLAH MAHA BERKUASA. Kalau DIA nak tunjukkan kuasanya, disaat ni pun korang boleh hancur musnah. Ingatlah setiap perbuatan yang kita lakukan pasti akan ada balasan. Kalo tidak didunia sekali pun, diakhirat itu PASTI. 

Marilah kita bersama-sama berdoa dan buatlah solat hajat kalo mampu dan minta pertolongan daripada Allah Yang Satu. Bacalah sekali Qunut Nazilah ye. 

Al-Fatihah buat 2 orang Polis yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara. Semoga mati mereka adalah mati Syahid.

8 comments:

  1. Semoga keluarga kamu kat sana berada dalam keaddan selamat.....
    Siapalah dalang dibalik semua ni?
    biar dia dapat balasanNya.....
    al-fatihah buat mangsa yang terlibat.....

    ReplyDelete
  2. al-fatihah buat keluarga mangsa...
    jom kita ramai2 bdoa semoga dalang & puak2 yg xsdar diri tu terima akibatnya nnt...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. doa2 sume yg ada kat sabah especially lahad datu selamat..insha allah.

    ReplyDelete
  4. ainim .kalau ta nak panggil nim shj leh tak? Maaf ye ta tak tau panggilan manjanya

    ReplyDelete

My friend say: