Tuesday, January 08, 2013

Iman Aman - Inteam

Assalamualaikum semua...

Dah tengah malam tapi masih segar lagi mata ni, mungkin sebab tertido pkl 9 td.

Sebelum off laptop, mari sesama kita hayati lirik lagu Iman Aman oleh Inteam.
Bagi korang yang mungkin terlepas episod Cahaya Lirik feat Inteam last week, boleh tonton video yang aku share kat bawah ni sekali ye.

Inteam – Iman Aman

Tuhan
Gelora dunia
Mengundang resah
Menyulam seksa

Fitnah bersengketa
Jadi mainan
Manusia lari dari ajaran agama suci
Memilih haluan bermusuhan

Petunjuk iman disisihkan
Bukan lagi rujukan
Nikmat keamanan dunia
Gersang sekali

Di mana mujahid
Yang cintakan keamanan
Kembalikan nafas jihad
Semarakkan kesedaran ummat

(Korus)
Marilah berdakwah berjuang satukan hati
Tarbiyah berilmu beriman murnikan budi
Berjuang berkorban beramal sucikan diri
Inilah nilaian pejuang yang dicari

Keamanan mekar segar
Bersendikan pohon iman
Ayuh sedia wahai pejuang
Jika mahu ambil pengajaran

(Ulang korus)

Betapa indahnya imannya
Merendang teduh
Hamparan di taman buana
Bernama aman

Lyric source : beliamuda.com

No comments:

Post a Comment

My friend say: