Monday, December 24, 2012

Merokok Itu Haram... Kesinambungan daripada Entri Lepas

Assalamualaikum.

Dah berapa hari xupdate blog. Walau xglamor mana blog ni tapi tetap nak update sebagai catatan dan peringatan diri sendiri.

Masih ingat entri ni? Cigarette, Smoking, and the Effects


OK...beberapa hari lepas ada jengah blog favorite aku, nicknashram.blogspot.com. Selalu aku baca entri Nick ni walau xselalu komen tapi kalo setiap kali beliau update entri baru CONFIRM aku akan baca.


So, kali ni aku nak share salah satu post atau article daripada blog Nick ni. Berkenaan merokok.
Merokok lagi? Ewah, suka hati la aku nak update sal rokok. Ni kira kempen kesedaran juga la kan. X salahkan?

Ok, mari kita mulakan bicara ya. Sila beri perhatian bahawa article dibawah adalah yang aku share daripada blog en Nick ni.
Nak ke tak nak? Dua pilihan yang hanya anda sahaja yang dapat menentukannya. Terpulang kepada anda sama ada anda mahu menjadi sebahagian daripada 1.15 bilion umat manusia yang merokok yang mana menyumbang 3 juta kematian setiap tahun ataupun menjadi manusia normal yang mengamalkan cara hidup yang sihat dan memiliki jangka hayat yang panjang
Walaupun tidak dinafikan, ada segelintir perokok yang menyimpan keinginan untuk berhenti namun tidak berjaya. Apa yang memeranjatkan, 95 peratus daripada kelompok perokok ini pernah cuba untuk berhenti daripada merokok. 
Jika diteliti semula, mungkin kita tidak sepatutnya menyalahkan mereka sepenuhnya (walaupun hakikatnya memang salah mereka!) kerana rokok mengandungi sejenis bahan kimia nikotin yang mampu membunuh sistem neorobiologi pengamalnya hingga menyebabkan mereka tidak mampu menahan ketagihan tersebut.
Dan lagi, menurut pakar ketagihan dan saintis penyelidikan persekutuan, Yale Universiti School of Medicine, Amerika Syarikat, Dr. Mahmud Mazlan, kesukaran yang dialami oleh perokok untuk berhenti merokok adalah sama seperti kesukaran yang dialami oleh seorang penagih dadah! 
Namun, apa yang nyata, sama ada melalui pandangan perubatan mahupun agama, merokok adalah suatu perbuatan yang memudaratkan bukan sahaja bagi individu yang merokok tetapi juga individu yang berhampiran dengan si perokok.
Merujuk kepada hukum syarak, adalah haram dimakan atau diminum sesuatu yang memabukkan dan wajib dijauhi atau ditinggalkan. Ini berlandaskan satu hadis yang bermaksud: “Setiap yang memabukkan itu adalah haram.” (Hadis Riwayat Muslim)
Diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah s.a.w mengkategorikan suatu yang memabukkan itu adalah sama hukumnya dengan hukum arak. Namun malangnya, ada juga segelintir golongan yang menyatakan bahawa arak dan rokok adalah suatu yang berbeza justeru hadis dan hukum syarak yang telah diputuskan tidak boleh digunapakai. 
Melihat daripada sudut saintifik, World Health Organisation (WHO) meramalkan bahawa sekiranya corak merokok di seluruh dunia berterusan, tabiat merokok akan menjadi penyebab utama kematian dan kecacatan di dunia di mana dianggarkan 10 juta kematian akan dilaporkan setiap tahun.  
Sebatang rokok dikatakan mempunyai 4000 bahan kimia yang bukan sahaja bertindak menguatkan lagi ketagihan si perokok malahan 60 daripada bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok dikenalpasti boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser seperti kanser paru-paru, rongga mulut, esofagus, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang . 
Selain daripada itu bahan kimia yang terkandung di dalam rokok juga dikatakan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah, menjejaskan sistem saraf, merencat keupayaan darah untuk mengangkut oksigen ke tisu-tisu tubuh dan organ seperti jantung dan otak, merosakkan paru-paru dan menyebabkan malfungsi ginjal.
Tabiat merokok juga turut menyumbang kepada penyakit saluran pernafasan yang kronik seperti bronkitis kronik, emfisima, asma bronkial dan bronkiektasis. Sedutan membunuh ini juga berupaya menjejaskan kesuburan, tenaga kelamin berkurangan bagi lelaki dan cepat putus haid bagi wanita.
Realitinya, nasihat dan amaran oleh keluarga mahupun kerajaan sudah berjela-jela dan jelak didengar. Namun, ibarat pepatah Melayu, ibarat mencurah air ke daun keladi. Terbaru, kerajaan telah mewartakan peraturan baru yang mana pengilang dikehendaki membungkus rokok dalam paket mengandungi tidak kurang daripada 20 batang rokok sahaja yang bertujuan menghadkan penjualan rokok secara berleluasa.

Sumber dan kredit:  nicknashram.blogspot.com









2 comments:

  1. ya. Betul tu, pada pandangan saya, Islam prnah menegaskan, apa2 sumber yang boleh "mematikan hati, yang mmbawa kburukan pada diri sndiri adalah haram.. Rokok yg betul2 x ada manfaat... Alhamdulillah, saya tak merokok :)

    nice sharing Ainim, :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, bagus fik xmerokok. Saya mmg xsuka tgk org merokok. Mungkin juga pengalaman arwah abah dulu pernah merokok. Alhamdulillah, arwah berhenti merokok masa saya darjah 6.

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads