Wednesday, February 06, 2013

Trip Ke Kelantan [Part 1]

Assalamualaikum semua.. sihat tak? 
Malam ni baru sempat nak update blog. Siang tadi plan nal update x jadi sebab time rehat tertido.

Ok..mari kita mulakan.

Pada 2 Februari yang lepas, aku join program yang dianjurkan oleh company tempat aku bekerja untuk CSR program. Ala, cam kerja-kerja kebajikan tu. Kami bertolak pada pukul 7.30 am dari MATRADE dengan 3 buah bas yang membawa para peserta. First stop kami ialah di Hentian Rehat Rawang untuk makan pagi. Nasi lemak dan air kotak dibekalkan buat kami ni. So, kat hentian rehat tu, kami makan je la bekalan tu.
nasi lemak telur mata

Next stop kami kat Hentian Sg. Perak untuk toilet break dan sempat la juga sambar buah buahan tuk makan dalam bas. Nak elakkan boring punya pasal la ni. Walaupun dalam bas ada tayang movie, tapi aku kan x minat dengan movie, so haruslah tido je. 

Next stop kt kawasan Tasik Banding untuk makan tengah hari. Ha..time ni kami makan pun ala kadar je sebab masing2 xde selera dan xtau nak makan apa. Aku, Azima, Arina & Wana makan nasi skit dan lauk skit je. Boleh la untuk lapik perut. Selesai makan, kami singgah kat Tasik Banding untuk amik gambar. Best tau, dengan angin yang kuat dan pemandangan tasik yang cantik, Subhanallah, memang menyeronokkan.
Kak Tini, Aku dan Fiza
Geng.. Wana, Aku, Arina & Azima
So, perjalanan diteruskan sehinggalah sampai ke destinasi pertama kami iaitu, Masjid Kampung Seberang Jeli. Ye la, kami kan orang2 agensi bawah MITI, kawasan Jeli tu kan Tok Pa punya kawasan, maka kawasan tu haruslah dikunjungi..ye dak? Kat situ, program pertama kami bermula dengan Director, Pn Wan Norma menyampaikan sedikit sumbangan kepada beberapa orang kampun yang terpilih. Selepas itu, aktiviti gotong royong pun bermula dengan peserta lelaki melakukan kerja-kerja cat dan simen manakala wanita pula mengemas bahagian dalam masjid.

Selesai program di Masjid Seberang Jeli tu, perjalanan kami diteruskan ke tempat penginapan kami di Tok Aman Bali Beach Resort. Kami sampa tepat pukul 7.30 pm. Selesai pendaftaran, kami diberi taklimat untuk makan malam dimana kami perlu berkumpul dilobby hotel pada pukul 9pm.
OK..dah xlarat ni..esok aku update lagi untuk Program My Beautiful Malaysia 2013 ye. Ada gambar2 menarik yang aku nak masukkan. Hehehe
Selamat malam..dah, jom tido

6 comments:

  1. besh nye.. belom sempat ke kelantan taw.. ntah bile nak pegi...

    jeles la bile owg pergi kelantan.. =') nak pergi jugak..

    ReplyDelete
  2. Mya: Thanks..nnt nak upload gmbr2 kt hotel penginapan :)

    Hazanis: Terima kasih..org kelantan ye?

    Far: Ni 2nd time g kelantan. Ada CSR program. best juga sbb mkn seafood je 24jam..hehe

    ReplyDelete
  3. dulu masa kat kedah selalu berhenti kat tasik banding tu..huhu

    ReplyDelete
  4. Nick: First time masa saya gi kelantan dulu, lalu tasik banding ni dh jatuh cinta tgk kecantikan tasik ni..bila dpt singgah ambil gambar ni memang seronok sgt

    ReplyDelete

My friend say: