Saturday, January 26, 2013

5 Soalan Yang Tak Disukai Gadis Lewat Usia 20-an. [Hanya pendapat]

Assalamualaikum semua...

Camane petang Sabtu korang? OK tak?

Hari ni aku share sikit2 tentang soalan apa yang tak disukai oleh gadis2 bujang mencecah usia lewat 20-an seperti aku. Ini cuma pendapat dan pandangan aku dan kawan2 aku. Kalo rasa ada yang tak betul tu, terpulang pada penilaian masing2 ya.


1 - Soalan "Bila Nak Kahwin?"
Soala cepu tak cemas ni memang dah jadi makanan untuk gadis2 lewat usia 20-an. Orang sekeliling akan tanya dan cuba korek rahsia si gadis sehinggalah dapat jawapan. Walaupun dorang tahu mungkin akan buat si gadis kecil hati, tapi biasalah, orang2 macam ni rasa dorang ni adalah kategori manusia PRIHATIN.

2 - Dah Ada Boyfriend?
Yang ni lebih kurang sama ngan kat atas tu tapi yang ni kira kurang ganas skit. Bila si gadis cakap xde, mula la manusia PRIHATIN ni cakap si gadis memilih. Dah memang xjumpa lagi nak buat camane kan. Yang paling best, bila manusia PRIHATIN ni mula la sibuk nak tolong carikan. Prihatin la katakan. *Soalnya, ko tau ke si gadis tu berkenan ke tak dengan yg ko pilih tu?

3 - Dah Bertunang Ya?
Kisahnya bila si gadis memakai cincin, mulalah manusia PRITAHIN ni tanya. Dah bertunang ya? Siapa calon tu, orang mana? Bila si gadis cakap tak, mulanya xcaya tapi last2 tanya soalan. "Dah tu, kenapa pakai cincin?". La, kan cincin tu perhiasan wanita. Xkan cincin hanya layak dipakai oleh orang yang dah bertunang dan berkahwin je. Ye tak ye tak? 

4 - Kau Suka Si Polan Ye?
Ni pulak soalan yang memang si gadis tak suka. Kekdahnya korang tau hati si gadis tu? Pandai ke korang nak baca bahasa tubuh si gadis sampai tau sangat si gadis suka sapa. Padahal si gadis tu rilek je, tapi korang je memandai2. Jangan sebarang teka, kang silap2 orang lain yang dengar cakap si gadis ni miang plak. Tak pasal2 je jadi fitnah. Dosa tau.

5 - Kau Tunggu Si Polan Masuk Pinang Ke?
Hah...yang ni ala2 sama ngan yang kat atas tapi yang ni agak lebih kurang sopan tau. Yang ini aku pun penah kena padahal aku xpenah terfikir pun dan xpernah ada hati kat polan yg orang2 tu maksudkan. Ke sebenarnya korang yang tunggu Si Polan masuk minang korang? Hmmm

OK...itu TOP 5 yang aku selalu bincangkan dengan kawan2 seusia aku. Tapi ingin aku tegaskan disini bahawasanya, semua pendapat diatas bukanlah mandatori tau. Cuma pendapat kami2 je. 

Cuma yang aku inginkan ialah supaya masyarakat kita ni lebih berfikiran terbuka dan jangan sesekali memandang serong terhadap gadis2 lewat 20-an ni hanya kerana dia masih belum berpunya. Jodoh itu adalah ketentuan Allah. Sesetengah orang, walau dah cari tapi masih belum bertemu. Mungkin dugaan yang Allah berikan supaya kami2 ni lebih bermuhasabah diri. 

Aku percaya, jika sehingga akhir hayatku masih tidak bertemu jodoh, aku yakin Allah punya rencana lain untuk diriku dan ini mungkin lebih baik untuk diriku. In Sha Allah

Sekian....

3 comments:

  1. Sabar ye sis ~ in shaa Allah ada hikmah dsebaliknye .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sentiasa bersabar dan selalu pekakkan telinga kalo dgr org bercakap2. Xlayan sebab hidupkan kena ceria. :) Thanks ya

      Delete
  2. Memang sentiasa bersabar dan selalu pekakkan telinga kalo dgr org bercakap2. Xlayan sebab hidupkan kena ceria. :) Thanks ya

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads