Saturday, February 16, 2013

Tidur

Assalamualaikum semua..selamat malam

Dah masuk tido ke belum? Ke masih berjaga seperti aku? Ye la, Friday night kan.. stay late at nite tu memang wajib lah kononnya. *pastu tetido depan lappy..buruk perangai..hahaha

OK..Baca tajuk entri diatas tu.. Tidur.

Disini ada sedikit fakta mengenai tidur. Terima kasih kepada En. Wiki sebab baik hati nak bagi info ye.
Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh dunia fauna. Tidur diamalkan oleh semua mamalia dan burung, dan turut diperhati pada kebanyakan reptilia, amfibia dan ikan. Bagi manusia, mamalia-mamalia lain, dan kebanyakan besar haiwan-haiwan lain yang pernah dikaji — seperti ikan, burung, semut, dan bari-bari — tidur secara kerap adalah penting untuk kemandirian. Namun, tujuan tidur tidak jelas sepenuhnya, sebaliknya masih menjadi titik tengah kaji selidik yang berterusan. 

Info lain:

Adab Tidur

وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُم بِاللَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُم بِالنَّهَارِ ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَى أَجَلٌ مُّسَمًّى ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan
Al An'am : 60
 
Mengeinsafi nikmat tidur adalah sebahagian daripada nikmat Allah. 
 
Membaca doa sebelum tidur. 
 
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ اَمُوتُ وَاَحْيَا
Dengan namaMu Ya Allah yang mematikan  dan menghidupkan
 
Bertaubat dan memohon ampun daripada dosa-dosa 
 
Memberbaharui syahahadah  
 
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِبَاسًا وَالنَّوْمَ سُبَاتًا وَجَعَلَ النَّهَارَ نُشُورًا
Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.  
Al Furqan : 47
 
Mambaca doa ketika bangun tidur
 
اَلْحَمْدُ لله الَّذِى اَحْيَانَا بَعْدَمَا اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرَ
Segala puji bagi Allah yang menghidupkanku sesudah mematikanku dan kepadaMu tempat kembali
 
 
Menunaikan Solat Tahajud jika terjaga disebahagian malam
 
تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
Sumber : adabtidur -Muhammad Khairi

Tapi, biasanya la kan, korang buat apa sebelum tidur?
Kadang-kadang susah juga mata nak lelap walaupun dah baring atas katil tapi mata terkebil-kebil je.

No comments:

Post a Comment

My friend say: