Sunday, December 09, 2012

MTCP Program - Cultural Trip To Homestay Sg Hj Dorani

Assalamualaikum...

Mood MTCP dah nak abis ni tapi keje MTCP belum abis sebab banyak dokumen belum sempat filing. Kisahnya sebab diriku cuti beberapa hari so haruslah keje berlambak xsiap lagikan. OK...pedulikan keje tu..time cuti sila jangan fikir soal keje..FINE
Hamba hanya ingin share gambar2 during visit to Homestay Sg Hj Dorani, Sg. Besar, Selangor pada 1 Disember lepas. Apa yang boleh ku katakan ialah nikmat yang tak terkata bila berada sekali sekala dikawasan sawah padi menghijau.

Ini first time aku masuk kawasan sawah seumur hidup. Haruslah jakun skit...heheh. Dengan angin yang bertiup sepoi2 bahasa, tak terasa sunburn yang membelangkan kakiku. *kes terlupa pakai losyen. Oh...tambah2 pegi dengan kengkawan seunit plus dengan foreigner merangkap peserta MTCP, lagi la best tak terkata. Rasa cam aku ni tourist plak.

Sesampai je kat Sg Hj Dorani tu destinasi pertama kami ialah Kilang Kerepek. Dapat la peluang tengok orang buat kerepek live depan mata dan rasa bahulu yang baru siap dibakar. Sedap sebab fresh from oven. Masing2 nak cuba rasa. Tapi memang sedap. Hmm, siap dapat kerepek ubi yang baru angkat dari kuali lagi akak kilang tu bagi sebagai buah tangan untuk makan tengah jalan. Haha..baik akak, thanks ya

Nampak tak tangan tu? Tu tangan Alisher. 
Macam2 kitorang buat kat Homestay haritu. Mulanya kami disambut dengan paluan kompang daripada orang kampung. Meriah gitu dan peserta MTCP tu pun diberi peluang untuk palu kompang tu. Walau rythm lari tapi sedap gak bunyinya.hehe
Selesai mencuba palu kompang, kami diberi peluang untuk mewarna batik yang telah siap dicanting. Kami diberi pilihan untuk memilih design yang kami nak warna dan aku pilih corak bunga sebab itu je yang aku tau nak warna camane. Ini pun first time to all of us except for Lula. Dia ni dah penah warna batik.

Ni la rupa kami2 yang excited nak mewarna ni.huhu
Senyum2 Kak Aida warna batik..hehe
Ini hasil warna aku..ok tak?
Lepas mewarna kami punya aktivit bebas atau pun pilihan. Samada nak menumbuk padi atau bebas nak buat apa je. So, aku, Kak Aida dan Puan Anisah ambil peluang untuk bergambar tepi sawah. Heheh..best tau. Pakai kain batik ala2 minah kampung gitu.
Lepas selesai amik gambar time for lunch. Hidangan untuk kami ialah nasi putih, sayur campur, kari ayam dan udang goreng dan paling best sebab ada sambal belacan. WOW...sedap giler beb. Sampai aku letak nasi 2 senduk dalam pinggan. Makan plak tepi sawah tu, memang feeling terlebih beb.. rasa cam picnic pun ada. Makan ramai2 plak tu. Memang terasa cam kenduri.
Ni jejaka dari Morocco, Moez namanya. Siap makan dengan tangan tu. Hehehe
Selesai lunch, pakcik tourist guide tu belanja pulak ais kerim. Pergh...tengah2 panas makan ais kerim tu, memang feeling abis kot. Sedap rasa tekak ni.

Aktiviti lepas lunch kitorang ialah main layang2. YEAY!!! Ini yang paling aku suka sebab ni pun first time aku main layang2 sepanjang umur aku. OK, aku budak2 yang sume first time nak buat tau. Tapi malang nasibku sebab layang2 xmo naik2 sebab aku xpandai ikut arah angin. So, asal naik sikit je dia jatuh balik. Adoi....tension sampai sudahnya aku gulung benang tu dan simpan dalam poket. Sekian je la.. :P
Abis je main layang2 terus gi tempat tangkap ikan. Time ni, Alisher dan Moez dah pun masuk dalam kolam tu untuk cari ikan. Sekali si Moez jatuh dalam air, terus naik gi salin baju. Tinggallah Alisher je, tapi lepas tu anak puan Anisah, Haziq, peserta MTCP Camara dan abang Adan pun join sekali tangkap ikan. Cuba punya cuba sekali dapat la ikan tapi ikan mati jek..heheheh

Cik Huda pun agaknya geram kot tengok orang tangkap ikan, dia pun join skali. WAHHH sangat meriah dorang kat kolam tu. Heheheh. Macam2 gelagat dapat tengok. Kelakar bila ikan tu susah nak ditangkap. Nasib baik ada strategi, dapat la juga tangkap ikan keli dalam 2 ekor. :) First try kira ok la kan.
Alisher and Camara try to catch the fish
Masing2 dah masuk dalam selut..hehehe
Bangga giler Ali dapat tangkap ikan
Ni la muka orang geli nak pegang ikan keli

Sesudah kami semua selesai dengan aktiviti yang dijalankan, tibe masa untuk pulang ke pangkal jalan. Dalam pukul 3 kami bergerak ke Pekan Sg Besar sebelum meneruskan perjalanan pulang ke hotel. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan kami sangat enjoy pada haritu. Tak dapat dinafikan yang kehidupan dikampung sangat pure dan natural. Memang terasa klasik sangat. Dan paling penting udara nyaman dan bersih memang menambat hati kami. Semoga akan ada kesempatan untuk berkunjung ke Homestay ni lagi, In Shaa Allah...

Dibawah ni ada beberapa keping gambar yang aku sempat share dalam blog ni. Nak tengok lebih kena g kat FB ye.. Sekian..
Kami yang excited nak jenjalan
Ni Abg MAROC
Muka kenyang
Me with my batik
YEAY!! Kami dapat ikan
Jom pulang
Muka2 penat
Agak2 ni siapa yang tgh tido? HAHAHA
Feel Free To View:

2 comments:

  1. salam awak, nak tumpang tanya, sy jumpa blog post awak http://ainimrashihah.blogspot.com/2012/12/mtcp-program-cultural-trip-to-homestay.html
    nak tanya sikit pasal homestay dorani yg awak duduk tu kat tgh sawah ke? sy tgh cari info , just nak tanya sama tak dgn gmbr ni http://3.bp.blogspot.com/-5xbByP5s3EM/UO-1mBERiiI/AAAAAAAAFMc/Hd0gwelc_-M/s1600/homestay%2B1.jpg
    saya tgh cari info nak pegi homestay ni tp tatau yg mana satu. cantik sgt, ok tq

    sy try msg fb awak tak dpt, kalau boleh tolong reply kat email isuzu_aizu @ yahoo.com k atau FB Intan Isuzu Aizu thanks a lott

    ReplyDelete
  2. Salam awak...haah betul la gmbr yg ckp tu..mmg kat situ cuma saya xbermalam kt situ..balik hari je..tmpt ni sgt best n sgt cantik..suasana kampung mmg sgt menenangkan.. xrugi awak pegi sana tau.

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads