Tuesday, January 29, 2013

My Beautiful Malaysia Day 2013 [3 Feb 2013]

Assalamualaikum semua.

Hari ni dah 29 Januari 2013. Tinggal lagi beberapa hari je lagi nak ke bulan Februari pulak. Oh, cepat sungguh masa berlalu kan. OK...mari kita teruskan topik yang diperkatakan hari ni.

My Beautiful Malaysia Day 2013. Apakah yang kalian faham mengenai program ini? Adakah ianya program pelancongan? Atau mungkin sekadar festival seperti Floria? Atau mungkin juga program kebudayaan? Haaa...aku sendiri pun baru nak faham program ni program apa.

Bila tengok iklan promo kat TV dah banyak sangat pasal My Beautiful Malaysia Day ni, mestilah aku yang akan join program ni di Kelantan nanti tertanya2 apakah objektif program ni kan. Ye la, xkan nak terjah gitu2 je kan.

My Beautiful Malaysia Day 2013 ni bakal dilancarkan serentak diseluruh negara pada 3 Februari 2013 dengan perasmian bakal dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor. Objektif program ini adalah untuk menggalakkan dan mencetuskan semangat sukarelawan dikalangan para belia Malaysia. Program ini diharap mampu memberi impak positif dikalangan belia.

Aktiviti promosi program ni sedang berjalan dengan lancar dan dijangka 1juta belia akan menyertai program ini dan aku sebagai belia Malaysia juga turut tidak ketinggalan untuk sama menyertai program ini. Tapi bukan di Kuala Lumpur tapi nun jauh di negeri Kelantan tu.

Bagaimana program ini mampu memberikan impak positif kepada belia Malaysia? Sama-sama kita nantikan pelancaran program ini dan diharap belia2 Malaysia akan turut serta join program ni. Ye la, banyak manfaat sebenarnya kalo kita join program macam ni. Bukan je mampu mengeratkan hubungan dikalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ni tetapi juga mampu mendidik kita untuk menjadi masyarakat yang mampu menyumbang sesuatu untuk negara. So, jangan asyik nak harap dan bertanya apa yang telah kita terima dan diberi tetapi kita juga harus menyumbang sesuatu juga kan. Dan yang penting, program2 seperti ni mampu membangkitkan semangat kekitaan dan cintakan kerja2 sukarela. Cewahh..hehehe

Dah daftar untuk join program ni? Kalo belum boleh klik link ni untuk info bagaimana nak daftar ye
Kat bawah ni ada serba sedikit info dan promo iklan yang sempat aku carikan untuk korang tengok2 ya.



Sumber : 1M4YOUTH Facebook

2 comments:

  1. Kalau boleh bawak cinta ati kecik kat rumah tu teringin gak nak pegi kelantan ni... :(

    ReplyDelete
  2. Tu la..xpe la, kt KL pun ada program ni. Mesti boleh join Lynnda

    ReplyDelete

My friend say: