Tuesday, February 26, 2013

Nobita Lebih Pandai Dari Doraemon?

Assalamualaikum semua..

Pepagi ni masa aku sampai ofis, terserempak dengan seorang kawan yang muka dia hampir nak sama dengan Harry Potter. So, kiranya kawan aku ni kategori handsome la kan orangnya. Hahah..tapi yang peliknya, muka dia pagi telah mengingatkan aku kepada Nobita dan Doraemon? Hah?! Apa kes?! 
Aku pun tak faham........hmmm

Maka, bila keluar dari lift tingkat 17 ke ofis aku, tetibe dalam kepala aku bermain soalan-soalan yang aku pun tak tau jawapannya. Soalan yang paling aku nak tau ialah, apa akan jadi kalau Nobita lebih pandai daripada Doraemon? Hahahah..tergelak sorang aku kat surau tadi. Ye la kan..Nobita tu kan ke bodoh-bodoh alang sikit. Dah la selalu je fail kalo buat sesuatu perkara. Pastu dengan akal tak sebijak Doraemon yang ada poket hikmat sakti tu. 

Korang bayangkan, tetibe Nobita jadi pandai daripada Doraemon..agak-agak la kan, tercabar tak Doraemon? Rasa-rasa dorang akan bermusuh ke sebab nak fight sapa lagi hebat? Atau mungkin Doraemon dan Nobita akan bergabung tenaga untuk bentuk satu team penyelamat dunia anime dorang tu.? Ke, Nobita akan sentiasa gunakan kepandaian dan kebijaksanaan yang ada untuk mencari helah tak nak buat keje sekolah dan kerja rumah? Ke dia akan guna kepandaian tu untuk buli balik Giant dan Sunyo? Ataupun, dia gunakan kepandaian itu untuk pikat gadis idaman dia, Sizuka?

Haaaa.....korang rasa macam mana? Terpulanglah pada penilaian korang dan pandangan korang. Janji Nobita tetap satu watak kartun yang takkan jadi realiti dialam maya kerana kartun adalah kartun yang hanya dicipta oleh manusia yang suka berimaginasi.

Aku tinggalkan korang dengan pertanyaan ini..kalo korang dapat jawab, korang memang manusia yang lebih bijak daripada pengarang kartun ni. Hahahhaa

*By the way, aku akan reply semua komen-komen yang aku tak sempat nak reply dan follow balik sapa-sapa yang dah follow aku. Maaflah, busy skit 1-2 minggu ni.

Wassalam

5 comments:

  1. nobita...nobita...klu die lebih pndai dr doraemon so xkn wujud lah doraemon tu...hikhikhik...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hik hik...tapi kalau nobita pandai dari doraemon confirm doraemon takde fungsi kan

      Delete
  2. nobita pandai cari alasan je.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Munirah: hahaha..betul2..nobita smp bila2 pun x akan pandai

    Anis: Mmg pun kan..nobita..nobita

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads