Monday, January 09, 2012

R.A.S.I.O.N.A.L.

Selamat Tahun Baru semua...
Rindunya kat blog ni...lama dh x update blog..memanjang busy ngan fan blog yg 1 lagi tu.

Tengok tajuk kat atas tu..Rasional.

Kenapa? sebab rasanya sejak 2 menjak ni, selalu sangat tengok manusia bertindak secara x rasional.
Bila buat sesuatu perkara tu ikut hati dan perasaan, tanpa fikir buruk baik sesuatu perkara.
Kalo baca berita sekarang kadang2 rasa cam takut pun ada, risau pun ada. Jangan sebab tindakan x rasional kalian, orang lain jadi mangsa. 
For example, apa yang jadi pagi ni kt Jalan Duta, area tempat saya bekerja. Nasib ada polis yang menjaga, kalo x confirm xdapat nak masuk ofis tadi. 

Memang setiap individu berhak buat pilihan cara hidup masing2 akan tetapi, bila nak lakukan sesuatu perkara tu janganlah sampai menyusahkan orang lain pulak kan. X pasal2 kami yang kerja kat area mahkamah tu kena datang awal ke ofis, kena tunda meeting ke waktu petang semua kerana mereka2 yang pentingkan diri.

Xsalah kalau nak jadi penyokong setia, tapi xperlu la sampai nak berhimpun sehingga mendatangkan kesusahan orang awam yang lain. Bukan ke berdosa namanya tu?

Berfikirlah secara rasional sebelum nak berhimpun. Sebenarnya, banyak kerja lain lagi berfaedah yang boleh dibuat selain daripada berhimpun tu. Cuba fikirkan andai kalian berada di tempat mereka yang terkena tempias perbuatan xrasional tu, pasti kalian juga rasa xselesa kan.

Saya bercakap bukan untuk menyokong mana2 pihak cuma mohon agar kalian semua tidak bertindak secara membuta tuli. Fikirlah secara rasional, fikirlah sedalam-dalamnya sebelum melakukan sesuatu tindakan.
Jadilah manusia yang bertamadun, yang mampu bertindak mengikut akal fikiran yang waras.

Maaf andai ada yang xselesa. Ini cuma apa yang terluah di fikiran ini. Mungkin kerana saya adalah antara yang terkena tempias perbuatan mereka ini, maka saya coretkan buat pembacaan dan pemikiran kita semua.
Read more ...

Nuff Ads