Thursday, January 31, 2013

Kematian

Assalamualaikum semua.

Hari ni mood aku ok cuma tetibe teringat soal kematian. Kisahnya, Selasa lepas, aku dapat perkhabaran yang bapa kepada kawan aku, Suraya Zahrim telah meninggal dunia akibat serang jantung. Sangat mengejut pemergian arwah. Sungguh terharu aku dengar khabar itu. Mungkin sebab aku dapat rasakan apa yang Sue rasakan. Aku pun dah takde abah yang meninggal sewaktu aku berusia 19 tahun.

Masih segar lagi dalam ingatan bila aku yang time tu sedang jawab exam Pure Math utk trial STPM, tetibe rasa jantung seperti disentap sehingga menyebabkan pen yang aku pegang tibe2 tercampak jatuh. Terkejut sangat time tu. Tapi, aku xtau la rupanya waktu tu Abah aku meninggal dunia sama waktu dengan kejadian tu berlaku. Bila balik rumah je, abah dah xde. Mulanya xpercaya tapi apakan daya aku seorang manusia biasa, kena tetap redha dengan pemergian abah. 

Berbalik kepada cerita ayah Sue, memang beri kesan pada aku. Ntah kenapa aku rasa sayu sangat dengar. Sebagai kawan, aku xmampu buat apa2 melainkan beri semangat kepada Sue untuk terus tabah. 

Petang semalam, masa aku sampai rumah, mak bagitau yang pakcik aku (abang ipar mak) meninggal dunia juga. Ya Allah, satu lagi kematian yang aku dengar. Al-Fatihah je yang mampu aku sedekahkan. Nak menziarahi arwah memang xdapat sebab tau pun dah lambat sangat. 

Pagi ni pulak, sekali lagi aku dapat berita kematian bapa ex-manager unit aku yang sekarang ni posting kat Los Angeles, Cik Norbilah. Bapanya meninggal dunia subuh tadi di Jerteh, Terengganu. Ya Allah, sekali lagi kau mengingatkan ku kepada kematian. Xmampu aku nak cakap apa2. Cuma sedekah Al-Fatihah yang boleh diberi.

Sejak dari hari Isnin sehingga ke hari ni, aku sentiasa diingatkan dengan kematian. Ya Allah, kau sentiasa mengingatkan aku sedangkan aku sering leka dan kadang terlupa pada kematian yang sesungguhnya pasti. Aku sedar yang semakin meningkat usia ku, semakin hari berlalu maka kematian itu juga semakin menghampiriku. 

Ya Allah, ku pohon kepada-MU, berikanlah aku peluang untuk bertaubat sebelum kematianku. Janganlah kau tutup pintu hatiku dari bertaubat. Sesungguhnya Ya Allah, aku ingin masuk ke syurga-Mu. Kau pimpinlah aku ke jalan yang Kau redhai. Terima kasih Ya Allah kerana sering mengingatkan aku kepada kematian yang pasti. 

Image credit: as tagged

5 comments:

  1. Betul tu Anim, kite kena sentiase ingat kepada mati. Ustaz cakap kubur sentiasa panggil nama kite. Semoga kite sempat bertaubat padaNya sebelum pergi ke dunia yang kekal abadi, Insya'Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bila dgr je tafsir quran pagi2 kt radio ikim tu, mmg rasa cam dekatnya kita dgn kematian

      Delete
  2. insha allah, bila kita ingat mati baru kita sedar yg hidup kita kat dunia ni sementara je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, saya akan sentiasa untuk muhasabah diri saya

      Delete
  3. Lynnda: Betul, bila dgr je tafsir quran pagi2 kt radio ikim tu, mmg rasa cam dekatnya kita dgn kematian

    Nick: Insha Allah, saya akan sentiasa untuk muhasabah diri saya

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads