Saturday, February 09, 2013

Happy Chinese New Year & 새해 복 많이 받으세요

안녕하세요!!

Haa..tetibe cakap korea jap. Bersempena dengan sambutan Tahun Baru bagi kalendar Lunar,aku pun nak ucapkan Selamat Tahun Baru buat kawan-kawan aku yang berbangsa Cina dan Korea.

Actually, Tahun Baru Cina ata CNY ni sangat meninggalkan kenangan manis buat diriku. Aku bersekolah disekolah yang majoriti pelajar adalah berketurunan Cina dimana majoriti rakan-rakan kelas aku juga ramai Cina. Walaubagaimanapun, perbezaan bangsa dan agama tak pernah jadi penghalang untuk aku berkawan baik dengan rakan-rakan berbangsa lain ni. 


Kalo PM mulakan konsep 1 Malaysia ni pada tahun 2008 demi nak menyatu padukan semua rakyat berbilang bangsa dinegara ini, kehidupan zaman sekolah aku secara tidak langsung sebenarnya telah pun memulakan konsep 1 Malaysia ni. Hehehe

Kalo ingat balik kenangan aku sambut CNY dulu, masa tu Form 3, aku dan rakan-rakan naik bas awal2 pagi semata-mata nak pergi beraya kat rumah kawan-kawan Cina aku. Yang bestnya, kami pergi ramai-ramai, haruslah kecoh kan. Bas tu penuh dengan kitorang je. Dari satu rumah ke rumah lain sampai la petang baru selesai. Angpau dah dapat, limau n kacang dah kenyang telan, air kotak dah sampai kembung perut, baru kami ingat jalan nak balik rumah.Heheh

Bila naik tingkatan 5 & 6, cara sambut tu dah berbeza sebab masing-masing dah besar kan. Kunjung rumah kawan tu tetap buat tau cuma yang lagi best bila parents kawan aku, Chin Hoong siap bagi buah tangan CNY kat aku dan kembar. Punyalah besar beg tu. Seronok sangat sebab rasa meriah.

Dan sehinggalah aku mula bekerja, kami berkumpul kat rumah Pei Shan. Itu kira sebagai kenangan terakhir aku sambut CNY dengan kawan-kawan sebab hujung 2008, aku dan keluarga secara rasminya berpindah ke Kuala Lumpur sebab mak aku dah xboleh duduk sorang2 kat Teluk Intan lagi. Kalo ingat balik kenangan tu semua, memang sangat dirindui.

Kalo di Malaysia, kita ucap Happy Chinese New Year tapi bagi masyarakt Korea, sebutan ucapan adalah berbeza..ye la, bahasa pun beza kan. Happy New Year atau Happy Lunar New Year adalah 새해 복 많이 받으세요. Unikkan? Aku suka ucapan tu bukan sebab aku ni giler Korea ke apa tapi sebutan dan punya maksud tau. 

So, bagaimana pengalaman korang sambut CNY? Mesti bestkan macam blogger Aisyah Humaira ceritakan dalam entri beliau semalam Kenangan Menyambut Tahun Baru Cina Bersama Keluarga Ayah. Sila2 la share ye.

Oklah, xmo bebel lagi..mata dah berair ni..tanda2 nak demam sudah mari.

Happy Chinese New Year
Gong Xi Fa Cai
새해 복 많이 받으세요
Happy Lunar New Year! 설날 즐겁게 보내세요 

Sedikit gambar-gambar kenangan celebrate CNY tahun 2008

2 comments:

My friend say: