Tuesday, March 12, 2013

Murah Rezeki...Alhamdulillah

Assalamualaikum semua...

Dalam kesibukan menyiapkan tugas-tugas yang diarahkan oleh boss dan officer, hari ni memang rezeki agak murah. Alhamdulillah..

Pepagi lepas beli breakfast dan setel terima semua arahan Puan Anisah, Linda bagitau yang Fiza pesan suruh turun tempat dia. Suruh makan kata Linda. Eh...ada party ke? Takpe, aku turun je dulu. Rupanya Fiza buat spaghetti tau. Wah, langkah kanan la aku ni. Sebagai kawan, aku tertanya-tanyalah juga kenapa Fiza buat makan-makan ni. Selidik punya selidik rupanya birthday Fiza dah nak dekat..14 Mac ni. Wah..Advance birthday party la kiranya. Sedap tau spaghetti Fiza ni.

Rajinnya Fiza banguns seawal pukul 2 am semata-mata nak masakkan untuk kengkawan. Selalunya, kalau kita nak sambut birthday, orang lain akan buatkan untuk kita tapi Fiza ni, dia yang buatkan untuk kengkawan. Alhamdulillah, semoga murah rezeki ya Fiza.

TETAPI...sebelum turun ke tempat Fiza, aku terima roti sosej pemberian Kak Wan Suhaiza. Haa....Ya Allah, murahnya rezeki aku. Actually Kak Wan Su dah tanya aku semalam samada aku makan tak roti sosej tu. Memang aku makan cuma jarang beli je. So, bila Kak Wan Su bagi pagi tadi, memang rezeki dipagi hari. Akan tetapi aku cuma sempat makan petang tadi sebab akibat keje yang banyak. Sedap tau roti. Thanks Kak, lain kali bolehlah bagi lagi..hik hik hik

Terima kasih ye kawan-kawan. InshaAllah, kalau ada rezeki dan peluang nanti aku pula yang memberi makan ye,,heheheh

6 comments:

  1. alhamdulillah..:)

    smoga terus murah rzki..amin

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...rezeki yg sikit kalau di kongsi2 insyaAllah akan tetap bertambah...Janji jgn kedekut..klu kedekut, rezeki 'lari'..

    ~Admin: QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. banyakkan bersyukur yeee sis :) ALHAMDULILLAH ...

    # untuk murahkan rezeki lagi ,,, pagi_pagi lepas solat subuh amalkan bace surah Al - wakiah & solat dhuha + bace surah al Rahman :) * cadangan *

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak..sungguh rezeki.. :)

    ReplyDelete

My friend say: