Monday, December 31, 2012

Review: Restoran Ko Hyang [Korean Food Restaurant]

Assalamualaikum semua...
*Ada ke yang baca blog nih? Hehehe

Alhamdulillah, dah sampai ujung tahun 2012 dan sebaga penutup tirai tahun ni, aku dan kembar gi makan2 kat Ko Hyang Restaurant di Shaftsbury Square, Cyberjaya. Lama dah plan nak gi makan kat sana cuma xde masa je. So, memandangkan hari aku dan kembar amik cuti rehat, so kami g sana semata2 nak melepak bersama. Eh...silap....meluangkan masa bersama.

Ok...Sebelum masuk, perkara WAJIB buat ialah tengok menu yang ada kat restoran tu. Ye la, nak makan makanan orang Korea ni kena hati2 gak sebab silap haribulan xhalal kang...kan jadi masalah tu. OK...tengok2 menu sume xde berasaskan benda alah tu dan mostly seafood dan minuman pun semuanya biasa2 je. Ok..mari kita melangkah masuk.

Duduk2 je, terus waiter datang nak amik order. Wow..cepat seh..tapi xyah risau sebab menu book memang dah terletak atas meja. So, senang la korang. Kitorang belek2 menu book tu untuk tengok apa yang boleh dan berkenan hendak dicuba.

OK..xyah cite banyak2. Tengok je gambar kat bawah tu. Tu lah menu2 yang kami order. Untuk makluman, harganya setiap menu tu memang berpatutan dengan saiz hidangan dan rasanya pun sedap. So, berbaloi la kalo korang nak ulang makan kat sini. 

ENJOY The Pics:
Buku menu

Pickles yang disediakan sebaik je kita duduk di meja. Kimchi, Ikan Bilis (Meolchi) dan Timun jeruk
Seafood Ramyeon
Jab Chae (Glass Noodle)
Kimchi Bo Kem Bab (Nasi Goreng Kimchi)
Goon Man Du
Muka excited nak tunggu order sampai..hehhe
Kembar saya imitate cara Eunhyuk makan ramen..hahaha
Feel Free To View:
Review: Lunch @ D' Arab Cafe
Review: Ddekobokki at Rice & Noodle @ Publika, Solaris Dutamas
Review KFC Zinger Double Down

3 comments:

  1. Ape menu yg best makanan korea ni anim??

    ReplyDelete
  2. menu dia sebenarnya x banyak mana sbb dia bnyk berasaskan chicken, beef n seafood. ada heavy menu, ada yg lite2 cam pancake sayur..try la

    ReplyDelete
  3. hai nak tanya die mmg halal eh semua menu die?dan mmg harga berpatutan ye?

    ReplyDelete

My friend say: