Thursday, January 24, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah Peringkat Kebangsaan

Assalamualaikum...

Pagi ni, berpeluh2 aku jalan kaki dari parking awam kat depan bangunan MOF Bahagian Pinjaman Perumahan tu untuk ke Masjid Putra, Putrajaya sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.
Tahun ni kali pertama peserta wanita turut serta dalam sambutan ni. Ni kat ofis aku la. Memandangkan rumah dekat je, asalnya nak jalan kaki tapi mak xbagi tapi last2 tetap juga kena menapak sebab parking kat area masjid dah penuh.

Tapi xpe, rasa juga kemeriahan bila jalan kaki ni. Tengok peserta perarakan berjalan kaki untuk berkumpul sebelum berarak tu cukup buat aku rasa excited. 

Ok.. Acara bermula selepas ketibaan YDP Agong dan dimulai dengan bacaan doa. Selepas itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memulakan ucapan disusuli dengan ucapan perasmian oleh YDP Agong.

Acara diselitkan juga dengan bacaan Al-Quran dan ceramah agama daripada Ustaz Zawawi. Acara kemuncak ialah pengumuman penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul dan pengumuman pemenang perarakan Maulidur Rasul.

OK..sekian, laporan ringkas dari wartawan Anim. hehehe

Dibawah ni ada beberapa keping gambar yang sempat aku snap dengan kengkawan semasa program berlangsung. 

No comments:

Post a Comment

My friend say: