Wednesday, March 13, 2013

Kawan Sebaya

Assalamualaikum semua..

Hari ini, didalam kesibukan menyiapkan kerja-kerja yang diberikan, aku dikejutkan dengan berita yang memang sangat menyedihkan aku. Kawan sebaya yang juga kawan baik aku, Nor Hafizah (Fiza) akan meninggalkan MATRADE kerana telah mendapat pekerjaan baru sebagai Pegawai Tadbir (N41) disebuah lagi agensi kerajaan. Terkejut sangat bila Fiza datang beritahu aku yang esok merupakan hari terakhirnya dipejabat. 

Kelu lidah aku tak terucap sepatah kata..tergamam sebab aku memang tak sangka perkataan tu akan keluar dari mulut Fiza. Selama ini, aku chatting dengan kawan aku, Syafiq, dia yang selalu cakap akan berhenti dari MATRADE andai tidak diserapkan tetap. Aku dah rasa biasa la juga tapi, bila Fiza yang cakap camtu, aku memang sangat sedih. Tapi aku tak mampu halang sebab ini semua adalah demi kebaikan kerjaya Fiza. 

Berbalik kepada tajuk diatas, aku tak nafikan sebagai seorang manusia, aku seorang yang suka bila ada kawan-kawan yang sebaya dengan aku. Aku memang lebih selesa dengan kawan sebaya yang mana pada aku lebih senang untuk aku bercerita dan meluahkan rasa hati. Mungkin kerana persamaan usia, jadi banyak persamaan yang aku dapati antara aku dan rakan-rakan sebaya. 

Didalam hidup aku sepanjang bekerja, aku punya 4 orang kawan sebaya yang baik dengan aku sepanjang 6 tahun aku berkhidmat diMATRADE. Mereka inilah yang aku rasa sangat selesa untuk berbual dan mendengar cerita walau bukan setiap hari berhubung

Afikah Abdullah;
Afikah atau Afy adalah kawan sebaya aku yang pertama sekali masa mula-mula aku masuk kerja. Afy sentiasa layan aku dengan baik. Aku seorang yang tak punya banyak pengalaman dalam hidup mungkin kerana persekitaran hidup sendiri. Afy pada aku seorang kawan kuat semangat dan berani dalam hidup. Walau aku dan Afy tak selalu luang masa bersama sewaktu Afy masih di HQ, tapi sesekali berbual memang aku gembira. Aku sedih sangat bila Afy bertukar ke MATRADE Terengganu. Ini pertama kali aku kehilangan kawan sebaya aku dipejabat. Jauh disudut hati, aku sentiasa harap Afy akan balik HQ dan dapat bersama-sama dengan dia lagi. Aku rindu saat itu.


Syaiful Efendy:
Syaiful atau mesra aku panggil Epul. Epul ni pun antara kawan sebaya yang mula-mula aku kenal sejak berkhidmat diMATRADE. Epul ni, orangnya sangatlah baik dan sentiasa sudi dengar isi hati aku. Walau dia adalah kawan lelaki, tetapi berbual dengan dia aku rasakan macam berbual dengan adik beradik sendiri. Sehingga sekarang, aku dan Epul masih rapat sebagai kawan baik apatah lagi sekarang ni Epul dah sama division ngan aku. Bila jumpa selalu tegur sapa. Tapi selalunya kitorang chat dalam sametime je. Epul ni sahabat yang sangat baik dan aku rasa bersyukur punya sahabat sebaik dia. 

Fiza Sabri;
Fiza yang akan meninggalkan aku esok, adalah seorang kawan yang sangat baik. Fiza banyak beri semangat dan dorongan buat aku. Karakter Fiza yang sentiasa ceria dan suka gelak ni, sentiasa buat aku tersenyum. Selesa berbual dengan Fiza sebab percakapannya yang ikhlas. Fiza pada aku seorang yang sentiasa berani ambil risiko dalam hidup. AKu masih ingat bila Fiza ajak aku belajar bahasa Korea tahun lepas. Fiza sanggup bawa aku naik motor untuk tunjuk jalan ke kelas di Menara Hup Seng disebabkan aku yang memang tak reti jalan-jalan diKL ni. Bantuan Fiza masa kami sama-sama belajar bahasa Korea dulu, takkan aku lupakan. Kini, Fiza bakal tinggalkan aku. Sedih..itu yang aku tahu tapi jauh disudut hati, aku bangga punya kawan sebaik Fiza. Aku bangga sebab Fiza dapat capai apa yang dia inginkan dalam hidup. Doa aku agar Fiza akan sentiasa cemerlang dalam kehidupannya. Aku takkan lupa Fiza dalam hidup aku.

Syafiq Khalid;
Syafiq ni aku kenal hampir setahun lepas. Aku ingat lagi dia call aku tanyakan tentang bahasa Korea yang aku belajar dulu. Sejak tu, aku baik la juga dengan dia. Walau dia bukanlah seorang kawan yang rapat dengan aku, tapi sesekali berbual dengan dia memang menyeronokkan. Berbual dengan Syafiq dalam sametime memang buat selalu berfikir soal kehidupan. Dia punya target dan perancangan yang baik dalam hidup. Aku sentiasa doakan agar dia dapat kecapi segala yang dia impikan dalam hidup dan aku doakan semoga Allah permudahkan jalan kehidupan dan sentiasa dalam bimbinganNYA.

Bukanlah maksudku bila punya rakan sebaya, bermakna aku tak suka kawan yang berlainan usia cuma aku tak nafikan bila sama usia, walau beza minat dan pendapat, tapi selalunya seiring dalam pemikiran. Jujur, aku senang berkawan dengan sesiapa sahaja walau berbeza usia. 

Dalam hidup, aku tak mencari musuh, sebaliknya sahabat yang sejati kerana cinta sahabat sejati pada aku lebih ikhlas dari cinta seorang kekasih. Kekasih bila putus cinta, mungkin kita akan bermusuh, tetapi sahabat, walau apa sahaja keadaan kita, cinta sahabat takkan lupus hingga akhir nyawa.  Terima kasih juga kepada Kak Alin, Wan, Azima, Wana, Mun dan Arina yang kini antara kawan yang paling baik dengan aku. Terima kasih juga kepada semua yang menjadi teman aku. Aku hargai kalian semua. InshaAllah, aku akan sentiasa perbaiki diri untuk menjadi sahabat yang baik buat kalian semua juga.

8 comments:

  1. In Shaa Allah...semoga kita menjadi kawan yang baik...

    Jauh di mata dekat di hati...

    ReplyDelete
  2. adat pertemuan,,pasti akan ada perpisahan. Mesti susah nak cari rakan yang betul2 "sehati sejiwa" dan kawan sejati,,,

    ReplyDelete
  3. Kalau ramai kawan memang best.. Tapi kalau berkawan antara lelaki n perempuan nieh.. Sure salah seorang ni ada sifat cinta.. Huhu.. Itu normal lah.. so kena pandai2 skit kawal.. Kalau kawan then ada jodoh... Kawin aja.. =)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, awk jumpa kawan2 dimasa ssh & senang...so sama2 pelihara hubungan tu agar lebih erat silaturrahim walaupun jauh di mata... =)

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. bezzznye ada kawan dmase susah & senang ...

    ReplyDelete
  6. Takpe, rezeki dia kat tempat lain...
    Seronok kan ada kawan sebaya baik macam ni....

    ReplyDelete
  7. igt masa skolah dulu slalu join kelab pembimbing rakan sebaya..hehe.. moga Allah sentiasa berika yg trbaik tuk awk dan kwn2

    http://daisyisland.blogspot.com

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads