Saturday, March 02, 2013

Mencari Iman Yang Hilang

Assalamualaikum sahabat blogger sekalian.
Diharapkan kalian semua sihat hendaknya ya. 
Maaf dalam beberapa hari ni memang agak kurang blogwalking blog kengkawan semua disebabkan kesibukan bekerja. Hari Rabu dan Khamis je balik pukul 10.30pm dan 10.40 pm dari ofis. Sampai rumah pukul 11 lebih. Bila dah sampai lambat, maka letih tu jangan cakap la kan. Mata ngantuk je. Esok nak pegi keje lagi kan...bertolak awal pulak tu. Hari ni aku bertolah dari ofis dalam pukul 7.30 pm lebih kurang. Hmmm...tak apelah...dah tugas kan.

OK..sila tinggalkan bebelan aku ye...

Siang tadi waktu rehat panjang..aku pergi ke One Utama bersama-sama kawan-kawan aku, Azi, Arina dan Wana. Kitorang pergi ke MPH sebab Azi nak belanjakan baucar Buku 1 Malaysia tu. Sambil-sambil temankan Azi tu, sempatlah juga kami yang lain-lain ni, pergi belek stationary dan buku-buku yang menarik sekadar untuk melihat-lihat. Biasalah, kalo dah ada kat kedai buku tu, memang jawabnya bertapa lama la jawabnya. Ye lah, tengok ini best, tengok itu best. Rasa cam kitorang kita pulak yang nak shopping kat MPH tu. 

Masa lalu kat area Mutiara Minda tadi, mata aku terpandangkan buku ini. 

Mencari Iman Yang Hilang. Mata aku terpaku pada tajuk buku ini. Kenapa? Kerana tajuk ini aku rasakan seakan memberi satu kesedaran untuk aku. Ya, aku tak malu untuk mengaku yang hidup aku sebagai Hamba Allah ini, terlalu banyak kekurangan. Dimana tahap Iman aku? Tinggikah? Rendahkah?

Mulanya nak belek-belek buku ni, tapi disebabkan berbalut, tak dapatlah nak belek-belek. So, aku tinggalkan dahulu buku ini sebab nak pergi belek-belek buku lain. Tapi, walaupun dah belek buku-buku lain, tak dapat menghalang penglihatan mata aku daripada melihat buku ini. So, without think twice, aku decide nak beli buku ni.

Buku ini mengupas persoalan keimanan dan ketakwaan kita sebagai hamba Allah. Sejauh mana kekuatan Iman kita? Bagaimana nak suburkan iman dalam diri dan hadapi dugaan dalam memperkukuhkan Iman.

Aku belum start baca buku ni sebab mata ni tak larat dah. Ngantuk. So, aku akan mula baca buku ini esok ya. Semoga buku ini akan membantu aku dalam usaha dan proses untuk melakukan refleksi diri. Insha Allah

6 comments:

  1. Nk juga buku nie...memang menarik tajuk tu..nak juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tajuk menarik dan info pun menarik akak

      Delete
  2. trima kaseh sbb komen kat Nurul. Happy twenty seven kak :-D

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tak rajin sangat tapi kalau topik menarik saya baca

      Delete

My friend say: