Thursday, January 17, 2013

Mari Bersenam

Assalamualaikum..dah lunch?

Alhamdulillah, aku dah selesai lunch sebentar tadi.

Sila tengok tajuk entri tu. Apakah? Hahaha
Kisahnya, aku sekarang ni rajin pergi gym untuk tingkatkan metabolisme aku. Mengapa?

Begini ceritanya. Bulan November 2012, aku pergi klinik panel untuk buat ujian darah disebabkan keadaan badan yang agak kurang memuaskan. Nak jadi cerita, selama ni kalo amik darah je, mesti Dr. Sue puji tangan aku sebab senang nak amik. Urat jelas nampak katanya, sebab aku kurus. 
Tapi, hari tu, 12 Nov 2012, tetibe Dr. Sue buat muka pelik pandang aku. Dia kata, "Eh, macam susah je nak cari urat awak ni. Rasanya sebelum ni senang je. Hmm". Aku buat muka toya je, xtau nak cakap apa.
Pastu Dr. Sue cakap yang tangan aku agak gebu berbanding dulu. Gebu? Nah kau Anim!!! 

Aku pun dengan jujurnya ngaku yang berat aku dah bertambah kebelakangan ni. Senyum Dr. Sue dengar. Tapi sempat aku tambah, "Tapi saya sekarang  ni dah mula bersenam doktor. Pagi2 lepas subuh, kalo sempat gi jogging kat taman, xpun petang minggu pergi jogging." Heheheh

Aku memang sedar yang badan aku ni naik macam belon kena pam tau. Banyak baju dah tak muat ni. Apa kes? Hmm...so, untuk meningkatkan balik metabolisme sekaligus menurunkan berat berlebihan ni, aku dan kawan aku, Lula memulakan aktiviti kat gym after office hour. Kami spend seminggu 3 kali gi gym.
Last week, aku ada geng baru iaitu Azima (Azi) join aku kat gym. Kisah kami agak serupa. Berlebihan berat badan. 

So far, aku berjaya la kurangkan beberapa kg untuk permulaan aku kat gym disamping aktiviti riadah hujung minggu yang aku buat kat taman kat PICC tu. Selain tu, aku juga cuba jaga makan. Harap2 menjadi la dan dapat la kembali berat badan ideal aku yang dulu tu.
muka letih lepas lari atas treadmill...sempat senyum semput je
Ni la geng baru aku, Azima
OK...sebelum tutup cerita, mari kita tengok apa kelebihan bersenam. Walaupun korang memang dah tau kebaikan bersenam, tapi aku tetap juga nak share

KEBAIKAN SENAMAN1)  Mengurangkan paras gula dan lemak di dalam badan.
2)  Membaiki pengaliran darah dalam sistem saluran darah tubuh.
3)  Mengawal berat badan.
4)  Menguatkan jantung.
5)  Mengurangkan tekanan jiwa.
6)  Membuat anda lebih cergas dan bertenaga.
7)  Membolehkan anda tidur dengan nyenyak.
Senaman harus dijalankan dengan betul dan regular.  Ia juga harus seimbang dengan jumlah makanan yang kita ambil. Senaman hendaklah dijalankan 3 ke 4 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit agar mendapat senaman yang berkesan.  Senaman setiap hari juga adalah yang terbaik.
Pilihlah senaman yang sesuai dengan tahap kesihatan anda.  Secara amnya terdapat 3 fasa senaman iaitu;
Fasa Pertama - Senaman selama 5 - 10 minit untuk memanaskan badan seperti pergerakan bebas dan senaman regangan. Ini bertujuan untuk menyediakan tubuh dengan aktiviti yang lebih tinggi.
Fasa Kedua - Ini merupakan senaman yang sepatutnya iaitu selama 20 hingga 30 minit. Contohnya berjoging,  berbasikal, bermain badminton, bersenam dan sebagainya.
Fasa Ketiga - Ia sama seperti senaman fasa pertama iaitu untuk menyejukkan badan.  Ia bertujuan untuk mengelakkan kecederaan otot. Senaman ini juga mengambil masa 5 hingga 10 minit.
PETUA-PETUA  UNTUK  SENAMAN:1. Sebelum memulakan aktiviti senaman, dapatkan nasihat doktor.
2. Mulakan senaman yang ringan mengikut kemampuan anda dan tingkatkan dari masa ke semasa.
3. Pakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai. 4. Jangan duduk terus selepas anda berhenti bersenam.
5. Kekuatan senaman harus mencapai tahap kadar nadi 120 - 150 kali seminit.
6.  Jangan bersenam jika paras glukosa dalam darah anda tinggi atau kira-kira 
Sumber : SENAMAN

No comments:

Post a Comment

My friend say: