Wednesday, December 12, 2012

Review: Lunch @ D' Arab Cafe

Assalamualaikum semua.

Dah makan malam? Alhamdulillah, dinner aku dah setel jam 6.30pm tadi. Sedap mak masak. Heheh

Malam2 ni rasa nak update sal menu makan kat D' Arab Cafe, Selera Duta, KL. Cafe ni branch baru tau bagi D' Arab Cafe ni. Isnin hari tu pegi lunch kat cafe ni dengan member unit. Actually kitorang dah plan since hari Sabtu lagi. Lula la yang plan nak makan. So, kitorang ni ok je la kan. Memang masing2 nak mencuba. 

So, untuk percubaan pertama kami order Kabsah Chicken, Mandey Lamb dan Kebab Lamb. Airnya sirap. Yang bestnya kat cafe ni, air sirap tu amik sendiri dan kita boleh pilih la nk yang panas ke, nak letak ais ke, nak letak pudina ke limau ke..sukati la. Tapi memang sedap air ni.

First try lunch kat sini, memang puas hati. Order dapat cepat untuk nasi2 kecuali kalo yang grill ni lambat skit la (tapi xde la lambat mana pun ok). Kabsah Chicken yang aku order memang sedap. Rasa ala2 cam Mandey cuma warna beza. Dah macam nasi ujan panas pun ada warna Kabsah ni. Sepinggan Roasted Chicken Kabsah ni RM12.50. Ada sup dan juga sambal wajib tu ye. SEDAP

Haa..yang ni pulak Mandey Lamb. RM 25 untuk 2 orang makan. Sedap tau bak kata Lula n Cik Huda. Kelas gitu..posing sebelum makan.. KAU MAMPU? Mereka berjaya abiskan nasi tu bersama. HAHAHA


Yang ni pulak Kabab Lamb. Harga RM18 kalo xsilap. Sedap je aku tengok Cik Reen makan. Cuma sebab aku xmakan lamb so, xde la aku sibuk nak rasa. Hehehe.. Kabab ni makan dengan roti..
Hari ni kitorang pergi lagi makan kat situ. Sebab Kak Alin pula nak makan kat situ. So, harini Lula n Kak Alin order Mandey Chicken. Harga RM23 untuk 2 orang makan juga. Memang sedap tau. Sehingga licin pinggan kitorang kerjakan. Hahaha

Aku pulak order Shawarma Chicken. Ala, grill chicken sebenarnya. Makan dengan roti dan sosnya black pepper, sos cili dan thousand island. Sedap tapi aku xberjaya abiskan ayam tu sebab banyak sangat

. Gambar bonus
MAMPU POSING ALA2 SEBELUM MAKAN GITU...hahah

Feel Free To View:

No comments:

Post a Comment

My friend say:

Nuff Ads