Sunday, January 13, 2013

Aku dan rakan-rakan lama

Assalamualaikum...

Masa tinjau2 blog HasrulHassan (Blog Panduan Blogger) atau HH, aku dapat idea untuk update entri blog dengan gambar kawan2 sekolah aku. 

Al-kisahnya, after like 6 - 9 years after kitorang abis sekolah, masing2 rindu nak jumpa antara satu sama lain. Memang itu harapan dan impian aku juga sebenarnya. Alhamdulillah, raya tahun lepas, dapat la juga bertemu kembali 2 orang rakan baik aku since sekolah rendah di Methodist Girl School, Teluk Intan, Perak atau lebih dikenali sebagai MGS.

First kawan yang datang beraya rumah ialah Chen Sit Muih atau aku Sit Muih je. Punya bertahun xjumpa rasa cam jakun je. Sit Muih ni kawan aku dari darjah 1 sampai la darjah 6 tapi after naik secondary school, we split sebab Sit Muih masuk sekolah Convent dan aku pulak masuk Horley Methodist. 
Sit Muih ni adalah kawan Cina pertama aku..actually Sit Muih ni mix Chinese and Indian. Aku dan Sit Muih ni juga adalah 1 geng main bola tampar masa sekolah rendah dulu.

Haaa...yang kat gambar bawah ni pulak, of course my favorite darling since primary school lagi. Namanya Nirmala. Nirmala ni adalah kawan India yang paling rapat dengan aku dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah. Kami sesama satu kelas dari sekolah rendah lagi iaitu darjah 6. 

Sampai la sekolah menengah, cuma masa tingkatan 4 je kami split tapi dari Form 1, 2, 3 & form 5 memang satu kelas. Duduk pun mesti sesama atau pun mesti nak dekat2 je. Cam xleh pisah. Nirmala ni adalah kawan aku yang paling suka gelak. Gelak dia ni cam pontianak tapi sangat la cute tau. Sampai la sekaran kami masih lagi rajin contact. Aku selalu panggil dia Sayang, Darling..haha..pernah kawan aku ingat aku bercakap ngan boyfriend..padahal aku tengah cakap ngan Nirmala ni haa...

Yang kat atas ni pulak... Teoh Sheh Chian. Ni kawan aku yang sangat cute. Masa sekolah dulu aku panggil dia Shin Chan...sekadar usikan je. Sheh Chian ni kawan aku sejak dari Form 4 sampai la Upper 6. Kitorang 1 kelas. Masa mula2 kenal dia, agak kurang faham bahasa dia sebab dia masa tu kurang fasih bahasa Melayu. Tapi, kita kalo ikhlas berkawan dengan seseorang, dia fasih ke tak, kita cuba fahami dia kan.

Masa kitorang form 6, selalu juga outing bila abis sekolah dengan seorang lagi geng kitorang, kembar aku dan Mei Ling. Kami g taman kat tepi sungai perak tu, pastu main permainan kanak2 cam budak2 kecik.huhuhu

Ni gambar semalam masa kitorang jumpa balik. Lamanya xjumpa..6 tahun kot. Hehehe...lepas juga rindu kami.

Last but not least...ni kawan baik aku lepas kitorang abis sekolah. Namanya Dayana Hamizah. Aku panggil Dayana. Dia ni masa sekolah bukan la kawan baik aku, tapi after abis sekolah form 5, kitorang tetibe jadi rapat. OK...macam mana kitorang jadi rapat itu xperlu tau. Aku panggil Dayana ni lebih kurang cam Nirmala tu jugak, darling, sayang.

Lama betul xjumpa Dayana ni. Dalam 6 tahun kot. Bila la agaknya aku dapat jumpa dia ek. Semoga Allah temukan kami semula. 

Ok la...nanti kalo ada masa aku nak masukkan gambar2 zaman sekolah dalam blog untuk jadi archive online aku. Hehehe

6 comments:

  1. Rindu zaman itu (sekolah).. ;)

    ReplyDelete
  2. Kan? Rindu sgt..rasa nak balik zaman sekolah je..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, zaman sekolah,, manis kenangan, pahit mcm mna pun, matangkan diri :)

    ReplyDelete
  4. betul tu Rafique..saya setuju. Itu la yg menjadikan kita dewasa sebenarnya

    ReplyDelete
  5. hehe... Bagusnya kalau ada trend jumpa kawan2 lama dgn bpakaian skolah... Haha.. Buat reunion lah katakan... Kan kan kan ???

    ReplyDelete
  6. mmg kami ada plan nak buat camtu tahun ni sempena 10 thn tinggalkan ting.5. tapi cam xsempat nk buat reunion. venue blm jumpa lagi

    ReplyDelete

My friend say: