Sunday, January 20, 2013

Aku dan blog...

Assalamualaikum semua..sihat tak?

Esok hari Isnin..baju dah iron? Nak gi keje esok.jangan pagi esok nak keje, pagi esok jugaklah korang iron baju. Elok iron malam2..*eh, apasal membebel ni?

OK..sila tinggalkan bebelan itu..

Cuba tengok tajuk kat atas tu. Aku dan blog...

Aku mula berblog dari tahun 2008. First time aku buat blog tanpa ajaran daripada sesiapa. Sendiri belajar, sebab masa aku minta orang tolong, xde sapa pun nak tolong ajar. Xpe la. Tapi time tu, kira cam bebal jugaklah aku nak adjust blog ni. Tah macam hape je aku buat. Tak faham langsung fungsi widget tu untuk apa, follower tu untuk apa. Pendek kata, semua aku xtau. 


Tapi, berkat kesabaran, akhirnya siap jugak blog aku. Dah hias cantik2, last2 tak tau nak tulis apa. Masa mula2 tulis tu, aku terfikir, ada ke orang nak baca blog aku? Kawan pun aku xramai. Dengan aku yang masih baru je belajar tentang internet bagai ni. So, aku biarkan je blog ni tanpa ada apa2 update.


Nak jadi cerita, hujung tahun 2009, aku mula berjinak2 meminati kumpulan KPop popular Korea, Super Junior. Aku pun secara tak sengaja tetibe buat blog pasal Super Junior (http://always13elieve13.blogspot.com/), kiranya fan blog la ni. Tapi time tu, betul2 fangirling giler la. Xde la update sal news ke ape, cuma sekadar apa yang aku minat sgt pasal Super Junior ni je la. 

Masuk tahun 2010, March 2010, Super Junior datang buat concert kat Malaysia, Super Show 2 Live In Malaysia. Aku bertuah la sebab dapat pergi tengok konsert tu. Hmm..segalanya bermula disitu la. Lepas abis concert, aku upload beberapa keping gambar concert didalam fan blog aku. Xsangka pulak, rupanya traffic blog naik disebabkan gambar2 tu. Mungkin carian tinggi untuk gambar concert, so terselit la link blog aku kan. Hehehe

Time tu aku mula aktif kat Twitter demi untuk berhubung dengan peminat2 Super Junior diluar sana (overseas). Selain tu, disebabkan kembar aku yang juga peminat Super Junior ni susah nak dapat update tentang SuJu ni, aku mula jadikan fan blog aku sebagai online archive khas untuk kembar aku chechk update tentang SuJu. Aku mula kumpul dan share sebanyak mungkin berita2 mengenai Super Junior dalam fan blog aku supaya bila kembar aku balik dari keje, dia boleh baca semua berita SuJu dalam 1 blog je. 

Nak dijadikan cerita, secara tak sengaja rakan2 ELF yang tau mengenai blog ni mula menyebarkan tentang blog aku ni kat rakan2 ELF mereka yang lain dan secara tak rasmi, blog aku tetibe jadi agak famous juga la dikalangan ELF. Bermula dari 20 followers sehingga 100 followers. Ada sedikit perasaan bangga kat situ. Ada juga yang komen kat Twitter aku supaya keep update blog tu supaya dorang dapat baca update SuJu dalam 1 blog je. Atas sokongan rakan dan followers aku berjaya update blog tu hampir setiap hari. Sehingga mampu mencecah view 4k sehari.

Tapi itu sehingga tahun lepas punya cerita. Sekarang ni, aku dah mula alihkan perhatian aku daripada fan blog tu. Mungkin juga sebab usia aku yang semakin meningkat dewasa. Minat terhadap SuJu tetap tak berubah tapi aku akui kurang update fan blog tu sekarang semenjak akaun imageshack aku problem. Mula la  aku kurang update sbb banyak gambar xleh nak upload masuk dalam blog. 

Selain tu, aku juga cuba alihkan perhatian terhadap fan blog disebabkan aku merasakan kehidupan aku agak kurang stabil sebab asyik terperap dan terlalu mengadap komputer sampai lupa ada perkara lain yang aku perlu buat. *Sendiri salah ni. 

Masuk tahun 2012, awal Januari , aku memulakan sesi pengajian Bahasa Korea Level 1 anjuran Korea Plaza. Tujuannya adalah lebih kepada untuk dapat life balance. Yup, aku memang enjoy bila hidup aku balance antara real life dan dunia internet. Hehehe,..mak pun dah kurang bebel kat aku. Antara bulan Jun pulak, aku berjinak2 dengan dunia kraf felt. Yang ni pun aku enjoy giler sebab dapat hasilkan sesuatu daripada otak aku.

Dan dalam October pulak, aku berazam nak balanca update antara fan blog dan personnal blog aku ni. Bukan apa, aku rasa rugi je ada blog tapi xde update pape. Dannnnn...disebabkan aku xsuka meluahkan perasaan secara direct, jadi aku rasakan blog ni medium paling sesuai untuk aku lontarkan apa yang ada dalam kotak fikiran aku. 

Bermula lagi satu episode baru bila aku dah mula rajin update personnal blog dan juga rajin buat blogwalking ke blog2 lain disamping berkenalan dengan blogger2 hebat diluar sana. Antara yang aku paling suka baca blog mereka ialah, Nick Nashram , HASRULHASSAN.COM , muhammadrafik.my , Niezzareena Memory . Ni antaranya la. Banyak lagi yang aku suka baca sebenarnya.

Bila berblog ni, aku dapat rasakan yang dunia blogger ni awesome sgt. Walaupun blog aku tak popular cam dorang, sekurang-kurangnya aku dapat share something dengan mereka2 yang sudi baca blog aku ni.

Bila aku berblog ni juga la aku dapat banyak info tentang perkara2 yang tak terjangkau dek fikiran aku. Walaupun sekadar berinteraksi melalui dunia maya, aku dapat rasakan yang blogger2 seperti HasrulHassan atau HH ni orang2 yang memang langsung tak kedekut ilmu. Banyak maklumat yang aku dapat sebenarnya. 

So, aku punya ikrar tahun ni, nak menjadi seorang yang rajin update blog dengan cerita2 yang boleh diterima oleh pembaca. In Sha Allah, aku akan cuba menjadikan minat aku terhadap dunia blog menjadikan suatu manfaat buat aku. Sokongan daripada pembaca memang aku harapkan.

Sekian, terima kasih.

2 comments:

  1. hehehe, rasa kelakar pun ada, ya, Fik pula mula berblogging ni, tahun 2010, Fik sukakan internet, trfikir satu hari tu nak buat laman web sndiri, so, mula dgn Google service, Blogger :)
    so, Fik lebih suka mngongsi mklumat dripada kongsi ttg peribadi, rasanya x ada siapa yg minat nak tahu ttg peribadi FIK... So, kongsi je lah mklumat dan info trkini, hehe... Super Junior = SUJU ... Hehe

    ReplyDelete
  2. Heheh..betul Fik, hal diri kita org xminat sgt nk tau. So, akak xcite sgt tentang personal life tp kalo ada xtvt yg best akak update skit2 la

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads